Herba Mujarab Untuk Kurangkan Gula



Herba mujarab untuk kurangkan gula (Diabetes)
Perubatan Alternatif & Komplementari Untuk Diabetes Mellitus
Perubatan Alternatif dan Komplementari (CAM) adalah satu amalan penjagaan kesihatan yang digunakan dengan meluas, namun harus diketahui bahawa ia merupakan sesuatu yang berbeza dengan amalan perubatan moden. CAM biasanya diamalkan sebagai langkah mencegah atau merawat penyakit atau meningkatkan kesihatan dan keadaan diri.
Pada masa kini, kaedah alternatif dan komplementari semakin mendapat perhatian dalam kalangan pengamal perubatan dan pesakit Diabetes mellitus.
Perubatan alternatif bermaksud terapi yang diambil untuk menggantikan perubatan moden.
Komplementari pula bermaksud terapi yang diambil bersama dengan perubatan moden.
Berikut adalah beberapa contoh herba yang sering digunakan untuk rawatan Diabetes Mellitus :
1) Misai Kucing

Misai kucing (Orthosiphon stamineus) merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok perhiasan yang seringkali ditemui di taman-taman tempatan kerana kecantikannya.
Misai kucing kini begitu popular dalam kalangan masyarakat Melayu kerana ia digunakan secara meluas dalam bidang perubatan termasuklah rawatan :
batu karang
gout
darah tinggi
diabetes.
Eksperimen yang menggunakan keseluruhan ekstrak misai kucing pada tikus makmal didapati dapat mengurangkan kepekatan glukosa dalam darah kerana tindakannya yang menggalakkan perembesan insulin oleh kalenjar pankreas. Apabila paras insulin meningkat, maka secara tidak langsung paras gula dalam darah akan menurun.
Selain daripada penurunan gula, kajian makmal turut menunjukkan ia mampu menurunkan paras kolesterol dalam pesakit diabetes, sekaligus mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular (jantung).
Cara pengambilannya adalah dalam bentuk air rebusan atau teh. Kebiasaannya bahagian yang digunakan adalah daunnya. Manakala bahagian lain pokoknya pula digunakan untuk tujuan rawatan bagi penyakit lain.
Setakat ini kajian-kajian yang dijalankan mendapati bahawa misai kucing tidak memberi kesan sampingan terhadap hati dan buah pinggang selepas administrasi. Namun, kajian selanjutnya perlu dijalankan untuk memastikan keselamatannya jika diambil dalam jangka masa yang panjang.
2) Daun Pegaga

Daun pegaga (Centella asiatica) telah digunakan dalam perubatan tradisional India, Ayurveda, sejak beratus tahun dahulu. Pada awalnya, ia digunakan untuk penyembuhan luka kerana keupayaan penyembuhannya yang cepat dan kebolehannya merawat penyakit kulit seperti psoriasis.
Kajian makmal telah menunjukkan ekstrak bahan etanol dan metanol daripada daun pegaga mempunyai khasiat untuk membantu menurunkan paras gula dalam darah dengan membantu perembesan insulin. Kajian menyatakan ia menyerupai tindakan ubat moden dan mampu membantu mengekalkan paras gula yang baik.
Selain menurunkan paras gula dalam darah, ia turut membantu mengurangkan :
paras kolesterol
asid urik
urea.
Ia boleh diambil secara mentah sebagai ulam atau dijadikan jus. Kini zat pegaga boleh didapati dalam bentuk kapsul.
Namun begitu, kajian menunjukkan pengambilan pegaga secara konsisten dalam tempoh yang panjang (melebihi 6 bulan) boleh mengakibatkan kesan sampingan pada hati. Maka pesakit perlulah memaklumkan kepada doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan bagi mengelakkan sebarang kesan yang boleh memudaratkan.
3) Hempedu bumi

