Hiburan Bakal Muflis Bekas Stokis Failkan Notis Bankrap Kepada Muhammad Sajjad
Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat telah diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk membenarkan notis kebankrapan terhadapnya diserahkan secara penyampaian ganti melalui notis iklan dan penampalan.
ARTIKEL BERKAITAN Sajat Diburu Polis Lagi, Bantu Siasatan Kes Tipu Maklumat Kad PengenalanAdvertisementIni berikutan kegagalan Sajat untuk membayar wang penghakiman sebanyak RM200,000 kepada bekas stokis utamanya iaitu OWA Resources seperti yang telah diputuskan Mahkamah Rayuan pada April lalu.
View this post on Instagram
A post shared by ??? ????? (@nursajat24)
Perkara tersebut dimaklumkan peguam utama OWA Resources dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors, Nurul Hafidzah Hassan di mana dua plaintif iaitu Nurwati dan Mohammed Syakir Hussin telah membuat notis iklan dan notis tampal pada minggu ini namun masih tidak mendapat respon daripada Sajat jika dia ingin membantah notis kebankrapan tersebut.
Pihak anak guam tidak dapat menjejaki lokasi sebenar defendan. Oleh itu, kami telah mendapatkan kebenaran mahkamah untuk menyerahkan notis secara iklan dan menampal notis di mahkamah dan di depan rumah defendan.
Advertisement
Sumber : mStar Online Terdahulu, OWA Resources sebelum ini pernah cuba untuk menyerahkan notis bankrapsi kepada Sajat sebanyak tiga kali namun menemui jalan buntu kerana lokasi Sajat tidak dapat dikesan.
Dimaklumkan juga, notis tersebut berkehendakkan Sajat untuk membayra RM113,327 dengan lima peratus kadar faedah setahun atas jumlah baki dari 13 September 2018 sehingga 3 Mac 2021 serta kos mahkamah sebanyak RM70,000.
Setakat tarikh dimaklumkan tersebut, jumlah terkumpul adalah RM197,329.87.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Bakal Muflis, Bekas Stokis Failkan Notis Bankrap Kepada Muhammad Sajjad first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2021/07/hiburan-bakal-muflis-bekas-stokis.html