7 Herba Terbukti Baik Untuk Darah Tinggi



7 herba terbukti baik untuk darah tinggi
Ada Cara Mudah Turunkan Tekanan Darah Tinggi, Cuba 7 Herba Yang Diperakui Oleh Sains Ini
Hipertensi atau tekanan darah tinggi merupakan sejenis penyakit kronik yang lazim dialami oleh rakyat Malaysia.
Jika ia tidak dirawat dan dibiarkan melarat, hipertensi boleh menyebabkan penyakit kronik yang lebih serius seperti masalah jantung.
Selain daripada ubat-ubatan yang dipreskripsikan oleh doktor, terdapat juga beberapa herba yang boleh membantu pesakit hipertensi untuk menguruskan tekanan darah mereka.
Penting untuk penulis ingatkan, herba ini bukanlah pengganti kepada ubat yang diberikan oleh doktor.
Jika anda mendapat preskripsi ubat, ambil mengikut nasihat doktor.
#1 Daun selasih, berkesan merawat tekanan darah tinggi
Daun selasih merupakan salah satu herba berperisa yang mengandungi pelbagai kompaun antioksida seperti eugenol.
Selain daripada menghindarkan individu daripada kanser, kompaun boleh memberikan kawalan tekanan darah yang lebih baik kepada pesakit.
Kajian sains telah menemui kebolehan eugenol untuk mengawal tekanan darah melalui saluran kalsium manusia.
Apabila kalsium tidak boleh masuk ke dalam sel arteri dan jantung, salur darah manusia boleh mengembang seterusnya menurunkan tekanan darah.
#2 Pasli, kaya dengan vitamin C dan pigmen antioksida karotenoid
Pasli merupakan herba yang sering digunakan oleh mereka yang mendiami benua Amerika, Eropah dan Timur Tengah.
Ia mengandungi pelbagai jenis kompaun bermanfaat termasuklah vitamin C dan karotenoid yang boleh mengawal tekanan darah.
Terdapat kajian yang menunjukkan kebolehan karotenoid menurunkan faktor risiko penyakit jantung seperti tekanan darah dan paras lipoprotein berketumpatan rendah (LDL).
Seperti daun selasih, pasli juga boleh menurunkan tekanan darah dengan mengawal saluran kalsium di dalam badan manusia.
#3 Biji saderi, padat dengan nutrien mikro
Biji saderi sering digunakan sebagai rempah dalam pelbagai jenis masakan.
Ia kaya dengan pelbagai jenis nutrien mikro seperti zat besi, magnesium, manganese, kalsium dan serat.
Kajian menggunakan tikus makmal menunjukkan, biji saderi berupaya untuk menurunkan tekanan darah tinggi yang dialami.
Sama seperti herba sebelum ini, mekanisme tindakannya tertumpu kepada saluran kalsium.
Tambahan pula, biji saderi mempunyai kandungan serat yang agak tinggi. Ia boleh memberikan kawalan tekanan darah yang lebih baik kepada pesakit.
#4 Cakar kucing, herba tradisi cina dengan pelbagai jenis kebaikan
Jika anda familiar dengan selok-belok perubatan cina, anda pasti tahu akan herba cakar kucing cina (uncaria rhynchophylla).
Ia berbeza dengan herba cakar kucing (uncaria tomentosa) walaupun mempunyai nama dan rupa yang lebih kurang sama.
Kajian sains menunjukkan ia merupakan penghalang saluran kalsium semula jadi yang boleh mengawal tekanan darah dengan lebih efektif.
Tambahan pula, cakar kucing cina turut mempunyai kompaun yang boleh merangsang penghasilan nitrik oksida bagi mengembangkan saluran darah.
#5 Bacopa monnieri, herba yang berkesan mengawal masalah hipertensi
Tumbuhan ini kebiasaannya boleh ditemui di kawasan paya di Asia Selatan.
Pengamal perubatan Ayurvedik menggunakan herba ini untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti keresahan, isu berkaitan memori dan tekanan darah tinggi.
Kajian terhadap haiwan menunjukkan dapatan yang positif.
Walau bagaimanapun, kajian terhadap 54 manusia sihat hanya menunjukkan penambahbaikan pada aspek seperti memori, anti keresahan dan anti murung.
Ia tidak menunjukkan dapatan yang signifikan pada tekanan darah.
Kajian lanjut perlu dilakukan untuk mengesahkan dapatan tersebut.
#6 Bawang putih, lancarkan aliran darah dan hindar hipertensi
Bawang putih merupakan bahan asas yang sering digunakan dalam masakan seharian.
Ia mengandungi kompaun berasaskan sulfur seperti allicin yang boleh meningkatkan aliran darah dan mengembangkan salur darah.
Tinjauan terhadap 12 kajian yang melibatkan lebih daripada 550 subjek hipertensi menunjukkan, bawang putih boleh menurunkan tekanan darah pada purata 8.3 mmHg (sistolik) dan 5.5 mmHg (diastolik).
Terdapat juga kajian yang menunjukkan penggunaan ekstrak bawang putih (600-1,500 mg) dalam kalangan 30 subjek boleh menurunkan tekanan darah sama seperti jika mereka dipreskripsikan dengan ubat hipertensi, Atenolol.
#7 Kayu manis, mampu rawat tekanan darah tinggi
Kayu manis adalah rempah beraroma yang berasal daripada kulit kayu pokok.
Ia telah digunakan sebagai herba untuk rawatan penyakit jantung sejak berkurun lamanya.
Tinjauan terhadap 9 kajian saintifik yang melibatkan 641 subjek menunjukkan, kayu manis boleh menurunkan tekanan darah pada purata 6.2 mmHg (sistolik) dan 3.9 mmHg (diastolik).
Kesan ini lebih signifikan bagi mereka yang mengambil kayu manis setiap hari selama 12 minggu.
Tambahan pula, pengambilan kayu manis oleh mereka yang mendapat komplikasi hipertensi akibat penyakit kronik seperti kencing manis turut menunjukkan trend penurunan.
Seperti herba yang lain, kayu manis boleh mengembangkan salur darah seterusnya menyebabkan penurunan tekanan darah.
Konklusi
Walaupun ada herba yang jelas boleh memberikan kebaikan kepada masalah hipertensi, lebih baik jika anda rujuk kepada doktor terlebih dahulu.
Sekiranya tiada kontraindikasi, anda boleh mengambilnya bersama dengan ubat seperti yang dinasihatkan oleh doktor.
7 herba terbukti baik untuk darah tinggi
Baca Artikel Menarik :
UMNO bakal tinggalkan kerajaan PN Zahid panggil MP UMNO tandatangan surat tarik diri ‘Bodoh Tu Simpan Sikit Dalam Sungai Supaya Orang Tak Nampak’ – Che Ta Sound Tepat Pokok nangka hasilkan buah berkulit durian Resepi Terung Goreng Kicap Bercili Layari Laman Facebook MYKMU
Herba mujarab untuk kurangkan gula (Diabetes)