Hempedu bumi (Andrographis paniculata) merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari Asia Tenggara, China dan India. Ia digunakan sejak berabad yang lalu di China, India dan Jawa sebagai rawatan untuk mengurangkan kesakitan (analgesik) dan merawat sebarang luka termasuk gigitan ular.
Dalam rawatan diabetes, kajian menunjukkan ekstrak metanol daripada tumbuhan ini mampu mengurangkan pencernaan dan penyerapan gula ke dalam darah, maka ia membantu untuk mengawal paras gula terutama selepas makan.
Selepas pengambilan selama 30 hari, kajian ke atas tikus makmal mendapati ia membantu meningkatkan kepekaan insulin dan mempercepatkan pemindahan gula dari darah ke dalam sel untuk dijadikan tenaga.
Kini hempedu bumi boleh didapati dalam bentuk kapsul yang dijual di pasaran, namun ada juga yang mengambil air rebusan atau memakan daunnya yang segar. Walaupun begitu, rasanya yang amat pahit menyebabkan ia lebih sesuai diambil dalam bentuk kapsul.
Terdapat beberapa kesan sampingan yang mungkin berlaku dengan pengambilan hempedu bumi seperti pening, letih dan cirit-birit. Ia juga mempunyai potensi untuk menyebabkan interaksi bersama ubat moden jika diambil bersama.
Sila dapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi sebelum anda memulakan sebarang rawatan dengan herba ini.
4) Peria katak

Peria katak (Momordica charantia) banyak ditanam di Asia Selatan, Asia Tenggara, China, dan Caribbean untuk buahnya yang merupakan sayur yang paling pahit di dunia kerana kandungan kuinin yang tinggi.
Dalam perubatan Ayurveda India, peria katak dianggap sebagai sejenis “insulin tumbuhan” dan oleh itu, ia disyorkan untuk pesakit kencing manis. Di Filipina, teh peria katak digunakan untuk mengawal diabetes bagi orang miskin yang tidak mampu mendapatkan perubatan.
Kajian yang dijalankan ke atas tikus makmal dengan ekstrak peria katak menunjukkan ia mampu menyerupai tindakan insulin kerana buah dan bijinya mengandungi protein Polypeptide – K yang efektif terhadap diabetes.
Selain itu, ia juga membantu merencat penyerapan gula di usus dan menggalakkan sel-sel menggunakan gula dengan lebih efektif untuk ditukarkan menjadi tenaga. Ia juga membantu mengurangkan paras gula dengan merencat penghasilan gula oleh hati.
Oleh itu, anda perlu berhati-hati kerana pengambilan peria katak bersama ubat moden boleh menyebabkan paras gula turun terlalu rendah (hipoglisemia).
Sila dapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi sebelum mengambil rawatan tradisional ini kerana anda mungkin perlu mengubah dos ubat moden anda.
Ia kini boleh diambil dalam bentuk kapsul atau dijadikan jus minuman dan diambil secara mentah sebagai ulam atau dimasak sebagai sayuran.
5) Mas cotek

Mas cotek atau nama saintifiknya Ficus deltoidea adalah sejenis tumbuhan meliar yang menumpang di atas pokok lain dan biasanya hidup di kawasan perbatuan dan pergunungan. Ia telah digunakan secara turun-temurun untuk masalah kolesterol, saraf, masalah wanita dan banyak lagi kegunaan termasuklah mencantikkan kulit. Daunnya didapati kaya dengan bahan antioksida dan vitamin C.
Dari sudut rawatan diabetes, kajian makmal yang menguji ekstrak tumbuhan ini ke atas tikus makmal mengatakan mas cotek mampu menurunkan paras gula dengan cara meningkatkan rembesan insulin oleh kalenjar pankreas dan menggalakkan pengambilan gula oleh sel untuk ditukarkan menjadi tenaga.
Terdapat juga kajian makmal lain yang menyatakan bahawa ia bertindak dengan :
merencat penyerapan gula di usus
mengurangkan penghasilan gula oleh hati.
Ia kini tersedia dalam bentuk kapsul untuk memudahkan pengambilan. Selain itu, ada yang mengambil daunnya yang telah dikeringkan atau meminum air rebusan daunnya.
6) Buah mengkudu

