Sentuhan Moden Pada Kuih Tradisional Resipi Warisan Yang Berjiwa Kontemporari


Kuih tradisional Melayu seringkali dianggap sebagai warisan lama yang mulai hilang dari radar pencinta makanan masa kini. Tapi sebenarnya, kuih-kuih tradisional seperti Abok-Abok, Koleh Lemak, dan Apam Dewa masih mempunyai peminat setia yang sangat menghargai rasa dan cerita di sebaliknya.
Kalau dulu kuih-kuih ini hanya popular di kalangan generasi lama, kini tiba masa kita hidupkan semula tradisi ini. Jom kita cuba buat kuih tradisional yang mudah, sedap, dan pasti menggamit kenangan lama sambil dinikmati bersama keluarga. Sesuai sangat untuk hidangan minum petang atau jamuan santai
KUIH ABOK-ABOK
BAHAN-BAHAN: 1 cawan biji sagu
Kelapa parut (bahagian putih sahaja)
½ cawan gula merah
5 sudu makan gula putih
Sedikit garam
3 cawan air biasa
Daun pisang secukupnya (untuk membalut)
CARA-CARA: Gaulkan biji sagu, kelapa, dan sedikit garam hingga sebati.
2. Dalam mangkuk berasingan, larutkan gula merah dan gula putih dengan air.
3. Bentuk daun pisang menjadi corong atau kon.

4. Susun lapisan dalam daun pisang: sagu – gula – sagu.
5. Bungkus kemas dan kukus selama 30 minit dengan api sederhana sehingga masak.
Tips: Kuih ini sesuai dinikmati sejuk atau suam, rasanya asli dan legit!
Kredit resipi: Fiza Adam
 
APAM DEWA
BAHAN-BAHAN: 5 biji telur ayam
1 cawan gula
1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu perasa (ros/vanilla/pandan)
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil ovallete (optional)
Pewarna pilihan untuk beri sentuhan warna menarik
CARA-CARA: Pukul telur hingga kembang, masukkan gula dan pukul hingga rata.
Masukkan tepung, perasa, soda bikarbonat dan ovallete, pukul hingga adunan sebati.
Tambah pewarna pilihan dan kacau rata.
Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama 40 minit (jangan terlebih kukus supaya tidak keras)
Tips: Apam yang berwarna-warni ini bukan sahaja cantik, tapi juga enak dimakan dengan teh O panas!
Kredit resipi: Noraini Hassan
 
KOLEH LEMAK
BAHAN SAMBAL IKAN: 1 kg ikan selayang (panggang/kukus dan ambil isinya)
½ kg santan
2 biji bawang besar, kisar
½ biji bawang putih, kisar
2 inci halia, kisar
Gula dan garam secukup rasa
2 sudu halba
CARA-CARA: Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Kemudian, campurkan dengan isi ikan, santan, gula, garam dan halba. Kacau sehingga sebati.
BAHAN KOLEH: 4 cawan tepung beras
½ kg santan (campur air jadi 11 cawan)
Garam secukup rasa
3 sudu susu manis (optional)
CARA-CARA: Kisar bawang besar, bawang putih, dan halia. Campur dengan isi ikan, santan, gula, garam dan halba. Kacau sebati.
Untuk koleh, campur semua bahan dan kacau rata.
Masak adunan koleh atas api sederhana sambil kacau hingga pekat.
Tuangkan ke dalam bekas, sejukkan dan potong.
Tips: Koleh Lemak ni kaya rasa dan teksturnya unik, sesuai dimakan sebagai pencuci mulut yang memuaskan!
Kredit resipi: Hanini Hashim
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
 
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kuah Mi Rebus Johor Jadi Lebih Sedap, Ikut Cara Ni Pasti Enak

Resipi Kuah Sup Kuetiau Celup Yang Sedap & Mudah

Ayam Cili Padi Pedas Tomyam. Resipi Ringkas, Mudah Masak

Cara Masak Rojak Mi Homemade Sedap Guna Resipi Arwah Mak

Resipi Kuih Cara Gula Sedap, Buat Guna 2 Cawan Tepung Je

 
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
 
 


from Rasa

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2025/08/sentuhan-moden-pada-kuih-tradisional.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambal Dia Tak Main Main Resipi Ayam Meraung Ni Memang Sedap

Sambal Dia Tak Main Main Resipi Ayam Meraung Ni Memang Sedap

papar berkaitan - pada 25/7/2025 - jumlah : 616 hits
Enaknya jika dapat menikmati sajian Ayam Meraung yang sangat sedap dan mudah ni Ditambah pula dengan sos yang padu memang betul betul nikmat Nak cuba masak sajian istimewa ini untuk keluarga Resipi mudah perkogsian saudari Mas Salleh ni ant...
Ayam Masak Merah Letak Santan Resipi Orang Dulu Dulu

Ayam Masak Merah Letak Santan Resipi Orang Dulu Dulu

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 369 hits
Ayam masak merah antara lauk yang disukai dari dulu sampai sekarang Sesuai dengan peredaran zaman cara memasaknya juga berubah dengan penambahan sos yang pelbagai Tapi jika mahu resipi orang lama yang lebih asli boleh ikut perkongsian dari ...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Saham Pembuat Cip Ai China Melonjak Cabar Dominasi Nvidia

Penyanyi Malaysia Indonesia Bergabung Gegar Stadium Merdeka Januari Ini

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Pelantikan Marhamah Ibarat Pelempang Buat Amanah

Kuantan Pekan Road Closed After Flooding Thousands Of Motorists Affected

Loyalty