Cuma Satu Lesen Arak Ditambah Di Kelantan Sejak 5 Tahun Lalu


N Faizal Ghazali
Syarat ketat dan peraturan tegas pengeluaran lesen penjualan arak oleh kerajaan negeri menjadi faktor utama minuman keras di Kelantan tidak berleluasa, selain faktor peratusan jumlah penduduk bukan Islam yang sedikit berbanding kapasiti penduduk muslim.
Pengarah Pelesenan dan Kawalan Perniagaan Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandaraya Islam (MPKB-BRI) Azizan Mohamed berkata, sepanjang tempoh lima tahun lepas hanya satu pertambahan kelulusan lesen penjualan arak diluluskan oleh kerajaan negeri.
"Secara keseluruhan pada masa ini hanya 15 lesen pemborong dan peruncit minuman keras yang memiliki lesen mengikut peraturan yang ditetapkan.
"Ia dikategorikan sebagai lesen liquor iaitu minuman keras yang mengandungi lebih dua peratus alkohol.

"Lesennya hanya boleh diluluskan Lembaga Perlesenan dan Eksais negeri Kelantan yang dianggotai oleh kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kastam Diraja Malaysia," katanya ketika ditemui Malaysiakini di Kota Bharu, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kawalan penjualan arak di negeri itu yang dilihat sangat ketat dan terkawal dalam menjaga sensitiviti setempat serta mengelak gejala sosial menular dalam masyarakat.
Jelasnya, sejak lima tahun lalu hanya satu pertambahan kelulusan lesen liquor diluluskan iaitu pada tahun 2018.
"Setakat ini hanya 15 lesen dikeluarkan bagi penjualan arak secara borong dan runcit, ia hanya melibatkan lima jajahan iaitu tujuh di Kota Bharu, lima lesen bagi Gua Musang, dan masing-masing satu lesen di Tanah Merah, Pasir Mas serta Tumpat.
"Kelulusan lesen ini kita berikan untuk tempoh enam bulan dan perlu diperbaharui setiap kali tamat tempoh. Jika mereka masih patuh terhadap syarat yang ditetapkan, maka lesen akan disambung," katanya.
Sementara itu selain lesen kategori liqour Azizan berkata, satu lagi jenis lesen yang dikeluarkan adalah bagi kategori bir iaitu arak yang kandungan alkohol kurang daripada dua peratus.
Katanya, bagi kategori jualan bir ini kebenaran atau permit diberikan kepada restoran atau kedai makan bukan muslim sahaja dengan syarat-syarat yang ketat oleh PBT dan di Kelantan sama sekali tidak dibenarkan sebarang bentuk penjualan arak di kedai-kedai atau tempat tumpuan awam.
"Bagi kelulusan lesen penjualan arak akan mengambil kira pelbagai aspek seperti lokasi dan lokaliti meliputi kawasan yang melibatkan masyarakat bukan Islam sahaja.
"Di Kelantan ini, arak tidak dibenarkan dijual contohnya di kedai serbaneka 24 jam dan hotel. Hanya kedai dan restoran khas sahaja yang dibenarkan dan sebarang urusan berkait dengan arak tidak boleh melibatkan orang Islam sama sekali.
"Jika ada restoran memohon permit untuk jualan bir misalnya, wajib memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti lokasi dan lokaliti penduduk jauh dari penempatan orang muslim, tidak libatkan pekerja muslim, dan keadaan premis itu sendiri," katanya.
Sebelum ini isu arak hangat diperkatakan susulan kekerapan kejadian kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk di negara ini sekali gus pelbagai gesaan dibuat antaranya melibatkan pindaan undang-undang yang lebih tegas.
Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong memaklumkan bahawa cadangan pindaan Akta Pengangkutan Jalan juga akan merangkumi faktor lain yang membawa kepada pemanduan berbahaya seperti pengaruh dadah.
Wee berkata isu berkenaan adalah isu keselamatan dan bukanlah isu agama. Beliau juga berharap semua pihak tanpa mengira kaum, agama dan ideologi politik menyokong pindaan akta berkenaan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/cuma-satu-lesen-arak-ditambah-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Kenal Sejak 9 Tahun Lepas Harris Alif Akui Jalin Hubungan Dengan Intan Ladyana Beberapa Bulan Lalu