Buah mengkudu (Morinda citrifolia) telah digunakan sejak turun-temurun dalam perubatan tradisional terutama dalam kalangan masyarakat Melayu. Minat masyarakat umum terhadap tanaman ‘ajaib’ ini bermula pada penghujung 1998 selepas penemuan saintifik tentang bahan aktif serta fungsinya oleh seorang ahli biokimia dari Universiti Hawaii.
Buah mengkudu dikatakan tinggi dengan serat pemakanan seperti :
vitamin C dan B3,
zat besi
kalium (potassium).
Ia diambil dengan cara memakan buahnya yang berasa sedikit pahit atau boleh juga dijadikan jus.
Kajian makmal menunjukkan bahawa pengambilan buah mengkudu telah membantu insulin bertindak lebih baik untuk menurunkan paras gula dalam darah. Ia juga dipercayai membantu memelihara sel-sel di pankreas (organ yang bertindak menghasilkan insulin), maka penghasilan insulin berlaku dengan lebih banyak dan berkesan.
Oleh kerana jus mengkudu mengandungi sejenis elektrolit yang dipanggil potassium, anda perlu mendapatkan nasihat doktor atau Pegawai Farmasi sebelum mengambilnya kerana dikhuatiri mempunyai interaksi dengan ubat moden dan menyebabkan hiperkalemia, iaitu satu keadaan peningkatan tahap potassium yang boleh memudaratkan.
Angin, kembung perut dan cirit-birit telah dikaitkan dengan pengambilan jus mengkudu, maka jika kesan sampingan timbul, anda dinasihatkan untuk menghentikan pengambilan dengan serta-merta dan segera berjumpa doktor.
7) Gurmar (Gymnema)

Tumbuhan gurmar (Gymnema sylvestre) berasal dari hutan dan padang rumput di bahagian selatan India. Daunnya sudah digunakan berabad lamanya untuk mengawal diabetes dan kini ekstrak daunnya telah menjalani banyak kajian makmal yang menunjukkan kesan positif terhadap penurunan paras gula dalam darah.
Dalam bahasa Hindi, perkataan ‘gurmar’ membawa maksud ‘pemusnah gula’ kerana tindakannya yang :
menghalang rasa manis dalam makanan
mengurangkan selera makan.
Kesan ini bertahan selama 1-2 jam selepas pengambilan.
Selain itu, ia juga didapati mampu menggalakkan perembesan insulin dari kalenjar pankreas serta menghalang penyerapan gula di usus.
Kini, ia sedang giat dikaji oleh saintis dan pengamal Ayurveda dan dihasilkan dalam bentuk tablet sebagai alternatif bagi rawatan diabetes.
Dos yang disyorkan ialah 200-250mg 2 kali sehari.
8) Halba

