Hidangan Daging Tulang Rusuk Dan Kambing Terbaik Di Tony Romas


 Kadang-kadang kakak sendiri tak tau nak makan apa untuk berbuka puasa, kalau nak hadap nasi hari-hari memang menggebu dengna jayanya lah badan ni. Hee~ Baru-baru ni kakak singgah Tony Roma’s dan mencuba salah satu hidangan istimewa yang mereka sediakan sempena bulan Ramadan dan Syawal tahun ni.





Belum pernah menghampakan, sekali lagi Tony Roma’s mempertaruhkan tulang rusuk dan mengetengahkan keistimewaan lima jenis sos yang dilimpahkan atas daging. Memberi sensasi aroma mewah, daging yang cair dalam mulut – Pehhhh !! Tak dapat nak digambarkan




ISTMEWA DARI TONY ROMA’S


Mengetengahkan menu Festive Flavours dengan hidangan saiz yang lebih besar supaya pelanggan dapat meluangkan masa bersama keluarga dan juga sahabat-handai dan menikmati keenakan signature daging yang tebaik dari Tony Roma’s. Bukan satu tetapi untuk tahun ini, Tony Roma’s menyediakan TIGA hidangan istimewa untuk dinikmati iaitu Rib Bone Stew sebagai pembuka selera, Festive Beef Ribs Platter dengan 10 ketul tulang rusuk lembu, Festive Lamb Slabs Platter yang merupakan potongan daging kambing serta T-Bone Steak.



“Sejak sekian lama, nilai jenama kami dipandu oleh matlamat untuk memberi pengalaman yang luar biasa kepada semua pelanggan yang datang ke Tony Roma’s. Inilah inspirasi utama disebalik menu perayaan kami. Kami ingin menjadi pemangkin dalam menghasilkan detik bermakna untuk para pengunjung dan kami inginkan mereka menikmati saat-saat itu bersama individu yang istimewa buat mereka. Memandangkan tahun lepas adalah tahun yang mencabar untuk semua, kami memutuskan untuk membawa kegembiraan kepada pelanggan dengan menawarkan sesuatu yang boleh dikongsi dan dinikmati bersama,” kata Daniel Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Revenue Valley.





Festive Beef Ribs Platter dihidangkan dengan saiz hidangan yang lebih besar dilimpahi lima jenis sos mewah beraroma iaitu Sriracha, Black Pepper, Original BBQ, Spicy dan daging asli melengkapi hampir semua selera pencinta daging. Tulang rusuk ini diperap dengan ramuan rahsia istimewa Dry Rub dengan kombinasi rempah ratus yang disapu pada rangka untuk menghasilkan rasa daging yang lebih unik.





Festive Lamb Slabs Platter juga didatangkan dengan Rib Bone Stew dan hidangan sampingan, menampilkan tiga potongan daging kambing yang sungguh lazat. Diperap dengan gandingan sos Madu dan Plum, hidangan ini sangat sedap dan mampu menambat hati pencinta daging kambing. Tiada bau hamis kambing, kakak yakin ini adalah kambing terbaik dipasaran.





Kedua-dua hidangan Festive Beef Ribs Platter dan Festive Lamb Slabs Platter turut dihidangkan bersama Rib Bone Stew yang direneh menggunakan cara masak Amerika tetapi masih mengekalkan elemen rasa tradisi Malaysia. Direneh sehingga daging tulang rusuk menjadi sangat lembut dan menghasilkan aroma rempah yang pekat – Sama seperti masakan di rumah sendiri.



Tak nak hidangan yang terlampau besar ? Takut membazir ? Tak pe !! Tony Roma’s ada pilihan lain untuk korang. Hee~




Hidangan yang mungkin korang perlu pertimbangkan sebab T-Bone Steak yang ditawarkan oleh Tony Roma’s dimasak sempurna dengan herba asli pilihan chef mampu menaikkan rasa daging tanpa mengganggu sensasi herba. Haish. Makan time suam suam memang ngam teruk !! Satu hidangan untuk sorang pun kenyang sangat !!




Sebagai pelengkap hidangan, pelanggan boleh menikmati pencuci mulut yang manis iaitu Kurma Tiramisu ataupun pilih minuman Lychee Bandung atau Lychee Mojito sebagai penutup selera. Dengan pilihan hidangan yang begitu eksklusif, set menu baharu dari Tony Roma’s ini pasti memuaskan cita rasa semua orang.



Sudah lama menjadi sebahagian dari jiwa rakyat Malaysia, Tony Roma’s sentiasa mahukan yang terbaik dan menjadi tanggungjawab mereka untuk menyediakan hidangan mengikut selera tempatan. Jutaan tahniah dan terima kasih kerana kepekaan dari pihak Tony Roma’s dapat lah kakak rasa hidangan sehebat ini. Sebagai pencinta hidangan daging mewah, kakak akui jenama Tony Roma’s tak asing lagi buat kakak dan keluarga. Bukan sahaja makan santai tetapi banyak dah memori dengan Tony Roma’s terutamanya pada hari keraian istimewa.



