Risiko Bakteria Kalau Simpan Susu Ibu Dibahagian Makanan Mentah Tolong Elakkan Atau Buruk Padahnya


Mengepam susu badan adalah cara untuk memastikan si manja tetap akan mendapat susu ibu walaupun tidak berada bersama si ibu. Tetapi adakah ibu-ibu sekalian tahu cara penyimpanan susu ibu yang betul?

Kesilapan cara penyimpanan susu ibu
Kita selalu menganggap ia adalah satu perkara mudah untuk menyimpan susu ibu yang sudah dipam. Walau bagaimanapun, tanpa sedar, terdapat beberapa kesilapan yang dilakukan oleh ibu mengenai cara simpanan susu.
Kesilapan ini secara tidak langsung sebenarnya boleh mendatangkan kemudaratan kepada bayi. Jadi jom kita semak apakah kesilapan yang sering dilakukan.
Bekas tercemar
Susu badan dapat membantu meningkatkan sistem pertahanan badan bayi daripada bakteria berbahaya. Tetapi keadaan akan menjadi sebaliknya jika bekas simpanan susu yang digunakan sudah tercemar. Bekas mengepam susu juga harus dipastikan bersih, ya?
Penggunaan botol susu plastik atau kaca harus dicuci dan dikeringkan dengan sebaiknya. Ini kerana ia boleh menjadi tempat pembiakan bakteria. Cuci menggunakan air suam dan lap bekas dengan kain bersih.
Kiub ais
Mungkin ada di antara ibu sekalian memilih untuk membuatkan kiub ais susu sebagai cara mudah untuk menyimpan susu. Tetapi mungkin selepas ini anda patut hentikan kaedah penyimpanan ini, kerana ia berisiko untuk dicemari bakteria memandangkan ia adalah bekas terbuka.
Jika masih ingin menggunakan kaedah kiub ais, disarankan untuk menggunakan bekas tertutup. Ia adalah cara yang lebih selamat.
Bekas plastik
Bukan semua bekas atau beg plastik sesuai untuk digunakan sebagai bekas penyimpanan susu. Anda perlu menggunakan bekas plastik yang bebas bahan kimia. Anda dinasihatkan untuk memilih bekas dengan label “BPA-Free”. Ini kerana ia adalah lebih selamat untuk si manja anda.

Dalam masa yang sama, pastikan bekas plastik yang digunakan tidak koyak atau bocor. Jika tidak, sudah tentu bakteria berkembang dan membiak di dalam bekas plastik tersebut. Sentiasa memeriksa bekas plastik yang digunakan, okay?
Terlalu lama
Bagi ibu yang ‘meriah’ susu badannya sudah tentu akan memilih untuk menyimpan stok susu dalam peti ais beku. Malahan ada ibu yang menyediakan deep freezer semata-mata untuk menempatkan susu yang dipam.
Ia adalah ikhtiar yang harus mendapat pujian. Walau bagaimanapun, penyimpanan susu untuk tempoh yang terlalu lama adalah tidak bagus. Ini kerana badan ibu menghasilkan susu yang bersesuaian dengan keadaan semasa bayi.
Tempoh penyimpanan yang terbaik di dalam peti sejuk beku, di bawah suhu -18℃ adalah dari tempoh enam, adalah tempoh yang terbaik dan sehingga 12 bulan, tempoh yang masih boleh diterima untuk penyimpanan susu.
Tetapi jika disimpan dalam peti sejuk biasa, ia hanya boleh bertahan sehingga empat hari sahaja, okay?
Kandungan nutrien dalam susu ibu adalah untuk memenuhi keperluan khasiat bayi pada ketika itu, jadi sebaiknya berikan susu tersebut secepat mungkin.