The post 7 herba terbukti baik untuk darah tinggi appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/07/03/7-herba-terbukti-baik-untuk-darah-tinggi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kawal Tekanan Darah Tinggi Dengan Asam Keping

Kawal Tekanan Darah Tinggi Dengan Asam Keping

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 241 hits
Asam keping atau juga dikenali sebagai asam gelugur adalah salah satu bahan penyedap menambah rasa masam yang digunakan dalam masakan Selain digunakan dalam masakan ia juga bermanfaat sebagai salah satu ikhtiar di dalam mengawal tekanan dar...
Guan Eng Mahu Kes Rasuah Projek Terowong Didengar Di Mahkamah Tinggi

Guan Eng Mahu Kes Rasuah Projek Terowong Didengar Di Mahkamah Tinggi

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 215 hits
July 9 2021 Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng didakwa tahun lalu atas tuduhan meminta suapan berkaitan projek terowong dasar laut Pulau Pinang KUALA LUMPUR Bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memfailkan permohonan bagi...
Laptop Gaming Terbaru Colorful X15 At Dengan Geforce Rtx3060 Tawarkan Performa Tingkat Tinggi

Laptop Gaming Terbaru Colorful X15 At Dengan Geforce Rtx3060 Tawarkan Performa Tingkat Tinggi

