Hiburan Luahan Rakyat Sampai Bila Nak Hidup Macam Ni Bantuan Apa Layak Kami Mohon
Memasuki tahun kedua pandemik, rakyat nampaknya semakin terhimpit dengan keadaan semasa. Ada yang hilang pekerjaan, dipotong gaji, malah banyak perniagaan terpaksa gulung tikar.
Kami faham ramai yang terjejas dengan keadaan semasa kerana kami juga merasai perkara yang sama seperti anda. Jadi kali ini kami kongsikan 3 luahan pembaca mewakili setiap kelompok ekonomi.
Advertisement“Gaji kena potong, tapi bersyukur masih ada kerja”Bagi Nazihah Hadznin yang bekerja dalam sektor pendidikan swasta, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ternyata memberikan impak yang besar kepada punca pencariannya kerana ramai ibu-bapa membatalkan tuisyen untuk anak-anak mereka bagi menjimatkan kos sara hidup.
“Kami bergantung sepenuhnya terhadap sales harian, namun disebabkan kita kerap menghadapi PKP untuk jangka masa yang panjang, ini telah menyebabkan pendapatan kami terjejas. Ada bulan yang tertentu gaji kami terpaksa dipotong hingga 60%”
“Nasib baik majikan kami dapat bantuan Program Subsidi Upah daripada kerajaan. Walaupun sakit, at least we can pay the bills and all the commitments yang kami ada”.
“Terpaksa buat banyak kerja nak cover komitmen”Lain pula bagi Suaida Rusli, dia terpaksa melakukan beberapa pekerjaan dalam satu masa bagi menampung komitmen bulanannya. Ini semua terjadi apabila tempat kerja lamanya terpaksa memberhentikan pekerja bagi mengurangkan kos.
“Nasib baik dapat Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), walaupun sikit tapi merasalah daripada takde. Sekurangnya boleh bantu untuk survive sebelum dapat pekerjaan baru”
“Sampai bila nak macam ni, kami pun ada budak-budak nak bayar gaji”Peniaga kedai makan, Supi Jamal pula berkata, PKP ternyata memberi satu tamparan buat perniagaannya apabila kedainya (Kedai Air Balang Abang Khairul) mula kekurangan pelanggan dan pada masa yang sama dia dan suami masih perlu membayar gaji pekerja.
“Berniaga kat Klebang biasanya kita harapkan pelanggan yang datang dari luar setiap minggu, tapi bila dah ada larangan rentas negeri dan had meniaga, kami peniaga memang terjejas teruklah.”
“Sekarang nak survive kami cuba pelbagaikan perniagaan, mujur kami ada terima bantuan one off Geran Khas Prihatin (GKP), boleh tambah modal untuk berniaga. Memandangkan sekarang ni musim durian, kami ambil peluang meniaga buah pula. Semoga semua ni cepat berakhir.”
PEMULIH kurangkan impak berganda COVID-19Memahami kesempitan yang terpaksa ditanggung rakyat, kerajaan melipat gandakan usaha dengan memperkenalkan pelbagai bentuk bantuan bersasar bagi meringankan beban yang terpaksa dipikul.
Terbaru, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bernilai RM150 billion, bertujuan memberi bantuan menyeluruh kepada rakyat dalam berdepan penularan wabak COVID-19.
AdvertisementPEMULIH mempunyai tiga fokus utama iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, Menyokong Perniagaan dan Meningkatkan Vaksinasi.
Melalui fokus ini lebih banyak bentuk bantuan bersasar akan diberikan kepada golongan yang memerlukan terutama mereka dalam kalangan B40 dan M40.
Menerusi fokus Agenda Prihatin Rakyat kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai langsung kepada rakyat berjumlah RM10 billion sehingga hujung tahun ini, ia merangkumi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Khas COVID-19 (BKC) dan Bantuan Kehilangan Pendapatan.
Bagi menyemak bantuan yang layak diterima, klik di SINI.
Sebanyak RM300,000 juga diperuntukkan di setiap Parlimen, bagi pelaksanaan Bakul Makanan (RM100 sebulan) kepada golongan terjejas di setiap kawasan.
