Hiburan Time Seronok Seronok Tak Takut Pula Bella Astillah Sokong Video Wanita Henyak Skandal Suami
Menyokong tindakan isteri menyerang skandal suami seperti video yang tular di Twitter baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Bella Astillah seakan bersetuju dengan tindakan yang dilakukan individu terbabit.
Dalam video berkenaan, dua wanita menyerang seorang lagi wanita lain ketika bersama seorang lelaki yang dipercayai suami kepada salah seorang daripada wanita yang mengamuk itu.
Kenapa time ni baru perempuan tu nak sorok belakang lelaki tu je? Takkan takut pula? sbb time seronok2 tak takut pula lelaki tu suami orang? I faham perempuan yang hempuk tu dia nak settle penyondol tu cukup2 tak nak bg lepas sbb nanti kat rumah turn laki dia pula kena hempuk. https://t.co/2tFGGRrwVh
— Bella Astillah (@BellaAstillah) August 10, 2020
“Kenapa time ni baru perempuan tu nak sorok belakang lelaki tu je? Takkan takut pula? Sebab time seronok-seronok tak takut pula lelaki tu suami orang.”
Katanya, sebagai seorang wanita, beliau juga memahami perasaan wanita terbabit yang bertindak sedemikian rupa.
“I faham perempuan yang hempuk tu dia nak settle penyondol tu cukup-cukup tak nak bagi lepas sebab nanti kat rumah turn laki dia pula kena hempuk.”
Menerusi video terbabit, wanita yang sedang bersama lelaki terbabit dilihat dipukul, diterajang dan dibaling gelas kaca hingga pecah oleh wanita yang datang menyerangnya.
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Bella juga seakan melalui situasi yang seakan sama dengan kejadian tersebut.
Hal ini kerana, suaminya Aliff Aziz pernah ditahan kerana didakwa memukul Bella di sebuah pusat hiburan di Cheras, Kuala Lumpur.
Ketika kejadian itu, Bella ke premis terbabit untuk mencari suaminya.
Bagaimanapun ketika tiba di sana Bella mendapati suaminya bersama wanita lain dalam sebuah bilik karaoke dan mengambil gambar mereka sebelum berlaku pertengkaran mulut antara pasangan suami isteri itu.
Berang dengan tindakan tersebut, Aliff dikatakan merampas telefon bimbit isterinya itu dan memadam gambar bukti diambil sebelum mencampakkan telefon ke arah mangsa.
Kejadian tersebut mengakibatkan Bella luka di muka dan lutut akibat dipukul, selain mendakwa ditolak dengan siku oleh suaminya.
Untuk rekod, Aliff dan Bella kemudiannya dikhabarkan telah bercerai dengan talak satu pada Mei 2019 namun merujuk semula beberapa bulan kemudian.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2020/08/hiburan-time-seronok-seronok-tak-takut.html