Hiburan Tidak Menang Tangan Penuhi Permintaan Peminat Uqasha Senrose Jual Biskut Raya
Sekadar suka-suka berkongsi cara menyediakan biskut Arab di laman Instagramnya, Uqasha Senrose atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen kini sedang sibuk di dapur memenuhi tempahan peminat dan pengikutnya.
Tambah Uqasha, beliau yang baru sahaja pulih daripada demam teruk sebelum ini seakan tidak menang tangan kendalikan perniagaannya.
“Sejak beberapa hari lalu, saya tak menang tangan apabila tempahan diterima dalam mesej langsung IG bertubi-tubi.
“Bayangkan dalam sehari, saya perlu siapkan antara 100 hingga 200 balang biskut… Memang tak sangka.
“Mereka belum pernah merasa biskut itu tetapi yakin mahu membeli. Tidak terfikir langsung atau berniat hendak menjual… Tiba-tiba saya jadi penjual biskut raya,” katanya kepada BH Online.
Menurut Uqasha, penghasilan biskut Arab yang diberi nama Something Sweet by The Four Sisters menggunakan resepi turun temurun nenek moyangnya.
“Pada mulanya, saya berkira-kira hendak menjual kerana kos menghasilkan biskut ini bukan murah, apatah lagi menggunakan bahan mentah minyak sapi.
“Fikir dua tiga kali hendak menjualnya. Tetapi saya terima banyak permintaan. Pada permulaan, tiga hari berturut-turut mesej diterima untuk menempah biskut.
“Jadi, saya putuskan menjualnya dengan stok terhad. Tak sangka ramai mahu terus membeli, bukan sebalang, malah enam hingga tujuh balang seorang,” katanya lagi.
View this post on Instagram
sorry mana yang qasha tk sempat reply DM korang nnti qasha dah siap 3rd batch punya orders , qasha cuba baca satu persatu DM tu okay
. jangan marah nnti tak comeiii
Selamat berpuasa guys
A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2) on May 7, 2020 at 1:29am PDT
Meskipun ada peminatnya yang masih berkeras mahu membeli biskutnya tanpa mengira harga, pelakon drama bersiri Hero Seorang Cinderella itu terpaksa menolak permintaan dari Sabah, Sarawak, Singapura dan juga Brunei.
Malah, dirinya juga seakan beruntung kerana mempunyai keluarga yang tidak lekang membantunya menyiapkan tempahan biskut tersebut.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2020/05/hiburan-tidak-menang-tangan-penuhi.html