Travel Bajet Ke Pulau Pinang Panduan Lengkap Untuk Percutian Solo Keluarga


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pulau Pinang bukan sahaja terkenal dengan keindahan pantainya dan kekayaan sejarah George Town, tetapi juga menjadi destinasi ideal untuk pelancong bajet yang inginkan pengalaman bercuti yang lengkap tanpa perlu berbelanja besar. Sama ada anda merancang percutian secara solo atau bersama keluarga, negeri ini menawarkan pelbagai pilihan makanan murah, penginapan mampu milik serta aktiviti menarik yang sesuai untuk semua lapisan umur. Dalam panduan ini adalah senarai tempat-tempat makan yang wajib cuba, tarikan popular yang berbaloi dilawati, serta beberapa tips jimat untuk memudahkan percutian anda di Pulau Mutiara ini

✅ Kenapa Pulau Pinang Pilihan Terbaik untuk Travel Bajet?
Pulau Pinang khususnya bahagian pulau seperti Georgetown, Batu Ferringhi dan Air Itam merupakan antara destinasi terbaik di Malaysia untuk percutian bajet. Ia menawarkan kombinasi sempurna antara keindahan alam, budaya tempatan, warisan sejarah dan makanan yang memikat semua ini boleh dinikmati tanpa perlu menghabiskan wang yang banyak

Untuk pelancong solo, Pulau Pinang sangat sesuai kerana banyak tempat menarik boleh diakses dengan berjalan kaki atau menaiki bas awam. Manakala untuk keluarga, aktiviti seperti lawatan ke pantai, muzium interaktif, dan tempat makan mesra kanak-kanak menjadikan percutian lebih seronok tanpa perlu berbelanja besar

✅ Cara & Kos Ke Pulau Pinang Sebenarnya ada pelbagai cara untuk datang bercuti ke Pulau Pinang, sama ada melalui pengangkutan darat, air mahupun udara. Tetapi untuk percutian bajet, berikut adalah antara cara pengangkutan yang sesuai. 
🚍 Naik Bas EkspresHarga tiket: RM35 – RM45 (sehala)Dari mana: Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala LumpurTempat turun:Sungai Nibong (Pulau): Dekat dengan Georgetown & Batu FerringhiPenang Sentral (Butterworth): Sambung feri ke pulau
🚉  Turun di Penang Sentral (Butterworth)Jika anda turun di Penang Sentral:Naik feri ke Jeti Georgetown (±15–20 minit)Percuma untuk pejalan kakiDari jeti, anda boleh:Jalan kaki ke street art & tempat makanNaik bas Rapid Penang (terminal berdekatan)Naik Grab atau sewa basikal (LinkBike)Sesuai untuk: Pelancong solo, pelajar, dan mereka yang suka jalan kaki atau guna pengangkutan awam
🚗 Naik Kereta SendiriKos minyak & tol pergi balik KL–Penang:Minyak: RM70 – RM100Tol: RM50 – RM60 sehalaParkir:Banyak pilihan parkir awam berbayarPilih hotel dengan parkir percuma (jimat untuk keluarga)
BACA JUGA :  PENGALAMAN TERBANG DENGAN FIREFLY DARI PENANG
✅ Tempat Penginapan Menarik & Bajet di Pulau Pinang 
Sama ada anda melancong secara solo atau bersama keluarga, mencari penginapan yang selesa tapi berpatutan adalah kunci utama untuk travel bajet yang berjaya. Berikut ialah beberapa pilihan penginapan yang strategik, selesa dan mesra bajet, semuanya terletak di bahagian pulau:

🔹 1. The Frame Guesthouse, Georgetown | Penginapan ala backpacker yang sangat popular dalam kalangan pelancong solo. Lokasi sangat strategik – hanya beberapa langkah dari Lebuh Armenian dan mural terkenal

🔹 2. Tido Penang Hostel, Jalan Argyll | Pilihan moden dan minimalis, lengkap dengan ruang santai dan WiFi laju. Sesuai untuk solo traveller atau pasangan muda. Dekat dengan stesen bas Rapid Penang

🔹 3. Old Penang Guesthouse, Lebuh Muntri | Rumah warisan lama yang diubah suai, sesuai untuk yang suka suasana klasik. Boleh jalan kaki ke Komtar dan kawasan UNESCO

🔹 4. WOW Hotel Penang, Jalan Argyll | Hotel bajet yang sesuai untuk keluarga kecil – ada bilik famili, berhawa dingin dan kemas. Jarak hanya 10 minit berjalan ke Komtar

🔹 5. Carnarvon House, Georgetown | Sebuah penginapan bergaya kolonial yang selesa untuk pasangan atau solo traveller. Terletak di kawasan tenang tapi masih dalam zon pelancongan

