Tak Rasa Malukah Tengku Zafrul Jika Nak Bertanding Mewakili Umno Atau Memang Dia Muka Tak Malu


 
Setelah dikritik kiri kanan, depan belakang dan atas bawah, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz akhirnya berubah nada dengan mengatakan beliau tidak memikirkan tentang politik buat masa ini, termasuk kemungkinan bertanding di Kuala Selangor dalam PRU15 akan datang.
Menurut beliau, tumpuannya kini adalah terhadap usaha pemulihan ekonomi negara.
“Sekarang ini tumpuan masih lagi pada tugas di MOF (Kementerian Kewangan), tidak ada memikirkan isu politik.
“Isu yang sedang dihadapi (sekarang) ialah pemulihan negara dan fokus kepada tugas kita,” katanya.
Berkenaan kemungkinan bertanding di Kuala Selangor, Tengku Zafrul menjawab – “bukan masa ini”.
Apa pun jawapan yang diberikannya, perubahan nada beliau itu bagaimanapun tidak menutup keinginan dalam hatinya yang boleh dilihat begitu mengintai untuk bertanding di Kuala Selangor.
Jika tidak, untuk apa beliau mengadakan suatu program Kenduri Rakyat secara besar-besaran dalam kawasan Kuala Selangor, mengumumkan kawasan tersebut sebagai daerah angkat kepada Kementerian Kewangan serta tidak segan-segan memberitahu Kuala Selangor ada nilai sentimental kepada dirinya?
Kenapa kenduri rakyat itu tidak diadakan di kawasan lain atau di mana-mana tempat terbuka seperti Dataran Merdeka atau kalau di Selangor, di Taman Tasik Shah Alam yang boleh dihadiri oleh semua lapisan rakyat?
Mengapa mesti pilih Kuala Selangor untuk berkenduri dan kenapa kawasan itu dijadikan daerah angkat?
Kalau tidak ada apa-apa, mana mungkin burung tempua saja-saja bersarang rendah?
Lagi pun, jawapan beliau masih agak berlapik iaitu hanya tidak memikirkan soal politik buat masa ini dan belum tentu tidak memikirkan masa depannya dalam politik pada masa-masa yang lain.
Tetapi, suatu perkara yang harus disedari oleh Tengku Zafrul ialah beliau bukanlah Menteri Kewangan yang bagus sangat atau luar biasa sehingga merasakan perlu untuk bertanding dalam PRU15 akan datang bagi membolehkannya kekal lagi dalam kabinet.
Banyak pendiriannya seperti enggan memberi moratorium kali kedua dan berkali-kali menolak gesaan pengeluaran RM10 ribu daripada caruman KWSP di ketika rakyat benar-benar memerlukannya sebelum ini adalah titik hitam yang meletakkan beliau bukanlah pemimpin yang berjiwa rakyat.
Beliau dapat jadi menteri pun bukan atas undi rakyat, sebaliknya melalui lantikan sebagai Ahli Dewan Negara ketika era kepimpinan Mahiddin Md Yasin setelah namanya dikhabarkan dicadangkan oleh pihak kayangan.
Lantaran itu, berpeluang jadi menteri sudah merupakan rezeki serta tuah yang terlalu melimpah bagi beliau sebenarnya dan tak perlulah jadi gatal hati lagi nak bertanding dalam pilihanraya pula.
Cukuplah setakat jadi Senator dan bersara sajalah sebagai menteri sebaik Parlimen dibubarkan nanti.
Tiada apa-apa perubahan yang membanggakan kepada kerajaan pun selama beliau jadi menteri selama ini.
Untuk Kuala Selangor, berilah peluang dan ruang kepada pemimpin tempatan diletakkan sebagai calon di situ.
Setidak-tidaknya calon tempatan tetap yang terbaik dan lebih mengenali hati budi penduduk Kuala Selangor, walaupun jika menang nanti mereka tidak berpeluang menjadi menteri.
Tambahan lagi, dalam UMNO sendiri ramai calon berpotensi yang boleh diketengahnya dan telah melalui susah payah perjuangan bermula daripada bawah lagi, bukan turun ke bumi daripada langit cakrewala.
Selain itu, kiranya Tengku Zafrul benar-benar ingin bertanding di Kuala Selangor, beliau mahu bertanding atas tiket apa?
Meskipun beliau adalah ahli UMNO, Tengku Zafrul sepatutnya ada rasa malu jika ingin bertanding atas tiket BN kerana pendiriannya yang begitu tegar serta keras menolak tuntutan UMNO berkaitan pengeluaran RM10 ribu daripada KWSP sebelum ini.
Kenapa mahu menumpang nama dan tiket BN, sedangkan sebelum ini begitu tegar serta keras menolak apa yang dituntut dan diperjuangkan oleh UMNO, malah Tengku Zafrul juga tidak pernah mengaku beliau adalah ahli UMNO ketika dilantik menteri sewaktu era Mahiaddin dahulu?
Bukankah lebih berbudi bahasa kepada Mahiaddin jika beliau menawarkan diri bertanding atas tiket PN mewakili Bersatu? – ShahbudinHusin 10/06/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/tak-rasa-malukah-tengku-zafrul-jika-nak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Calon Payung Terjun Tiada Tempat Dalam Umno Apakah Tengku Zafrul Bakal Senasib Megat Junid Dan Azim Zabidi

