Hiburan Jimatkan Masa Anda Dengan Menghubungkan Dua Peranti Berteknologi Canggih Daripada Huawei
Telefon pintar, komputer riba dan jam pintar adalah antara peranti yang kita perlu ada pada masa kini sebab kita mengikuti peredaran zaman yang mana teknologi adalah satu benda yang sangat penting.
Oleh itu, untuk memudahkan lagi anda untuk melangsungkan hidup pada masa kini, HUAWEI telah memperbaharui lagi teknologi pada peranti mereka mengikut keperluan semasa.
AdvertisementJenama HUAWEI tak disangkal memberikan yang terbaik untuk pelanggan mereka dengan mempertingkatkan inovasi pada produk keluaran baru dan semestinya reka bentuk yang lebih elegan dan cantik!
Baru-baru ni, HUAWEI hadir dengan dua peranti yang baru iaitu HUAWEI nova 9 dan HUAWEI WATCH GT 3 yang mana kedua-dua peranti mempunyai ciri terbaharu serta teknologi yang telah dipertingkatkan untuk kesenangan pelanggan mereka. Nak tau apa kelebihan dua peranti baharu ni?
Rakam Video & Tangkap Gambar Pada Resolusi Yang Tinggi Bersama HUAWEI nova 9
AdvertisementUntuk anda yang mengidamkan telefon pintar yang nampak elegan serta bersesuaian dengan personiliti, anda wajib dapatkan HUAWEI nova 9 ni sebab ia hadir dengan dua warna estetik iaitu Starry Blue dan Starry Black yang sesuai dengan personaliti anda.
Ia juga mempunyai reka bentuk kaca yang melengkung pada hadapan dan belakang telefon serta berketebalan sehingga 7.77mm dan seberat 175g sahaja. Jadi, mudahlah untuk anda membawa telefon pintar ini ke mana sahaja tanpa merasa tidak selesa.
Untuk anda yang kaki vlogging, ada berita baik untuk anda kerana HUAWEI nova 9 ini hadir dengan kamera yang berkualiti yang mana dapat menghasilkan gambar dan video yang lebih jelas.
Ia dilengkapi dengan kamera hadapan yang mempunyai resolusi setinggi 32MP serta boleh merakam video UltraHD 4K. Haa, jadi sesuailah untuk anda yang suka berselfie atau buat live strim di media sosial!
Kalau anda risau hasil video yang anda rakam menggunakan kamera hadapan ada gegaran, HUAWEI hadir membantu dengan inovasi AIS Selfie Video Stabilisation yang mana anda boleh kurangkan tahap gegaran masa anda tengah merakam video. Seriuslah?
Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan ciri Dual View Mode yang mana anda boleh merakam menggunakan kedua-dua kamera hadapan dan belakang secara serentak tau. Wow, bestnya!
Advertisement
Lagi best, HUAWEI hadir dengan 50MP Ultra Camera Vision System serta RYYB Super Sensor yang mana hasil gambar dan video anda akan kelihatan lebih jelas tanpa sebarang filter. Paling best, ia juga menyokong resolusi 4K pada 30fps tau!
Dilengkapi dengan XD Fusion Engine dan Teknologi Ultra Vision HDR, gambar yang ditangkap menggunakan HUAWEI nova 9 ini lebih sharp serta membawakan setiap butiran pada imej dalam semua jenis persekitaran. Fuhh, terbaiklah!
Untuk memudahkan anda berhubung dengan orang tersayang, HUAWEI nova 9 tampil dengan HUAWEI AppGallery yang mana anda boleh muat turun aplikasi seperti Line, Telegram, Viber Messenger, WeChat dan Snapchat tanpa sebarang masalah. Hanya perlu cari AppGallery dan muat turun.
Selain itu, untuk pengguna tegar media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter, apa yang anda perlu buat adalah hanya perlu muat turun semua aplikasi tersebut di Petal Search sahaja.
Kalau anda pengguna aplikasi Google, anda boleh guna HUAWEI nova 9 seperti biasa sebab anda boleh menggunakan semua aplikasi Google menerusi Gspace di HUAWEI AppGallery. Mantap!