Halba atau Trigonella foenum graecum merupakan sejenis tanaman herba yang sangat meluas penggunaannya dalam bidang perubatan sehinggalah ke bidang masakan. India merupakan pengeluar halba terbesar dunia di samping Mesir, Turki, Sepanyol dan China.
Kegunaan halba dalam mengawal diabetes ini telah dikaji terhadap tikus makmal dan juga manusia. Dalam salah satu kajiannya, didapati bahawa seramai 60 orang pesakit yang mengambil halba 25g sehari menunjukkan penurunan paras gula yang signifikan dan ia mampu menghalang kenaikan paras gula selepas makan.
Ia didapati mengandungi asid amino yang :
menggalakkan perembesan insulin
meningkatkan sensitiviti insulin.
Dos yang disyorkan ialah 5-30g tiga kali sehari atau 15-90g sekali sehari.
Kesimpulan
Walaupun terapi alternatif dan komplementari menunjukkan kesan yang baik terhadap penurunan paras gula dalam darah, namun mekanisma tindakan, keberkesanan dan keselamatan masih menjadi isu yang sering hangat dibincangkan.
Setakat ini, kebanyakan ubat-ubatan herba yang dibincangkan di atas hanya dijalankan terhadap tikus makmal, manakala terlalu sedikit kajian yang telah dijalankan ke atas manusia. Oleh itu, masih tiada kepastian yang ia adalah selamat untuk diambil terutamanya jika diambil secara berpanjangan. Tambahan pula, kebanyakan kesan sampingan ubat-ubatan herba tidak didokumenkan dengan baik.
Wanita yang mengandung, menyusukan anak dan kanak-kanak tidak digalakkan untuk mengambil ubat-ubatan herba kerana maklumat keselamatan yang terhad.
Apa yang penting adalah anda harus mendapatkan nasihat doktor atau Pegawai Farmasi sebelum memulakan rawatan alternatif atau komplementari. Anda perlu berhati-hati kerana pengambilannya bersama perubatan moden boleh memberi risiko kepada anda untuk mengalami interaksi ubat yang mungkin boleh memudaratkan.
8 LANGKAH SIHAT UNTUK KAWAL KENCING MANIS
Anda pesakit kencing manis? Sukar sangat nak kawal bacaan gula dalam darah?
Nak cari produk atau suplemen? Jom kita buat secara sihat!
Ikuti 8 langkah penting ini:
1. Turunkan berat badan
Berat badan yang berlebihan boleh mengganggu fungsi insulin dan menyebabkan sukar bagi tubuh untuk mengekalkan tahap glukosa darah yang sesuai. Bagi mereka yang berlebihan berat badan, anda perlu berusaha untuk menurunkan berat badan. Dapatkan bantuan doktor untuk menurunkan berat badan anda dan jika perlu berunding dengan pakar pemakanan atau dietition.
2. Amalkan Diet Seimbang
Makan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran, protein tanpa lemak dan sumber lemak yang baik. Makanan yang harus dielakkan adalah manis-manis dan bergula.
3. Pastikan ambil sarapan pagi
Sarapan pagi dengan cukup dan makan malam sederhana boleh mengawal bacaan gula darah anda sepanjang hari. Dengan mengambil lebih banyak kalori semasa sarapan, dan sedikit kalori pada waktu makan malam, bacaan gula sepanjang hari dikurangkan dengan ketara.
4. Mengekalkan Jadual Makan yang sempurna
Tahap gula darah lebih baik dikawal jika jadual makan diatur dengan baik. Dengan mengamalkan jadual makan lebih kerap dalam kuantiti sedikit membantu menjaga kadar gula dalam tubuh.
5. Aktiviti Fizikal adalah satu kemestian untuk pesakit kencing manis
Latihan tetap diperlukan untuk mengekalkan kadar glukosa anda di bawah kawalan. Pergerakan otot menghasilkan penggunaan insulin. Tiga puluh minit berjalan kaki setiap hari akan mengurangkan risiko diabetes sebanyak satu pertiga.
6. Kawal stres dan tekanan hidup
Tekanan yang tidak terurus boleh menyebabkan tahap gula lebih sukar untuk dikawal. Cuba bertenang untuk mengatasi tekanan. Booster untuk menyerap tekanan hidup dan stress termasuk melakukan aktiviti sihat seperti yoga, tai chi,riadah, urut, dan muzik yang menenangkan. Kesemua ini juga dapat membantu anda tidur dengan lebih baik. Kajian menunjukkan bahawa tidak mendapat tidur yang cukup boleh memperburuk diabetes jenis 2. Tidur kurang dari enam jam malam juga didapati boleh menyebabkan bacaan glukosa terjejas, keadaan yang sering menyebabkan diabetes jenis 2.
7. Periksa bacaan gula
Doktor mungkin akan menetapkan temujanji untuk menguji gula darah anda. Lakukan cek tambahan kepada di atas. Mungkin pada sarapan pagi, makan tengahari, dan sebagainya
8. Perhatikan juga nilai bacaan lain selain gula dalam darah
Bacaan gula dalam darah bukan satu-satunya nombor yang anda perlu perhatikan. Doktor juga sebenarnya memeriksa tekanan darah dan bacaan kolesterol anda. Bacaan ini akan memberitahu anda jika kesihatan anda berada pada nilai yang betul atau tidak. Hb A1c contohnya akan mengukur paras gula darah dari masa ke masa. Ini perlu diuji sekurang-kurangnya dua kali setahun. Tahap kolesterol, juga harus diuji dan lebih kerap jika anda menghadapi masalah dengannya. Tekanan darah dan berat badan, juga akan diperiksa setiap kali anda melawat doktor.
PERINGATAN: Jangan cuba-cuba apa-apa produk dan suplemen untuk menurunkan gula. Jangan mudah terpedaya dengan testimoni yang dipamer. Teruskan temujanji dengan doktor. Ikut segala langkah sihat di atas.
Herba mujarab untuk kurangkan gula (Diabetes)
Baca Artikel Menarik :
Bendera putih bukan bererti mengaku kalah Lancar ‘Phuket Sandbox’, Malaysia Tidak Tersenarai Dalam 66 Buah Negara Dibenar Masuk Thailand Najwan maklumkan ada sesuatu yang tidak kena dalam AMK Mila Jirin ajak rakan niaga terus tawakal Lelaki Ini Kibarkan Bendera Mohon Bantuan Demi Anak Dan Isteri Tapi Tak Disangka [VIDEO] Resepi Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api Layari Laman Facebook MYKMU
Anwar balas kritikan Bront Palarae