Calon Payung Terjun Tiada Tempat Dalam Umno Apakah Tengku Zafrul Bakal Senasib Megat Junid Dan Azim Zabidi

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 341 hits
UMNO adalah parti akar umbi di mana tunjang kekuatannya bukan saja disebabkan jumlah ahlinya seramai 3 4 juta orang tetapi juga kerana 20 ribu cawangan di seluruh negara yang dimilikinya Selain hampir setiap kampung dan taman perumahan ada ...
Kerajaan Hilang Rm4 8 Bilion Kesan Pengecualian Sst Kata Tengku Zafrul

Kerajaan Hilang Rm4 8 Bilion Kesan Pengecualian Sst Kata Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 166 hits
Kerajaan memerlukan lebih banyak hasil untuk menyediakan lebih banyak subsidi kepada rakyat bagi mengekang inflasi kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz PETALING JAYA Kerajaan kehilangan RM4 8 bilion setakat ini susulan pengecualian cuka...
Jamal S Endorsement A Blow For Tengku Zafrul Say Ph Mps

Jamal S Endorsement A Blow For Tengku Zafrul Say Ph Mps

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 245 hits
Jamal Yunos says Tengku Zafrul Aziz should be named BN s Selangor menteri besar candidate as the coalition needs a fresh face in its bid to recapture the state PETALING JAYA Two Pakatan Harapan MPs believe Jamal Yunos proposal for Tengku Za...
Apa Peluang Tengku Zafrul Di Parlimen Kuala Selangor

Apa Peluang Tengku Zafrul Di Parlimen Kuala Selangor

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 122 hits
Berdasarkan rekod PRU 11 iaitu selepas persempadanan semula kerusi itu sering bertukar tangan antara BN dan Pakatan Rakyat atau PH Kemungkinan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bertanding di Parlimen Kuala Selangor...
Mana Tahu Ada Peluang Nak Lepas Perbicaraan Kalau Ph Menang Memang Tak Lepas Lepas Lah

Mana Tahu Ada Peluang Nak Lepas Perbicaraan Kalau Ph Menang Memang Tak Lepas Lepas Lah

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 104 hits
BN berisiko jika tangguh pembubaran Parlimen NajibBernamaJun 2 2022 Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak berpandangan bahawa parti itu akan berdepan risiko jika masih menangguhkan pembubaran Parlimen Foto ...
Bukan Semua Orang Umno Nak Pru15 Tergempar Kata Dap

Bukan Semua Orang Umno Nak Pru15 Tergempar Kata Dap

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 140 hits
Dalam hantaran Facebook semalam Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pembangkang nampaknya mahu membeli masa dengan menolak pilihan raya awal diadakan dan cuba menipu pengundi Catatan Zahid mengundang maklumbalas DAP dan A...
Mana Lebih Penting Nak Tanya Umno

Mana Lebih Penting Nak Tanya Umno

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 172 hits
Turun dan stabilkan harga barang TURUNKAN kos sara hidup Tambah peluang pekerjaan Tingkatkan prasarana rakyat terutama bantu Kelantan untuk air bersih Turap jalan elak kemalangan Titah Agong Bubar parlimen yang waras sila komen relevan deng...
Tanggung Der1ta Pakai Sarung Getah Pink Jari Bertukar Buruk G4ra G4ra Finger Cup Inai Viral Rasa S4kit Macam Nak Putus

Tanggung Der1ta Pakai Sarung Getah Pink Jari Bertukar Buruk G4ra G4ra Finger Cup Inai Viral Rasa S4kit Macam Nak Putus

papar berkaitan - pada 5/6/2022 - jumlah : 269 hits
GARA GARA terlupa untuk menanggalkan sarung jari berisi inai wanita ini terp4ksa menanggung derita apabila jari jemarinya membengk4k terkena j4ngkitan Bercerita kepada mStar wanita bernama Anis Suraya berkata insiden yang berlaku pada 16 Me...
Tengku Zafrul S Political Ambitions Distract From Ministerial Duties

Tengku Zafrul S Political Ambitions Distract From Ministerial Duties

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 118 hits
From Ibrahim M AhmadHe claimed not to be a politician when sworn in as senator prior to being named finance minister in Muhyiddin Yassin s government on March 9 2020 The thinking was they wanted a technocrat Tengku Zafrul Aziz was quoted as...
Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Uncover The Secrets Of Riversweeps The Online Casino That S Different

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Kesarjanaan Yang Biasa Biasa Sahaja

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Titah Addendum Kenyataan Dan Pendirian Anwar Didorong Pemegang Saham Terbesar Pakatan Harapan

Bulan Yang Sibuk