Untuk anda yang suka strim drama, kini anda boleh tonton macam-macam drama menerusi aplikasi seperti Viu, iQiyi, YouTube, iFlix dan Netflix dengan hanya muat turun di HUAWEI AppGallery atau Petal Search sahaja.
Selain itu, di HUAWEI AppGallery juga, anda boleh muat turun bermacam jenis permainan yang menarik serta boleh menikmati akses untuk koleksi permainan yang luas di seluruh platform tau! Sesuai untuk anda yang kaki game.
Kekal Aktif Dengan HUAWEI Watch GT 3
Jam pintar adalah satu aksesori penting sebab selain daripada untuk bergaya, ia juga mempunyai banyak fungsi yang baik bagi memudahkan anda.
HUAWEI WATCH GT3 ini bukan sahaja untuk bergaya, tapi ia juga mempunyai banyak fungsi yang menarik untuk anda tau. Antaranya, anda boleh menjawab dan membuat panggilan telefon menerusi jam pintar dengan hanya connect HUAWEI nova 9 dengan HUAWEI WATCH GT3! Serius lah?
Lagi best, anda boleh tangkap gambar dengan menggunakan jam pintar ini sahaja tau. Anda hanya perlu meletakkan HUAWEI nova 9 di tempat yang anda inginkan dan anda boleh lihat pemandangan dari kamera menerusi skrin pada WATCH GT3 sahaja. Wow, mudahnya!
Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendengar serta mengawal muzik menerusi WATCH GT3 dengan hanya menghubungkannya dengan HUAWEI nova 9 tau. Lepas ni anda boleh lah dengar lagu sambil bersukan atau berjogging!
Selain itu, konsep reka bentuk jam pintar ini adalah minimalis yang mana ia hadir dalam dua saiz iaitu 46mm dan 42mm serta mempunyai tali fluoroelastomer hitam untuk kedua-dua saiz, tali kulit coklat untuk WATCH GT3 46mm dan tali kulit putih untuk WATCH GT 3 42mm.
Kalau anda risau jam pintar cepat habis bateri, anda wajib dapatkan HUAWEI WATCH GT 3 ni sebab jam ini hadir dengan hayat bateri revolusioner yang mampu bertahan sehingga 14 hari dan hayat bateri bertahan sehingga 7 hari untuk kedua-dua 46mm dan 42mm. Wow!
Ia juga turut hadir dengan teknologi pengecasan wireless pantas yang mana anda hanya perlu meletakkan jam di platform yang disediakan. Serta, anda juga boleh mengecas jam anda hanya dengan meletakkan jam pada belakang telefon pintar HUAWEI tertentu. Mudahkan?
Untuk anda yang suka bersenam, anda wajib dapatkan HUAWEI WATCH GT 3 ini sebab ia dilengkapi dengan lebih daripada 100 mod senaman termasuk berenang, berlari, mendaki gunung, berbasikal dan lompat tali tau. Haa, lepas ni tiada lagi alasan untuk anda tidak bersenam!
Gabungan Antara Dua Peranti Mampu Mengubah Norma Biasa
HUAWEI nova 9 dan HUAWEI WATCH GT 3 ini padat dengan ciri moden serta teknologi yang canggih yang dapat membantu anda untuk kekal berhubung. Dengan menghubungkan kedua-dua peranti ini, anda boleh melakukan rutin harian dengan lebih baik dari biasa.
Untuk maklumat lanjut mengenai HUAWEI nova 9 , klik di SINI dan HUAWEI WATCH GT 3, untuk info lebih lanjut.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai HUAWEI nova 9 dan HUAWEI GT 3, anda boleh layari laman rasmi HUAWEI, Shopee dan Lazada atau pergi ke HUAWEI Experience Store berdekatan.
The post Jimatkan Masa Anda Dengan Menghubungkan Dua Peranti Berteknologi Canggih Daripada HUAWEI first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2021/12/hiburan-jimatkan-masa-anda-dengan.html