12 Fakta Pantas Ferrari 812 Gts V12 Spider Debut Asean Di Malaysia Harga Rm1 53 Juta
PENGEDAR jenama Ferrari di Malaysia, Naza Italia memperkenalkan Ferrari 812 GTS V12 Spider di peringkat Asia Tenggara yang mana model tersebut memainkan peranan penting dalam sejarah penubuhan pengeluar supercar dari Itali itu.
Kini model pengeluaran Ferrari paling berkuasa itu muncul kembali selepas debut Spider terakhir 50 tahun lalu dengan enjin depan V12. Berikut 12 fakta pantas tentang Ferrari 812 GTS V12 Spider di Malaysia yang perlu anda tahu:
1. Ferrari 812 GTS ialah versi Spider daripada 812 Superfast yang dipacu enjin 6496cc V12-65° berkuasa 788hp @ 8500rpm dan tork 718Nm @ 7000rpm. Hantaran kuasa ke roda disalurkan menerusi transmisi dual klac (DCT) 7-kelajuan. Pecutan 0-100kmj mampu dicapai sepantas 3 saat, manakala kelajuan maksimum lebih 340kmj.
2. Seperti 812 Superfast (foto atas), angka kuasa tinggi dicapai dengan mengoptimumkan inovasi dan rekabentuk enjin seperti penggunaan sistem suntikan langsung 350 bar dan sistem kawalan saluran masuk geometri berubah yang dibangunkan daripada enjin aspirasi natural (NA) F1. Sistem ini membolehkan peningkatan sesaran daripada 6.2L kepada 6.5L bagi mendapatkan output maksimum dan mengekalkan respons cemerlang pada rev rendah.
3. Sistem suntikan tekanan tinggi turut menambah baik nebulisasi suntikan bahan bakar yang secara dramatik mengurangkan jumlah partikel dipancarkan ketika penukar bermangkin (catalytic converter) sedang dipanaskan. Pemasangan Penapis Zarah Petrol (Gasoline Particles Filter, GPF) dengan strategi Stop & Start On Move menyumbang kepada operasi henti-hidup semula enjin ketika kereta bergerak, sekali gus memastikan enjin mematuhi peraturan regulasi emisi.
4. Strategi peralihan gear DCT meningkatkan fiil sporty. Apabila berada dalam talaan sporty, kedua-dua gear turun dan naik dipotong signifikan dan peralihan masa dioptimumkan untuk mendapatkan pengalaman pemanduan lebih baik. Modifikasi gabungan nisbah gear pendek ini memberikan respons kereta terus ke terotel.
5. Geometri sistem ekzos berevolusi untuk meningkatkan dan selaraskan bunyi dari enjin dan ekzos bagi menonjolkan watak kereta yang sangat sporty apabila bumbung diturunkan. Keseluruhan paip menggunakan manifold ekzos 6 kepada 1 (6-to-1).
6. Direka Pusat Penggayaan Ferrari berasaskan 812 Superfast, 812 GTS menggunakan nisbah enjin depan V12 tanpa mengemas kini dimensi luaran atau ruangan kabin dan keselesaan. Dari pandangan sisi model ini menampilkan gaya fastback dengan rekaan dua kotak bersama belakang lebih tinggi ala 365 GTB4 (Daytona) 1968.
7. Keseluruhan bahagian belakang-bumbung, penutup tonneau dan but direka semula supaya nampak seimbang dan ramping. Terima kasih kepada dua buttress bawah yang mana mekanisma pergerakan bumbung disimpan. Apabila bumbung diturunkan panel bumbung akan hilang di bawah penutup tonneua.
8. Rim multijejari ditawarkan dalam tiga kemasan: berlian, cecair perak dan Grigio Scuro.
9. Sasaran membangunkan 812 GTS adalah mengekalkan kelajuan pecutan dan hantaran kuasa versi Berlinetta dari segi pecutan, masa respon dan ketangkasan.
10. Stereng Kuasa Elektrik (EPS) digabungkan dengan Kawalan Dinamik Elektrik (VEDC), termasuk Version 5.0 Ferrari paten SSC. Satu lagi sistem disertakan ialah Virtual Short Wheelbase 2.0 (PCV).
11. Ferrari 812 GTS turut menampilkan:
- Ferrari Peak Performance (FPP): Apabila mengambil selekoh, tork stereng akan membekalkan pemandu maklumat kereta sudah mencapai had cengkaman dan membantu kawalan dinamik.
- Ferrari Power Oversteer (FPO): Jika berlaku situasi belokan lebih (oversteer), stereng tork akan memberikan maklum balas kepada pemandu untuk input stereng dan membetulkan kenderaan.
12. Ferrari 812 GTS dijual pada harga asas RM1,538,000 dan mereka yang berminat bolehlah membuat janji temu peribadi untuk previu model itu hingga 31 Mei ini. - pandulaju
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wwwberita-semasa.blogspot.com/2020/05/12-fakta-pantas-ferrari-812-gts-v12.html