Hiburan Kenal Sejak 9 Tahun Lepas Harris Alif Akui Jalin Hubungan Dengan Intan Ladyana Beberapa Bulan Lalu

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 902 hits
Mulanya hanya jangkaan peminat tapi tak sangka pelakon Harris Alif mengakui bahawa dia kini sedang mengenali rapat dengan Intan Ladyana yang berbeza umur 17 tahun daripadanya Akui pemuda itu dia sudah mengenali wanita cantik tersebut sejak ...
Mencecah 2 Tahun Ainul Dah Pandai Belajar Berdiri Keluarkan Suara Lebih Satu Bunyi

Mencecah 2 Tahun Ainul Dah Pandai Belajar Berdiri Keluarkan Suara Lebih Satu Bunyi

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 312 hits
Setelah setahun selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam mulut di London United Kingdom siapa sangka dengan kuasa Allah kini adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin dilihat semakin membesar dengan baik Walaupun diusia yang bakal m...
Che Nah Sujud Syukur Di Atas Jalan 35 Tahun Mohon Lesen Berniaga Akhirnya Berjaya

Che Nah Sujud Syukur Di Atas Jalan 35 Tahun Mohon Lesen Berniaga Akhirnya Berjaya

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 324 hits
KUALA LUMPUR Seorang peniaga melakukan sujud syukur di atas jalan di depan kedainya kerana terlalu gembira dan terharu mendapat lesen perniagaan selepas menunggu 35 tahun mengusahakan mengusahakan perniagaan trak makanan di ibu kota Lebih i...
Terima Lesen Berniaga Lepas 35 Tahun Penantian Che Nah Sujud Syukur Depan Annuar Musa

Terima Lesen Berniaga Lepas 35 Tahun Penantian Che Nah Sujud Syukur Depan Annuar Musa

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 330 hits
Alhamdulillah terima kasih Tan Sri small Cover image via Wilayahku span span small Di Malaysia undang undang telah menetapkan agar setiap individu atau pihak yang ingin menjalankan sebarang perniagaan mendapatkan lesen yang sah daripada Pih...
Jom Meleboq Di Kelantan Lesen Baru Dibuka Tak Tutup Isle

Jom Meleboq Di Kelantan Lesen Baru Dibuka Tak Tutup Isle

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 598 hits
Aims Negeri Serambi Mekah yang perjuangkan Islam pun sedia ditambah pengeluaran LESEN PREMIS MINUMAN ARAK Jika lesen premis minuman arak terus ditambah ini bermakna
Tiada Bukti Beku Lesen Arak Kekang Pemandu Mabuk Ram Karpal

Tiada Bukti Beku Lesen Arak Kekang Pemandu Mabuk Ram Karpal

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 2761 hits
Tiada bukti membekukan lesen jualan arak dapat mengurangkan kes kemalangan jalan raya akibat pemandu mabuk kata ahli parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh berkata Putrajaya tidak membentangkan sebarang kajian atau data yang menyokong langk...
Beku Lesen Arak Pemimpin Dap Kata Pn Tak Guna Pas Gila Umno Lagi Gila

Beku Lesen Arak Pemimpin Dap Kata Pn Tak Guna Pas Gila Umno Lagi Gila

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 442 hits
Hanya kerana DBKL membekukan semua permohonan baharu lesen minuman keras pemimpin DAP Ronnie Liu Tian Khiew Mengatakan Kerajaan PN tiada guna PAS gila dan UMNO lagi gila Mendakwa pembekuan ini adalah tidak berperlembagaan Menyebut DAP akan ...
Beku Lesen Arak Mungkin Akibatkan Ramai Ketagih Dadah Kata Mp

Beku Lesen Arak Mungkin Akibatkan Ramai Ketagih Dadah Kata Mp

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 451 hits
Cadangan mengharamkan atau membekukan lesen minuman keras tidak akan menyelesaikan isu pemandu mabuk kata Anggota Parlimen Padang Serai M Karupaiya Sebaliknya katanya tindakan itu mungkin akan menyebabkan ramai rakyat Malaysia yang ketagiha...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities