Rezeki Orang Tak Sama Pekerja Sebak Terkenang Tok Ti Berhenti Tepi Jalan Masukkan Injection Usaha Nak Dapat Anak
Setiap pasangan yang berkahwin mempunyai cerita sendiri dalam usaha mendapatkan zuriat sendiri. Ada yang dikurniakan rezeki sejurus selepas berkahwin dan ada juga yang terpaksa menunggu bertahun-tahun sebelum dikurniakan cahaya mata yang pertama.
Malah ada juga yang terpaksa melakukan rawatan kesuburan sebagai salah satu usaha untuk dikurniakan seorang anak. Perkara ini juga tidak terkecuali kepada Penyanyi Nombor 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Dalam satu program bual bicara “Next To Neelofa” yang bersiaran malam kelmarin ternyata membuatkan ramai tersentuh apabila penyanyi kesayangan ramai yang mesra di sapa Tok Ti bercerita tentang usahanya dalam mendapatkan zuriat.
Setelah hampir 12 tahun berkahwin, Tokti akhirnya dikurniakan cahaya mata diberi nama Siti Aafiyah.
Namun, kesedihan itu tidak terhenti di program Next To Neelofa kerana pekerjanya, Siti Fairuz juga turut berkongsi kenangan dengan Tokti.
Perkara tersebut dikongsi Siti Fairuz menerusi satu posting di Twitter.
“Bila menonton #NextToNeelofa ni, teringat moment masa drive dengan Kak Iti dari airport.
“CF (Siti Fairuz) jam 12.45, Kak Iti kena masukkan ubat ya. Haa apa lagi tepat pada jam tersebut, CF terus cari port untuk park tepi jalan untuk memudahkan Kak Iti memasukkan ubat ‘injection’.
“Masa tu rasa sebak sangat sebab saya melihat sendiri betapa berusahanya dia untuk mendapatkan zuriat
“Insya-Allah semoga selepas ini rezeki CF pula untuk mendapatkan cahaya mata.
“Amin. Thanks Kak Iti kerana banyak mengajar erti bersyukur dan tidak berputus asa,” katanya.
Perkongsian tersebut telah mengundang rasa sebak netizen yang rata-ratanya kagum dengan kesabaran penyanyi kesayangan ramai itu.
Tidak kurang juga yang mendoakan agar Siti Fairuz juga mendapatkan cahaya mata.
Untuk rekod, Tokti sebelum ini pernah mengalami keguguran pada November 2015.
Dia kemudian berkongsi berita kehamilan pada 2017 sebelum selamat melahirkan Aafiyah pada 2018.
Selain itu, Februari lalu, Siti dikatakan menjalani pembedahan kecil di sebuah pusat perubatan swasta untuk persediaan hamil.
Prosedur itu dilakukan kerana Siti menggunakan kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) seperti yang dilakukannya tiga tahun lalu untuk mengandungkan Siti Aafiyah.
Semoga usaha Tok Ti untuk mendapatkan zuriat kedua berhasil. Sama-sama kita doakan buat penyanyi kesayangan ramai ini.
Sumber: Gempak & IG CTDK
The post Rezeki Orang Tak Sama, Pekerja Sebak Terkenang Tok Ti Berhenti Tepi Jalan Masukkan ‘Injection’, Usaha Nak Dapat Anak! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/rezeki-orang-tak-sama-pekerja-sebak-terkenang-tok-ti-berhenti-tepi-jalan-masukkan-injection-usaha-nak-dapat-anak/