Hiburan Tolak Tepi Buruk Dia Kejap Hadiahkan Ibu Kereta Bmw Nur Sajat Dipuji Netizen
Berindak menghadiahkan sebuah kereta mewah berjenama BMW buat ibunya. Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat tampil berkongsi kegembiraan itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya hari ini.
Menurutnya, kereta mewah terbabit diberikan sebagai tanda menghargai pengorbanan ibu yang membesarkannya.
Tambahnya lagi, harta dunia boleh dicari namun kasih ibu tidak boleh diganti.
View this post on InstagramSajat nak bagi bmw gold,dia nak yang putih jugak.. dia kata senang nak bawa.. gold tu besar sangat… takpe lah mak,asalkan mak happy.. bagi sajat,duit boleh cari.. mak tak boleh di ganti dengan apa pun cara nya.. nakal macam mana pun kita,jahat mana pun kita,jangan kita lupakan mak ayah kita.. tanpa meraka,siapa lah kita di dunia ini… bahagia lah mak ayah kita sehabis mungkin… time ini lah mereka nak merasa duit anak anak nya..jangan lah kita buang mak ayah kita.. kadang kadang sajat sedih tengok ada anak anak sanggup hantar mak ayah ke rumah orang tua,di sebab kan busy dengan urusan harian…mana yang berkemampuan,boleh lah buat mak ayah bahagia.. . . Kadang2 mak ayah ini,mereka bukan nak kebendaan dari anak anak,cukup lah bertanya khabar dan memberi perhatian kepada mareka.. jangan sampai kita tak ingat mak ayah kat kg.. jangan time mereka tak ada,baru nak menyesal kemudian hari… . . Rahsia untuk mereka berjaya,adalah doa mak ayah.. berkat doa mereka boleh kita berjaya walaupun dugaan datang tanpa di duga.. hargai mak ayah,sayangi lah mak ayah.. kerana mereka lah syurgai kita … amin
. . #sayangmak #sayangmaksajat #bmwbuatmakayah
A post shared by Nur Sajat (@nursajat23) on Aug 7, 2020 at 9:38pm PDT
“Kereta banyak buat apa kan. Jadi Sajat hadiah mak kereta. Sajat nak bagi BMW gold, dia nak yang putih juga. Dia kata senang nak bawa. Gold tu besar sangat.”
Ujarnya lagi, tanpa ibu bapanya, kejayaan yang peroleh kini mungkin sukar dicapai.
“Nakal macam mana pun kita, jahat mana pun kita, jangan kita lupakan mak ayah kita. Tanpa meraka, siapa lah kita di dunia ini. Bahagia lah mak ayah kita sehabis mungkin, waktu ini lah mereka nak merasa duit anak-anaknya.”
Kata Sajat lagi, doa ibu bapa merupakan salah satu punca rezeki yang diperolehi oleh anak-anak.
“Rahsia untuk mereka berjaya adalah doa mak ayah. Berkat doa mereka boleh kita berjaya walaupun dugaan datang tanpa di duga. Hargai mak ayah, sayangilah mak ayah kerana merekalah syurga kita. Amin.”
Berbeza dengan posting sebelum-sebelum ini, akaun Instagram yang popular dengan hentaman dan caci maki netizen itu seolah menunjukkan reaksi yang positif apabila rata-rata pengikutnya turut memuji kebaikan yang dilakukan Sajat terhadap ibunya. Bahkan ramai peminatnya menzahirkan perasaan bangga melihat kejayaan yang diperoleh Sajat sehingga mampu membahagiakan orang tuanya.
“Tolak tepi buruk dia kejap. Tengok layanan dia pada mak dia. Masya-Allah kagum. Semoga bahagia milik anak yang baik-baik kedua orang tuanya. Amin.”
Terdahulu, Sajat merupakan individu yang sering mencetuskan kontroversi apabila terlalu terbuka berkongsi cara hidupnya dengan mengenakan pakaian menjolok mata sehingga mengundang rasa kurang senang ramai pihak.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2020/08/hiburan-tolak-tepi-buruk-dia-kejap.html