The post Herba mujarab untuk kurangkan gula (Diabetes) appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/07/02/herba-mujarab-untuk-kurangkan-gula-diabetes/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Apam Kukus Gula Merah Bahan Senang Dan Pasti Jadi Patutlah Ramai Share

Resipi Apam Kukus Gula Merah Bahan Senang Dan Pasti Jadi Patutlah Ramai Share

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 378 hits
Apam yang cantik dan berwarna warni sememangnya mampu menarik perhatian anak anak kita Namun tidak kurang hebatnya dengan apam gula merah yang satu ni Resipinya ringkas dan paling senang hendak dicuba Bagi yang rasa tidak yakin nak cuba bua...
Resepi Agar Agar Santan Gula Melaka

Resepi Agar Agar Santan Gula Melaka

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 273 hits
Agar agar santan gula melaka pencuci mulut yang tak jemu dimakan Sedap dijamah ketika sejuk dan pencuci mulut yang mudah disediakan Boleh disediakan sehari awal jika anda merancang untuk jamjan atau kenduri Senang kan
7 Herba Terbukti Baik Untuk Darah Tinggi

7 Herba Terbukti Baik Untuk Darah Tinggi

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 390 hits
7 herba terbukti baik untuk darah tinggi Ada Cara Mudah Turunkan Tekanan Darah Tinggi Cuba 7 Herba Yang Diperakui Oleh Sains Ini Hipertensi atau tekanan darah tinggi merupakan sejenis penyakit kronik yang lazim dialami oleh rakyat Malaysia ...
Khasiat Herba Pokok Dukung Anak

Khasiat Herba Pokok Dukung Anak

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 549 hits
Salah 1 khasiat yang ramai orang tak tahu adalah air rebusan dia kalau minum bagus untuk orang perempuan yang tengah ikhtiar untuk hamil atau merawat masaalah sukar dapat zuriat Khasiat This is a content summary only Visit my website for fu...
Masa Dap Kurangkan Judi Dian Diam Masa Mca Buat Pun Dia Diam

Masa Dap Kurangkan Judi Dian Diam Masa Mca Buat Pun Dia Diam

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 190 hits
Ehh tiba time DAD cepat je tok peti ni bersuara Time menteri DAP waktu kerajaan PH kurangkan judi dari 22 kali kpd 8 kali kemudian menteri umno dalam kerajaan tebuk atap tambah lagi cabutan judi kepada 22 kali mana suara tok peti Daripada t...
Pad Wanita Herba Wangi Vs Pad Sintetik Mana Yang Bagus

Pad Wanita Herba Wangi Vs Pad Sintetik Mana Yang Bagus

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 396 hits
Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin tetapi mereka hampir tidak bercakap tentang bagaimana rasanya menggunakan pad organik tampon berbanding yang bukan organik Pertama sekali mema...
Anwar Hopes Chief Justice Will Carry Out Duties With Wisdom Integrity

Aidex Cybercon 2025 Mentakrifkan Semula Ai Kepintaran Digital Dan Ketahanan Siber

Polis Thailand Akan Serah Eda Ezrin Kepada Imigresen Malaysia Di Icqs Rantau Panjang

Mentors For Startup Business Owners

Warga Asing Tanam Mayat Kawan Di Tapak Lupus Sampah Ditahan Polis

Elakkan Salah Pasang Ini Antara Kesalahan Selalu Berlaku Bila Gantung Jalur Gemilang

Travel Bajet Ke Pulau Pinang Panduan Lengkap Untuk Percutian Solo Keluarga

Rediscovering Intimacy Through Aroma And Vapor A Deep Dive Into Vapordisiacs


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Solidariti Aman Keningau Bersama Zara

Simple Trim Healthy Mama Recipe Book

Bihun Goreng Kampung

Eda Ezrin Nur Aida Selesai Ambil Keterangan Lebih 3 Jam

Bubur Lambuk Segera Brahims Mudah Cepat Sedap

Sentuhan Moden Pada Kuih Tradisional Resipi Warisan Yang Berjiwa Kontemporari