Hiburan Kawal Nilai Moral Agama Boleh Tiru K Tan T Ganu
Bukan dari luar negara, pernah pendatang baharu dunia seni tempatan, Ze Rebelle muncul bersama kontroversi dengan nyanyian lagu berunsur lucah melampau. Lagu bergenre elektro pop itu memaparkan imej seksi dengan menayang payudara dan punggung selain terkandung mesej kurang senonoh. Malah lirik-lirik lagu itu juga menggunakan perkataan bersifat mencarut, memaki dan lucah. Judul lagu itu pula menggantikan perkataan payudara dalam slanga urban iaitu Slumber Tetek. video nyanyian Ze Rebelle itu bagaimanapun sudah ditonton lebih 200,000 kali sejak dimuat naik pada 16 Mei lalu di Facebooknya, Ze Rebelle. (2017)Ini, Tarian Lucah Filem Melayu 1953? Video: AYO KEZAMBO - petikan filem P.Ramlee "Panggilan Pulau" (1953)HALAMAN HIBURAN
PULAU PINANG 15 Feb. - Aktiviti kesenian dan hiburan perlu dikawal dengan nilai-nilai moral serta agama kerana kegiatan seni dan hiburan yang terlepas daripada kawalan akan menjerumuskan manusia ke jurang kemusnahan.Mufti negeri, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, ini kerana aktiviti seni mampu mendorong ke arah ketinggian sebagaimana ia juga mampu mengheret ke jurang kehancuran.“Sesungguhnya dunia seni amat luas dan indah.“Kenapa harus disempitkan dalam batas seksual sahaja,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Pengguna media sosial dikejutkan dengan poster sebuah teater yang bertajuk ‘Sex In Georgetown City’ yang dipentaskan di Pentas 2 Penangpac, Straits Quay di Tanjung Tokong di sini bermula semalam hingga 17 Februari.Selepas mendapat kecaman dan bantahan daripada pelbagai pihak, pengarah teater itu, Fa Abdul tampil memohon maaf dan menukar tajuk teater tersebut menjadi Love in Georgetown City.Menurut Wan Salim cinta yang menjurus kepada kebebasan yang melulu tidak perlu ditonjolkan dalam aktiviti seni.“Sebaliknya perlu ditampilkan cinta dalam pengertiannya yang luas mencakupi cinta Ilahi, cinta alam sekeliling, cinta ibu bapa, cinta kepada negara dan cinta kepada sesama manusia seluruhnya,” katanya. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hiburan patuh syariah, Kalau tak faham nak laksanakan boleh tiru Kelantan atau Terengganu.Solusi ke arah itu, usahakan supaya PAS (parti Islam) memerintah Malaysia.Mudah saja, undilah PAS!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2019/02/hiburan-kawal-nilai-moralagama-boleh.html