Berhampiran makanan mentah
Tempat di mana anda menyimpan susu juga perlu dititikberatkan. Ini kerana jika susu disimpan di tempat yang sama dengan bahan makanan lain seperti daging atau ikan mentah, ia akan meningkatkan risiko untuk bakteria berpindah dari makanan ke susu yang disimpan.
Jika boleh, sebaik-baiknya, asingkan ruang penyimpanan makanan barangan dapur dengan susu ibu. Selain itu, anda amatlah dinasihatkan untuk tidak meletakkan susu yang ingin disimpan pada bahagian pintu peti sejuk.
Ini adalah untuk membantu melindungi susu daripada perubahan suhu ketika membuka dan menutup pintu peti ais.
Simpan semula
Pasti rasa sayang untuk membuang susu yang tidak digunakan. Tetapi jika susu tersebut sudah dikeluarkan daripada peti beku, anda dinasihatkan untuk tidak menyimpan semula walaupun ia tidak digunakan.
Maksudnya di sini, jika susu disimpan beku dan didedahkan kepada suhu biasa, jangan masukkan kembali untuk pembekuan semula, jika susu yang beku telah cair sepenuhnya. Sebaiknya ia digunakan dalam tempoh masa 2 jam selepas proses pencairan.
Ia bermakna tempoh 2 jam tersebut dikira dari masa ia tidak lagi beku atau dicairkan sepenuhnya, bukan dari semasa anda mengeluarkannya dari peti sejuk.
Ini kerana, selain daripada mengurangkan nilai khasiat di dalamnya, tindakan anda ini juga membuatkan susu lebih mudah dicemari bakteria. Jadi hanya keluarkan susu dalam jumlah yang diperlukan.
Secara terus
Sesungguhnya memberikan susu ibu secara terus adalah antara kaedah yang paling baik. Tetapi jika keadaan memerlukan anda menyimpan susu, pastikan anda melakukan ia dengan cara yang betul.
Jangan lupa untuk memastikan tangan anda juga dalam keadaan bersih semasa mengendalikan proses mengepam dan penyimpanan susu, okay?

The post Risiko Bakteria Kalau Simpan Susu Ibu Dibahagian Makanan Mentah! Tolong Elakkan, Atau Buruk Padahnya! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/risiko-bakteria-kalau-simpan-susu-ibu-dibahagian-makanan-mentah-tolong-elakkan-atau-buruk-padahnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
19 Pilihan Makanan Untuk Banyakkan Susu Ibu

19 Pilihan Makanan Untuk Banyakkan Susu Ibu

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 272 hits
19 Pilihan Makanan Untuk Banyakkan Susu IbuSalam mesra Alhamdulillah Irfan kini setahun 6 bulan dan masih breastfeed Tiada rahsia susu banyak cuma CN rajin berusaha untuk banyakkan susu dengan pengambilan suplement ESP LECITHIN ALFAFA dari ...
Awas Cacing Boleh Buat Anak Susah Belajar Tolong Peka Tanda Tanda Jangkitan Cacing Yang Ibu Ayah Selalu Tak Perasan

Awas Cacing Boleh Buat Anak Susah Belajar Tolong Peka Tanda Tanda Jangkitan Cacing Yang Ibu Ayah Selalu Tak Perasan

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 403 hits
Ibu ayah semestinya risau dengan keadaan anak yang tidak selera makan suka mengamuk dan perutnya agak buncit Sejauh kebenarannya Apakah simptom yang sebenar Paling menakutkan apabila ia boleh menyebabkan kesukaran pembelajaran Menurut Dr Ro...
Tiap Tiap Hari Susu Ibu Berubah Rasa Sebab Itulah Bila Anak Menyusu Nak Lepas Susah

Tiap Tiap Hari Susu Ibu Berubah Rasa Sebab Itulah Bila Anak Menyusu Nak Lepas Susah

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 417 hits
Percaya tak susu ibu ni rasanya berlainan setiap hari mengikut jenis makanan yang ibu makan Sebab itulah bila kita menyusu bayi sebolehnya bayi tak mahu lepas Perasan tak Beruntung sangat bayi kita kerana apa yang kita makan itulah yang dia...
Apa Cara Yang Betul Nak Simpan Sos Telur Susu Segar Dan Ubat Dalam Peti Sejuk Baca Ni

Apa Cara Yang Betul Nak Simpan Sos Telur Susu Segar Dan Ubat Dalam Peti Sejuk Baca Ni

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 599 hits
APA CARA YANG BETUL NAK SIMPAN SOS TELUR SUSU SEGAR DAN UBAT DALAM PETI SEJUK BACA NI Ada orang kalau kita bukak peti sejuk dia macam macam ada kat dalam tu Letak pun main ikut je Sudahnya ada barang yang cepat rosak rasa pun berubah Jadiny...
Kesaksian Ibu Kehilangan Bayinya Karena Tak Dihiraukan Petugas Rs Sudah Minta Tolong Berkali Kali

