Hiburan Pengikis Tak Kenal Jantina Uyaina Arshad Tampil Bersuara Berkenaan Isu Wanita Pisau Cukur
Berpendapat golongan wanita perlu punyai duit poket sendiri dan tidak bergantung kepada mana-mana pihak, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad tampil bersuara berkenaan isu yang makin hangat diperkatakan iaitu “Pisau Cukur”.
Kata Uyaina, beliau seakan menepis dakwaan kebanyakan individu melabelkan wanita sebagai kaki kikis adalah tidak wajar kerana sikap itu tidak mengenal jantina.
View this post on InstagramMaterialistik. Pisau cukur. Kaki kikis.
Selalu perempuan kena label macam ini. Sedangkan ‘pengikis’ tak kenal jantina. Perempuan ke, lelaki ke, sama je. Asalkan poket tebal, duit berkoyan, akaun bank banyak kosong; rupa, hati, perasaan, cinta, umur, status -tolak tepi. . Hidup ni adalah pilihan. Sesetengah orang pilih cara mudah dalam hidup. Sesetengah orang pulak kerja setengah mati mencari rezeki. Lain orang, lain prinsip hidupnya. . Kalau dari kecik dah di didik; nak sesuatu? Usaha. Bukan setiap kali mintak, tiap kali dapat. Nikmat tau bila kita dapat sesuatu perkara/benda hasil titik peluh sendiri. Tak ternilai perasaannya kan?
. Sebagai seorang perempuan, hidup kita perlu realistik. Tak salah untuk kita mencari lelaki yang stabil & bertanggungjawab. Kita taknak anak2 kita hidup susah. Pelajaran terabai. Masa depan tak menentu. . Tapi sebagai seorang perempuan, kita juga harus ada duit poket sendiri. Harus ada sumber pendapatan sendiri. Biar tak banyak tak apa. Asalkan itu kita punya. Kalau2 kita ada teringin apa2, boleh beli sendiri. Kan?
. Doa Yana buat semua perempuan yang bekerja siang malam untuk menanggung diri sendiri dan keluarga. Doa Yana juga buat wanita2 hebat yang menjadi suri rumah. Wanita inspirasi semua
#UyainaArshad #GirlPower #WomenEmpowerment
A post shared by UA (@uyainaarshad) on Aug 8, 2020 at 5:14am PDT
“Materialistik. Pisau cukur. Kaki kikis. Selalu perempuan kena label macam ini. Sedangkan ‘pengikis’ tak kenal jantina. Perempuan ke, lelaki ke, sama je.”
Menurutnya, sebagai seorang wanita duit poket itu boleh digunakan sekiranya keadaan mendesak atau memenuhi keperluan sendiri.
“Kita juga harus ada duit poket sendiri. Harus ada sumber pendapatan sendiri. Biar tak banyak tak apa. Asalkan itu kita punya. Kalau-kalau kita ada teringin apa-apa, boleh beli sendiri kan?”
Bagaimanapun, beliau dilihat langsung tidak menafikan bahawa setiap insan mempunyai pilihan untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan cara tersendiri.
“Hidup ni adalah pilihan. Sesetengah orang pilih cara mudah dalam hidup. Sesetengah orang pulak kerja setengah mati mencari rezeki. Lain orang, lain prinsip hidupnya.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya seakan setuju dengan kenyataan yang diusarakan Uyaina. Malah ramai dalam golongan peminat wanita juga dilihat turut berkongsi kisah peribadi mereka tentang pengorbanan mencari rezeki untuk menanggung diri sendiri dan juga keluarga.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2020/08/hiburan-pengikis-tak-kenal-jantina.html