Hiburan Kenapa Public Benda Yang Dah Diprivate Sakinah Jawab Teguran Pedas Pu Syed
Pelakon yang juga ‘fitness selebrity’, Sharifah Sakinah memberi respon terhadap teguran yang dibuat pendakwah bebas, PU Syed yang tampil bertindak menegur gaya hidupnya.
Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired dilihat meninggalkan respon ‘pedas’ buat PU Syed menerusi ruangan komen teguran yang kemudiannya dipadam pendakwah selebriti itu tidak lama kemudian.
Advertisement
Sumber : Murai.my
Abang, akaun saya dah private, kenapa ‘public’ benda yang dah ‘diprivate’. Macam masuk rumah saya, bawa balik barang TV saya, suka ya?
Isteri kepada Michael Hansen itu turut memuat naik Instagram Story yang mempersoalkan tindakan pendakwah berkenaan yang seakan-akan sengaja mengeruhkan lagi situasi.
Terdahulu, Sakinah menerusi satu hantaran dalam Instagram memaklumkan bahawa dia ada menapis dan juga menyekat akaun media sosial kaum lelaki daripada mengikuti akaun Instagramnnya.
Advertisement
Sumber : Google Ujarnya, komitmen kerja yang melibatkan gaya hidup memerlukan dia untuk ‘menjual badan’ yakni menunjukkan satu persatu otot tubuh sementelah dia sering dikecam gara-gara gambar dan video senaman dengan pakaian yang mencolok mata.
Sehubungan itu, PU Syed merasa terpanggil untuk menegur Sakinah dengan coretan panjang lebar menerusi akaun media sosialnya.
Antara teguran yang diberikan pendakwah itu ialah keperluan aktres itu untuk berpakaian seksia hanya kerana ingin mengajak orang untuk menjalani gaya hidup sihat.
“Ajak manusia untuk sihat dengan cara yang patuh syariah bukan meruntuhkan syariat. Malulah dengan Allah, jika semua ingin ditayang kepada orang, apa lagi yang tinggal untuk suamimu.” tulis PU Syed.
23 jam lalu"Kerja Saya Jual Badan, Nak Tunjuk Otot Memang Kena Tunjuk Aurat" - Sharifah Sakinah Tapis IG 'Request'The post “Kenapa ‘Public’ Benda Yang Dah ‘Diprivate’?”- Sakinah Jawab Teguran ‘Pedas’ PU Syed first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2022/02/hiburan-kenapa-public-benda-yang-dah.html