🔹 6. Container Hotel Penang, Lebuh Pantai | Hotel dengan konsep moden dan mesra bajet. Lokasi hebat di tengah bandar dan mudah ke mana-mana. Sesuai untuk solo dan pasangan

🔹 7. Chulia Heritage Hotel, Georgetown | Hotel bajet klasik tetapi selesa, sesuai untuk keluarga. Lokasi strategik – senang cari makanan dan kemudahan awam

🔹 8. Ryokan Muntri Boutique Hostel, Lebuh Muntri | Mesra pelancong antarabangsa, ada sarapan percuma dan ruang rehat. Ramai yang suka dengan vibe santai hostel ini

🔹 9. 28 Bahari, Batu Ferringhi | Untuk mereka yang mahu suasana pantai tapi masih bajet. Guesthouse kecil berdekatan Pantai Batu Ferringhi

🔹 10. 1926 Heritage Hotel, Jalan Burma | Hotel lama yang terkenal dan sesuai untuk keluarga. Ada kolam renang dan ruang yang luas. Berhampiran dengan Gurney Drive

Semua penginapan di atas dipilih berdasarkan lokasi yang strategik dan mudah diakses sama ada dengan berjalan kaki, bas Rapid Penang, atau kenderaan sendiri. Ia juga sesuai untuk bajet rendah hingga sederhana, tanpa mengorbankan keselesaan

Anda digalakkan untuk menyemak harga terkini melalui laman web seperti Agoda, Booking.com, atau Traveloka kerana kadar boleh berubah mengikut musim dan promosi. Jika anda merancang awal, kadangkala ada diskaun istimewa untuk tempahan awal atau penginapan pada hari biasa (bukan hujung minggu)

BACA JUGA : REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI LOST PARADISE RESORT, PULAU PINANG
✅ 10 Tempat Makan Menarik di Pulau Pinang
Okay, tempat penginapan dah dapat, macam mana pula dengan tempat makan? Ya, Pulau Pinang dikenali sebagai syurga makanan, begitu banyak tempat makan menarik yang anda boleh kunjungi untuk menikmati makanan yang lazat-lazat belaka. Berikut merupakan antara tempat-tempat makan menarik yang anda boleh kunjungi :-1. Nasi Kandar Deen MajuTerletak di Jalan Gurdwara, George Town, Nasi Kandar Deen Maju memang menjadi tumpuan ramai kerana ayam gorengnya yang rangup di luar dan juicy di dalam. Kuah campuran kari yang dituang ke atas nasi putih menjadikan setiap suapan penuh dengan rasa. Waktu makan tengah hari di sini sering dipenuhi pelanggan, jadi datang awal sangat disarankan

2. Hameediyah BerianiBertempat di Lebuh Campbell, George Town, Hameediyah ialah antara restoran nasi kandar tertua di Pulau Pinang, beroperasi sejak 1907. Menu beriani mereka sangat terkenal, terutamanya dengan lauk seperti ayam ros, kari daging, dan rendang. Suasana klasik dan rasa asli menjadikan tempat ini wajib singgah bagi penggemar nasi kandar

3. Teochew Chendol, Penang RoadGerai lagenda ini terletak di Lebuh Keng Kwee, bersebelahan Penang Road, George Town. Teochew Chendol terkenal dengan cendol asli yang disediakan dengan ais serut halus, santan lemak, gula Melaka pekat, dan cendol hijau yang kenyal. Ia sering dikunjungi pelancong yang ingin mencuba pencuci mulut ikonik Pulau Pinang

4. Nasi Kandar Kampung MelayuTerletak di kawasan perumahan Kampung Melayu, Air Itam, tempat makan ini terkenal dengan lauk-lauk kari yang kaya rempah. Antara yang menjadi pilihan ialah ayam goreng berempah, kari kepala ikan, dan daging masak hitam. Tempat ini menjadi kegemaran penduduk tempatan, jadi ia antara spot 'hidden gem' untuk pelancong


5. Gani Famous PasemburBerlokasi di Medan Renong, Padang Kota Lama, Gani Famous Pasembur menawarkan hidangan pasembur dengan pelbagai jenis cucur seperti cucur udang, sotong goreng, dan telur rebus, disiram sos kacang yang pedas-manis dan pekat. Suasana santai bersebelahan laut menjadikannya pilihan ideal untuk makan petang

6. Mee Sotong Hameed PataGerai ini terletak di Padang Kota Lama, berdekatan dengan Fort Cornwallis, dan sangat popular dengan mee sotongnya yang kaya dengan rasa pedas manis. Sotong besar dimasak bersama mee goreng atau mee rebus dengan kuah pekat. Sering kali orang sanggup beratur panjang demi menikmati hidangan ini

