Hiburan Dia Kawan Baik Saya Daiyan Trisha Balas Tindakan Netizen Jodohkan Dengan Aedy Ashraf
Sejak digadingkan bersama dalam drama Projek: Anchor SPM, di media sosial seringkali dapat dilihat netizen cuba untuk ‘menjodohkan’ pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha bersama pelakon, Aedy Ashraf.
ARTIKEL BERKAITAN "Kami Memang Rapat Tapi.." Ben Amir Jawab Spekulasi Sedang Bercinta Dengan Daiyan TrishaAdvertisementKetika mengulas tentang perkara tersebut, Daiyan berasa ia merupakan suatu perkara yang lucu kerana dia dan Aedy merupakan kawan baik.
Saya dengan Aedy adalah kawan baik. Memang saya ada nampak komen-komen netizen, tapi saya tak bersedia untuk apa-apa (hubungan).
Katanya ketika ditemubual secara maya oleh Harian Metro di pelancaran single terbarunya, Penat.
View this post on Instagram
A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)
Tambahnya lagi, dia baru saja melalui fasa putus cinta sebulan setengah yang lalu dan fasa penuh kesedihan itulah yang menjadi sumber inspirasi dalam menghasilkan lagu berjudul Penat ini.
Advertisement
Terdahulu, tular sebuah video di TikTok yang dimuat naik oleh peminat Daiyan dan Aedy dimana di dalam video tersebut ia menunjukkan reaksi Aedy ketika ditanya oleh peminat tentang pelakon jelita itu dalam satu video secara langsung.
Jelas kelihatan kekok muka pelakon Budak Tebing 2 apabila ditanya soalan seperti itu dan tambah pula soalan daripada beberapa rakannya yang turut sertai video secara langsung itu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post “Dia Kawan Baik Saya..” – Daiyan Trisha Balas Tindakan Netizen ‘Jodohkan’ Dengan Aedy Ashraf first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2021/08/hiburan-dia-kawan-baik-saya-daiyan.html