Setanding kualiti rasa dengan harga, Tony Roma’s turut menawarka pelbagai hidangan lain mengikut selera. Fuh—Tengok lah setiap hidangan kat website dorang, terliur !! Hahahaha~



Kalau korang nak berbuka puasa di Tony Roma’s boleh buat tempahan awal bagi mengelakkan kesesakan tempat duduk. Mungkin link kat bawah ni boleh bantu korang.





WEBSITE   |   FACEBOOK   |   INSTAGRAM   |   HOTLINE






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.atiehilmi.com/2021/05/hidangan-daging-tulang-rusuk-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gulai Tulang Kambing Sedap Makan Dengan Nasi Impit Boleh Cuba

Gulai Tulang Kambing Sedap Makan Dengan Nasi Impit Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 328 hits
Sekali sekala anda hidangkan Gulai Tulang Kambing di pagi raya dimakan bersama nasi impit atau boleh juga dihidangkan dengan nasi bertumis seperti nasi minyak Tak pedas dan anak anak pun boleh makan Kalau nak cuba resipinya macam biasa RASA...
Rullen Beg Galas Terbaik Daripada Gaston Luga

Rullen Beg Galas Terbaik Daripada Gaston Luga

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 476 hits
Lain orang lain citarasa dan kehendaknya Dalam banyak banyak koleksi Gaston Luga backpack atau beg galas Rullen berwarna Olive Black inilah yang menjadi pujaan hati Tidak keterlaluan sis katakan inilah backpack terbaik yang pernah sis ada B...
Kurma Ajwa Rihura Terbaik Untuk Ibu Mengandung

Kurma Ajwa Rihura Terbaik Untuk Ibu Mengandung

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 256 hits
Allhamdulillah bulan Ramdahan lalu kurma menjadi juadah berbuka Malah bukan bulan puasa sahaja sejak saya mengandung kurma menjadi teman Untuk kali ni kurma Ajwa Rihura menjadi pilihan Awal Ramadhan ada sahabat berikan kami kurma Ajwa Bila ...
Awak Dah Buat Terbaik Lee Sunbin Tuju Kata Semangat Buat Hari Terakhir Lee Kwangsoo Di Running Man

Awak Dah Buat Terbaik Lee Sunbin Tuju Kata Semangat Buat Hari Terakhir Lee Kwangsoo Di Running Man

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 326 hits
Rasanya peminat Running Man pastinya tahu bahawa kelmarin adalah penggambaran terakhir Lee Kwang soo sebagai ahli rancangan tersebut selepas 11 tahun berlari bersama Keputusan sedih itu dibuat disebabkan oleh kecederaan kakinya yang masih b...
Resepi Apam Balik Gedik Guna Kuali Non Stick Makan Panas Panas Terbaik

Resepi Apam Balik Gedik Guna Kuali Non Stick Makan Panas Panas Terbaik

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 501 hits
Teringin nak makan apam balik tapi nak keluar rumah fikir dua kali apa kata buat je apam balik homemade Tak perlu dah nak tunggu ada pasar malam atau pasar tani baru boleh makan Lagipun dengan modal RM10 rasanya dah dapat berbiji biji apam ...
Realme Aiot Sports Gajet Terbaik Untuk Bersukan

Realme Aiot Sports Gajet Terbaik Untuk Bersukan

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 297 hits
Baharu sahaja melancarkan produk April lalu realme kini hadir dengan AIOT Sport yang khas untuk mereka yang aktif bersukan Ia termasuklah realme Watch 2 Pro Buds Wireless 2 Buds Wireless 2 Neo dan Pocket Bluetooth Speaker realme AIOT Sports...
Sang Ayah Meninggal Dunia Rizki Ridho Da Berurai Air Mata Tempatkan Beliau Di Sisi Terbaik Mu

Sang Ayah Meninggal Dunia Rizki Ridho Da Berurai Air Mata Tempatkan Beliau Di Sisi Terbaik Mu

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 274 hits
Padahal baru beberapa waktu lalu ia membasuh kaki sang ayah dan mengajak para penggemar memuliakan orang tua selagi ada
Resipi Kari Kambing Original Inilah Paling Dinanti Masa Hari Raya Nanti

Resipi Kari Kambing Original Inilah Paling Dinanti Masa Hari Raya Nanti

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 391 hits
Raya tahun ini cipta kelainan sedikit orang lain sibuk buat rendang berjam lamanya diatas kuali juliamasak seperiuk besar gulai kambing utara atau orang KL sebut kari kambing Dua hari sebelum raya julia masak dah lauk diatas Senang cuma pan...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast

Rasuah Haram Hindarinya

Kitshafiq Rumah Tanpa Pintu Chord

Pyanhabib Kisah Sepotong Telur Dadar Dan Gulai Nangka Bulan Ramadan

Confirmed Ram Will Produce A Mid Size Pickup Truck In 2027

Breaking News Citroen May Reintroduce The 2cv