Hiburan Mereka Boleh Memilih Solat Dalam Kenderaan Pu Azman Kupas Isu Solat Tepi Highway
Meminta supaya jangan mengecam individu yang menunaikan solat di tepi lebuh raya baru-baru ini, pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Azman tampil bersuara berkenaan kisah yang mula tular di laman sosial tersebut.
Tidak cepat menghukum, PU Azman menyatakan mereka yang solat tepi lebuh raya itu mungkin tidak berfikir panjang dan hanya takut hubungannya dengan Allah terputus.
Kenyataan itu dikupas menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya. Pun begitu, PU Azman langsung tidak menolak ia telah melibatkan isu keselamatan dan nyawa.
View this post on InstagramYang solat tepi highway itu bagus semangatnya sangat menjaga solat. . Cuma mungkin kupasan ilmu akan membimbingnya untuk memilih yang terbaik kerana isu keselamatan dan nyawa. . Maka jika boleh dianggap darurat, mereka boleh memilih pendapat untuk solat dalam kenderaan. . Bila solat dalam kenderaan, sudah tentu sukar mengadap kiblat, gerak rukun dan persoalan wuduk. Maka solat mengikut kemampuannya. . Jika dalam kenderaan itu dia boleh melaksanakan solat dengan sempurna, maka wajib berbuat demikian. Jika tak boleh, maka solat sekadar mampu. . Kaedah Fiqh ada menyebut. . المشقة تجلب التيسير. . Maksud :"Kesukaran membawa kepada keringanan". . Kaedah Fiqh ada menyebut. . إذا ضاق الأمر اتسع. . Maksud :"Apabila sesuatu itu sempit, hukumnya menjadi luas". . Dalil Quran Surah Al Baqarah ayat 185. . يُريدُ اللَّهُ بِكُمُ اليُسرَ وَلا يُريدُ بِكُمُ العُسرَ . Maksud :"Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu". . Sebahagian ulama mengatakan dia wajib ulang solat ketika sampai di destinasi. Sebahagian yang lain mengatakan tidak wajib. . Bila kita lihat orang lain silap dan kurang, tampung dengan ilmu, bukan dengan kecam. . Cik Man-
A post shared by PU Azman (@puazmanofficial) on Aug 3, 2020 at 6:13am PDT
“Yang solat tepi highway itu bagus semangatnya sangat menjaga solat. Cuma mungkin kupasan ilmu akan membimbingnya untuk memilih yang terbaik kerana isu keselamatan dan nyawa,”
Jelasnya lagi, andai kita berada di dalam keadaan darurat maka dibolehkan solat di dalam kenderaan meskipun ia tidak mengikut arah kiblat.
“Jika dalam kenderaan itu dia boleh melaksanakan solat dengan sempurna, maka wajib berbuat demikian. Jika tak boleh, maka solat sekadar mampu.”
PU Azman juga turut menasihatkan netizen supaya tidak mudah mengecam tindakan individu tersebut, malah menyeru supaya menasihati dengan cara yang betul.
“Bila kita lihat orang lain silap dan kurang, tampung dengan ilmu, bukan dengan kecam.”
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila foto yang menunjukkan pengguna lebuh raya menunaikan solat Subuh di lorong kecemasan di Lebuhraya KLK akibat kesesakan lalu lintas untuk pulang ke kampung halaman bagi sambutan Hari Raya Aidiladha.
Perkara itu bukan sahaja mencuri netizen, namun turut menimbulkan reaksi kurang senang daripada pelbagai pihak sehingga menimbulkan perbalahan warganet di laman Twitter.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2020/08/hiburan-mereka-boleh-memilih-solat.html