Hiburan Tak Bayar Mungkin Muflis Aznil Nawawi Kesal Lhdn Gesa Suruh Bayar Cukai Di Kala Kesulitan Hidup
Pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi meluahkan rasa kesal di hati apabila dia digesa untuk membayar cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) meskipun keadaan ekonominya kini berada dalam keadaan tenat gara-gara pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak setahun yang lalu.
BACA: Guna Akaun Bank Sendiri Untuk Kutipan Derma Amal, Aznil Nawawi Tampil Beri Penjelasan
AdvertisementAznil yang ternyata kecewa dengan sikap agensi kerajaan terbabit merasakan bahawa LHDN sepatutnya lebih prihatin dan tidak memaksa-maksa rakyat yang terjejas pendapatan untuk menjelaskan cukai.
View this post on InstagramA post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm)
Katanya lagi, rakyat sudah hampir dua bulan duduk di rumah dan kes juga semakin meningkat dari hari ke hari sehingga dia merasakan masa depan yang gelap apatah lagi memikirkan nasib ibu bapa di rumah.
“Saya sendiri, semua projek terpaksa dibatalkan dan LHDN ada hati hantar surat menyuruh saya bayar cukai tertangguh. Saya memang tiada masalah dengan hal pembayaran cukai sebelum ini dan mampu bayar tapi dengan COVID nak masuk dua tahun, tentu ekonomi saya terjejas dan tak mampu nak bayar seperti biasa.”
Aznil dalam pada itu turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang disangkanya prihatin namun kecewa dengan agensi yang dimaksudkan kerana memaksa rakyat untuk membayar cukai terutamanya dalam waktu mendesak seperti waktu sekarang ini.
View this post on InstagramA post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm)
AdvertisementMalah, dia juga memaklumkan bahawa menerima surat ugutan untuk menyekat pasport dan kemungkinan namanya turut akan disenarai hitam serta diisytiharkan muflis jika gagal membayar cukai berkenaan.
Akhirinya lagi, dia tidak kisah jika surat yang hadir menawarkan alternatif lain seperti penstrukturan semula pembayaran misalnya dan bukan terus memaksa rakyat untuk membayar cukai di saat ekonomi terjejas disebabkan oleh COVID-19.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post “Tak Bayar Mungkin Muflis..” Aznil Nawawi Kesal LHDN Gesa Suruh Bayar Cukai Di Kala Kesulitan Hidup first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2021/07/hiburan-tak-bayar-mungkin-muflis-aznil.html