Hiburan Senang Je Dapat Rm5 4 Juta Tudung Fazura Laku Keras Sold Out Hanya Dalam Tempoh Sejam
Kini memiliki jenama tudungnya yang tersendiri, pelakon jelita Nur Fazura nampaknya semakin dikenali sebagai seorang usahawan pula dalam kalangan peminat.
Baru-baru ini, isteri kepada pelakon Fattah Amin itu ada melancarkan tudung terbaharu dengan edisi yang diberi nama ‘Rahmat Ramadhan’ yang khabarnya telah ‘sold out’ dalam hanya tempoh satu jam.
AdvertisementView this post on InstagramA post shared by Nur Fazura (@missfazura)
Perkara tersebut turut dimaklumkan Fazura menerusi satu hantaran di Instagram miliknya di mana dia ada meluahkan rasa syukur kerana sambutan hebat penjualan tudungnya itu di laman jualan atas talian.
Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat termasuklah rakan artis khabarnya tidak sempat untuk membeli koleksi tudung tersebut kerana terlalu cepat disambar orang yang bertuah.
AdvertisementRm27 sehelai je..tp bjaya jual 200ribu dlm hanya sejam..senang2 je fazura dpt RM 5.4juta ? pic.twitter.com/jRx97pNMEN
— Mr.Rëz?rl (@mynameisrezarl) February 25, 2022
Hanya dijual dengan harga pasaran RM27 sehelai, pastinya ia telah menjadi satu item mampu dimiliki oleh setiap orang tidak kira status.
RM27 sehelai je, tapi berjaya jual 200 ribu dalam hanya sejam. Senang-senang je Fazura dapat RM5.4 juta.
Ramai juga yang memuji reka bentuk tudung yang cantik selain harganya yang murah.
Tambahan ianya dijual oleh seorang artis yang cukup terkenal, pastinya tudung Fazura sentiasa dinantikan oleh peminat terutamanya kaum wanita.
4 bulan laluFazura Lancar Koleksi Baru, Stok Tudung Licin Dalam Masa 45 MinitThe post “Senang Je Dapat RM5.4 Juta..” – Tudung Fazura Laku Keras, ‘Sold Out’ Hanya Dalam Tempoh Sejam first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2022/02/hiburan-senang-je-dapat-rm54-juta.html