7. Kedai Nasi 7 Benua (Koo Boo Café)Bertempat di Jalan Tun Dr Awang, Bayan Lepas, Koo Boo Café terkenal dengan konsep unik ‘Nasi 7 Benua’ – hidangan nasi tujuh warna seperti nasi tomato, nasi lemak, nasi hujan panas dan lain-lain, disajikan bersama lauk pauk tradisional. Ia sangat Instagram-worthy dan sesuai untuk keluarga atau pelancong yang mahu cuba sesuatu berbeza

8. Ais TingkapTerletak di Lebuh Tamil, George Town, Ais Tingkap ialah minuman tradisional ikonik yang disediakan melalui tingkap kecil sejak tahun 1950-an. Minuman ini menggabungkan air kelapa, sirap ros, biji selasih dan herba tradisional, menjadikannya penyegar unik yang sukar didapati di tempat lain

9. Pasembur Gurney DriveBerlokasi di Gurney Drive Hawker Centre, tempat ini menawarkan pelbagai pilihan pasembur laut seperti sotong, udang, telur, dan keropok, semuanya disiram dengan kuah kacang manis pedas. Pemandangan laut serta deretan gerai menjadikan pengalaman makan di sini sangat santai dan menarik

10. Laksa JanggusLaksa Janggus terletak di Balik Pulau, dan cukup terkenal dalam kalangan peminat laksa. Hidangan utamanya ialah laksa Penang yang pekat, masam dan pedas, dimasak menggunakan ikan segar serta dihidang bersama daun salad, bunga kantan dan telur rebus. Suasana kampung menjadikan tempat ini lebih istimewa

BACA JUGA : MAKAN MAKANAN TRADISIONAL MELAYU DI DANGAU LANGKAWI
✅ Aktiviti Menarik di Pulau Pinang Tanpa Belanja Besar
Pulau Pinang bukan sekadar syurga makanan ia juga kaya dengan tarikan menarik yang tidak memerlukan perbelanjaan besar. Sesuai untuk pengembara solo mahupun keluarga, aktiviti-aktiviti berikut boleh dinikmati dengan kos yang rendah, malah ada yang percuma



1. Naik Bukit Bendera | Salah satu tarikan utama di Pulau Pinang ialah Bukit Bendera. Dengan hanya RM16 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak/warga emas (warganegara Malaysia), anda boleh menaiki kereta kabel ke puncak dan menikmati udara segar serta panorama kota George Town dari ketinggian. Sesuai untuk aktiviti keluarga, dan jika datang awal pagi, anda boleh elakkan kesesakan dan menikmati suasana yang lebih tenang

2. Bergambar di Street Art George Town | Luangkan masa menjelajah lorong-lorong di George Town untuk melihat lukisan dinding ikonik seperti “Boy on Motorcycle” dan “Children on a Bicycle”. Aktiviti ini percuma dan amat digemari pengunjung untuk bergambar dan merasai suasana unik kota warisan dunia ini

3. Bersiar-siar di Padang Kota Lama | Padang Kota Lama bukan sahaja lokasi terkenal untuk makanan, tetapi juga tempat santai di tepi laut. Taman-taman kecil, meriam lama dan pemandangan laut memberi peluang untuk bersantai sambil anak-anak bermain. Percuma dan sangat mesra keluarga

4. Melawat Muzium Negeri Pulau Pinang |Untuk pengunjung yang ingin mengenali sejarah dan budaya tempatan, muzium ini mengenakan bayaran masuk yang sangat rendah (sekitar RM1–2). Ia terletak di tengah George Town dan mudah diakses dengan berjalan kaki


5. Bersantai di Pantai Tanjung Bungah | Pantai ini tidak sepadat Batu Ferringhi, tetapi tetap cantik dan sesuai untuk berkelah. Anda boleh bawa makanan sendiri dan nikmati suasana pantai tanpa perlu belanja besar

6. Berjalan di Armenian Street | Kawasan ini bukan sahaja terkenal dengan seni jalanan tetapi juga pasar kraftangan, kedai unik dan persembahan jalanan. Anda boleh cuci mata, bergambar dan membeli sedikit cenderamata jika mahu

7. Lawatan ke Masjid Terapung Tanjung Bungah | Masjid ini bukan sahaja tempat ibadah, tetapi juga tarikan seni bina. Terletak di atas air laut, ia memberi pemandangan menakjubkan terutama waktu senja. Lawatan adalah percuma

8. Jungle Trekking di Penang National Park | Jika anda sukakan alam semula jadi, Penang National Park menawarkan beberapa trek hutan yang menghala ke pantai terpencil seperti Pantai Kerachut. Kemasukan adalah percuma tetapi anda boleh pilih untuk upah pemandu bot dengan harga berpatutan