Kesaksian Ibu Kehilangan Bayinya Karena Tak Dihiraukan Petugas Rs Sudah Minta Tolong Berkali Kali

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 217 hits
Kekecewaan mendalam dirasakan DR seorang ibu yang menjalani persalinan di RS Pelengkap Jombang Jawa Timur DR menceritakan pada Selasa dini hari dia diantarkan suaminya BK ke RS Pelengkap Jombang untuk menjalani persalinan anak kedua Di ruma...
Bayi 6 Bulan Ke Bawah Berisiko Tinggi Tersedak Susu Doktor Pesan Ibu Ayah Buat 5 Langkah Ini

Bayi 6 Bulan Ke Bawah Berisiko Tinggi Tersedak Susu Doktor Pesan Ibu Ayah Buat 5 Langkah Ini

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 461 hits
Bayi 6 bulan bulan ke bawah mudah tersedak susu Pemilihan puting susu dan teknik memberikan susu penting untuk diperhatikan Ikuti penerangan doktor ini Dr Farhanah Pegawai Perubatan Eva Emily Clinic Klinik Ibu dan Anak telah berkongsi beber...
Selain Susu 7 Makanan Ini Terbukti Berkesan Membantu Si Manja Tidur Dengan Mudah

Selain Susu 7 Makanan Ini Terbukti Berkesan Membantu Si Manja Tidur Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 447 hits
Tidak dinafikan bahawa rutin tidur yang teratur merupakan proses penting untuk menggalakkan perkembangan otak si manja Namun kebanyakan ibu ayah mengalami kesukaran untuk menidurkan anak sehingga terpaksa berjaga pada waktu malam Apakah tip...
Baru Bersalin Anak Kena Jaundis Susu Ibulah Penawar Terbaik Ini Cara Mama Nak Tahu Bayi Kena Jaundis Atau Tidak

Baru Bersalin Anak Kena Jaundis Susu Ibulah Penawar Terbaik Ini Cara Mama Nak Tahu Bayi Kena Jaundis Atau Tidak

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 444 hits
Pada masa kini memang semakin ramai bayi dijangkiti jaundis atau demam kuning sebaik sahaja dilahirkan Keadaan ini berpunca daripada peningkatan bilirubin dalam darah dan keadaan organ hati yang belum matang Disebabkan itu Pertubuhan Kesiha...
Sebab Sayanglah Nak Bagi Susu Ibu Walaupun Anak Tak Sah Taraf Saya Tetap Ibunya

Sebab Sayanglah Nak Bagi Susu Ibu Walaupun Anak Tak Sah Taraf Saya Tetap Ibunya

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 366 hits
Setiap orang ujian yang dilalui tak sama Namun bagaimana seseorang itu menempuhinya terletak dalam diri kita sendiri Ada orang hidupnya sempurna sejak dari kecil sehinggalah besar Ada pula yang pernah melalui peristiwa hitam dalam hidup seh...
Samsung We Need To Talk About These Green Lines Seriously

Budak Kilat

Itinerary Kami Perth Day 1 Caversham Swan Valley Dfo Belmont Hotel

Meneroka Misteri Alam Semesta Bengkel Pemindahan Ilmu Fizik Zarah Eksperimen Comet

Perth Day 2 Perth Cbd London Court Kmart Chemist Warehouse Hay St Mall Woolworths Dengan Bas

Outpouring Of Tributes For Sumo Salad Founder Jane Lee Amid Mom S Inquiry Into Alleged Fake Injury Claim

Selamat Datang Victor Einar Gy Keres Ke Arsenal Fc

Sambal Tempoyak Masak Atau Kokek Tempoyak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aliff Syukri Minta Rakyat Malaysia Bersabar Isu Jet Peribadi Video

Resipi Orang Dulu Dulu Lempeng Pisang Nostalgia Yang Sedap Mudah

Saat Dunia Bergelap Lebih Enam Minit

Afiq Adnan Hancur Chord

Blacktop Brawler A Custom Indian Chieftain For A Ufc Fighter

Sara Untuk Semua Bantuan Rm100 One Off Menerusi Mykad