Ini bagi memastikan tiada yang mengikat perut menahan lapar kerana tiada wang membeli barangan keperluan.
Kesan pandemik yang berpanjangan bukan sahaja menjejaskan kesihatan fizikal malah turut menganggu kesihatan mental. Oleh yang demikian, sebanyak RM15 juta akan diperuntukkan kepada badan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu kerajaan menangani isu sosial seperti kesihatan mental, gelandangan, dan masalah sosial lain di peringkat komuniti.
Usaha ini diharap dapat membantu lebih ramai individu yang terkesan dan berada di bawah tekanan mendapatkan bantuan dengan kadar segera.
AdvertisementBagi fokus Menyokong Perniagaan, ini merupakan satu usaha berterusan bagi membantu lebih banyak perniagaan untuk kekal bertahan pada waktu yang getir.
Kerajaan akan melanjutkan Program Subsidi Upah (PSU) 4.0 di bawah PEMULIH dengan peruntukan RM3.8 billion, yang dijangka memanfaatkan lebih 2.5 juta pekerja bagi tempoh 4 bulan akan datang.
Beberapa pendekatan juga akan ditambah baik termasuk mengurangkan kos tanggungan majikan, menyokong usaha digitalisasi, memberikan kemudahan bantuan kewangan dan insentif percukaian serta menyediakan fasiliti pembiayaan yang merupakan lanjutan daripada Program Bantuan Pemerkasa Tambahan (PEMERKASA+).
Geran Khas Prihatin turut dilanjutkan kepada Geran Khas Prihati 4.0 di bawah PEMULIH dan dijangka akan memanfaatkan lebih sejuta peniaga mikro bagi mengekalkan perniagaan.
Galak vaksinasi untuk capai Herd ImmunityAkhir sekali dibawah fokus Meningkatkan Vaksinasi, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) akan terus diperkasa, antaranya dengan tambahan peruntukan vaksin RM400 JUTA menampung 130 peratus populasi rakyat, berbanding 120 peratus sebelum ini.
Pelan Pemulihan Negara (PPN) jadi penanda arasInisiatif berterusan di bawah PEMULIH turut merangkumi tempoh Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang baru sahaja dilancarkan. Pelan ini merangkumi empat fasa bagi membolehkan negara bebas daripada kemelut pandemik COVID-19.
Peralihan fasa PPN adalah berpandukan kepada purata kes harian baharu, tahap penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dan peratus populasi yang divaksinasi sepenuhnya. PPN membolehkan rakyat, perniagaan dan pelabur membuat perancangan sewajarnya apabila Malaysia beralih dari satu fasa ke fasa seterusnya.
PPN memberi kepastian dan kejelasan khususnya kepada sektor ekonomi dan sosial yang akan dibenarkan beroperasi semula apabila nilai ambang tertentu dicapai.
Laman sesawang Belanjawan 2021 pemudah cara & informatifPenambahan program bantuan menyebabkan ada yang terlepas pandang bantuan yang layak diterima. Oleh itu, kerajaan telah pun mewujudkan laman sesawang Manfaat Belanjawan 2021 yang memudahkan rakyat menyemak bantuan yang layak dipohon.
Laman sesawang INI merangkumkan segala info mengenai program bantuan yang diperkenalkan kerajaan dan menjadi pemudah cara kepada anda untuk terus menyemak bantuan apa yang bersesuaian dan layak anda terima.
Kerajaan kekal komited memastikan bantuan yang diperuntukan sampai terus kepada golongan sasaran bagi menjamin kesejahteraan rakyat terutamanya mereka yang terkesan akibat PKP 3.0.
Untuk maklumat lanjut tentang bantuan yang layak anda terima layari https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat
Semoga kita semua dapat terus bertahan dan terus kuat mengharungi pandemik ini.
The post Luahan Rakyat: Sampai Bila Nak Hidup Macam Ni? Bantuan Apa Layak Kami Mohon? first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2021/07/hiburan-luahan-rakyat-sampai-bila-nak.html