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 263 hits
Dengan desain yang terinspirasi dari dewa petir dari mitologi Tiongkok Kuno laptop Colorful X15 AT janjikan performa tingkat tinggi
Gibran Mobilitas Warga Solo Masih Tinggi Selama Ppkm Darurat

Gibran Mobilitas Warga Solo Masih Tinggi Selama Ppkm Darurat

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 321 hits
Menurut dia penyekatan dilakukan agar terjadi penurunan angka kasus COVID 19 Meski demikian sebagian masyarakat bakal terganggu dengan langkah penyekatan tersebut
Kes Covid 8 868 Paling Tinggi Menteri Agama Nak Buka Masjid

Kes Covid 8 868 Paling Tinggi Menteri Agama Nak Buka Masjid

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 387 hits
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT By Syed Akbar Ali
Trend Kemasukan Kes Ke Icu Masih Tinggi Petugas Kkm Alami Lesu Upaya

Trend Kemasukan Kes Ke Icu Masih Tinggi Petugas Kkm Alami Lesu Upaya

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 237 hits
KUALA LUMPUR 27 Zulkaedah 1442H Khamis Trend kemasukan kes COVID 19 ke unit rawatan rapi masih berada di tahap tinggi yang menyaksikan penggunaan katil ICU masih melebihi kadar 90 peratus kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham...
Ethereum Cenderung Mencapai Tahap Tinggi Baru

Ethereum Cenderung Mencapai Tahap Tinggi Baru

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 262 hits
Ethereum berjaya melonjak di atas rintangan menaik yang kuat oleh yang demikian ia boleh meneruskan pertumbuhannya Ia telah menurun sedikit dalam jangka pendek namun kecenderunganya kekal menaik dalam dagangan jangka pendek Secara teknikaln...
Resipi Sup Telur Cantik Tak Pecah Menu Tinggi Khasiat Mudah Sedia Untuk Anak

Resipi Sup Telur Cantik Tak Pecah Menu Tinggi Khasiat Mudah Sedia Untuk Anak

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 437 hits
Menu ringkas dan jimat antara resipi yang begitu disyorkan untuk kita di musim PKP ini Menu berasaskan telur ini bukan hanya ringkas bahkan menjimatkan dan paling penting sihat untuk anak anak kita Pun begitu setiap kali memasak sup telur s...
Hiburan Suhu Tinggi Mendadak Anak Pu Abu Kini Tidak Stabil Kerana Dijangkiti Covid 19

Hiburan Suhu Tinggi Mendadak Anak Pu Abu Kini Tidak Stabil Kerana Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 250 hits
Anak kepada Pencetus Ummah Abu iaitu Muhammad Adam Aysar yang disangka hanya mengalami demam panas rupa rupanya telah disahkan menghidapi COVID 19 BACA AdvertisementPerkara tersebut dimaklumkan PU Abu atau nama sebenarnya Mohd Abu Sufyan Mo...
Rewards Travel Now Too Many Points Not Enough Seats

Jumaat Terakhir Sebelum Ramadan Saya Nak Tanya Ada Sesiapa Nak Taja Makanan Dan Minuman Untuk Buka Puasa

Tiket Murah Promo Sekarang Ada Promo Tiket Murah Kat Trip Com Jom Check It Out

Isu Beras Kajian Mardi Buktikan Rakyat Ditipu

Pahang Sultan Wants End To Debate Over Royal Addendum On Najib

Salam Ramadan 1446h 2025h Dan Selamat Berpuasa

Penganggur Ditahan 3 Jam Lepas Samun Kedai Emas

Unifi Mobile Kini Ada Pelan Prabayar Dengan Tempoh Aktif 12 Bulan Harga Rm180


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pembukaan Ssf Flagship Store Glenmarie Dan Perkongsian Strategik Dengan Haqqi Mall

48 Years Of Tenacious Struggle Aliran Refuses To Surrender Hope

Gloomy Morning Pancake Felt Keychain

Myteamppim Coach Ict

Kisah Kaum Tsamud Peradaban Yang Hilang Karena Azab Allah

Lirik Lagu Inikan Hari Raya Andi Bernadee