9. Nikmati suasana malam di Pasar Malam Batu Ferringhi | Pasar malam ini menjual pelbagai barang unik, makanan jalanan, cenderamata dan pakaian dengan harga yang boleh dirunding. Sekadar berjalan-jalan di sini pun sudah menghiburkan, tanpa perlu berbelanja besar

10. Naik Feri Pulau Pinang (Pangkalan Raja Tun Uda ↔ Pangkalan Sultan Abdul Halim) | Walaupun jambatan kini menjadi pilihan utama, menaiki feri kekal sebagai pengalaman klasik yang unik. Dari Pangkalan Raja Tun Uda di George Town ke Pangkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth, tambang untuk seorang dewasa adalah RM 2 setiap perjalanan dan RM 1 untuk kanak-kanak (umur 5–12 tahun) . Perjalanan mengambil masa sekitar 15–20 minit, dan anda akan menikmati pemandangan laut yang tenang serta panorama George Town yang menarik—terutama cantik ketika matahari terbenam. Sangat sesuai untuk dinikmati secara santai atau sebagai pengalaman bergambar

Semua aktiviti ini sesuai untuk pengunjung yang mahu menjimatkan bajet tanpa mengorbankan pengalaman percutian yang menyeronokkan. Kebanyakan lokasi mudah diakses sama ada dengan berjalan kaki, menaiki bas RapidPenang, atau kenderaan sendiri. Dengan sedikit perancangan, anda boleh menikmati Pulau Pinang sepenuhnya walau dengan bajet yang sederhana

✅  Tips Tambahan untuk Travel Bajet di Pulau PinangMerancang percutian bajet ke Pulau Pinang bukan sekadar soal tempat murah atau makanan sedap tetapi bagaimana anda menguruskan masa, pengangkutan dan keperluan harian sepanjang perjalanan. Berikut ialah beberapa tips berguna yang boleh menjimatkan belanja tanpa menjejaskan pengalaman anda:
1. Gunakan Perkhidmatan Bas RapidPenang RapidPenang ialah sistem bas awam yang meliputi hampir seluruh Pulau Pinang, termasuk George Town, Batu Ferringhi, Air Itam dan Bukit Bendera. Harga tambang bermula dari sekitar RM1.40 hingga RM4.00 bergantung kepada jarak. Bas ini bersih, selesa dan sesuai untuk pelancong yang ingin mengelak daripada menyewa kereta atau menggunakan e-hailing

2. Pilih Penginapan StrategikUntuk mudah bergerak, pilih penginapan di sekitar George Town atau Tanjung Tokong. Kawasan ini mudah diakses dengan pengangkutan awam dan berdekatan dengan banyak tarikan pelancongan serta tempat makan

3. Guna Aplikasi Navigasi & Jadual BasMuat turun aplikasi seperti Moovit, Google Maps, atau Penang Smart Parking untuk merancang laluan perjalanan dan menyemak jadual bas. Ini dapat menjimatkan masa dan mengelakkan anda daripada sesat
4. Sediakan Botol Air SendiriPulau Pinang panas dan lembap, jadi bawa botol air sendiri dan isi semula di penginapan atau tempat yang sesuai. Jimat belanja dan mesra alam

5. Elakkan Musim Cuti PanjangJika boleh, lawat Pulau Pinang pada hari biasa atau luar musim cuti sekolah untuk dapatkan kadar penginapan yang lebih rendah dan elakkan kesesakan

6. Sewa Basikal atau SkuterUntuk pengembara solo, menyewa basikal atau skuter di sekitar George Town boleh jadi cara paling murah dan cepat untuk bergerak. Banyak tempat sewa yang menawarkan harga harian sekitar RM10–RM30 sahaja

7. Beli di Pasar TempatanJika mahu berjimat dalam hal makanan atau cenderamata, singgah di pasar pagi atau pasar malam tempatan. Harga lebih berpatutan, dan suasananya juga lebih autentik

8. Tempah Awal untuk Harga TerbaikPenginapan bajet yang bagus cepat penuh, jadi pastikan anda tempah lebih awal di laman seperti Agoda, Booking.com atau Traveloka untuk dapat diskaun tambahan

9. Guna Baucar Diskaun dan Apps TempatanSemak promosi di apps seperti Klook, Fave atau Shopee untuk baucar makanan, tiket masuk tempat menarik atau diskaun e-hailing

10. Jangan Ragu Bertanya Penduduk TempatanOrang Pulau Pinang terkenal dengan keramahan mereka. Kalau sesat atau perlukan cadangan tempat makan yang murah jangan malu untuk bertanya. Anda mungkin akan temui “hidden gem” yang tidak tersenarai dalam mana-mana laman web

Berapa Kosnya?Kos perjalanan ke Pulau Pinang sangat fleksibel bergantung kepada jenis pengangkutan, penginapan dan aktiviti yang anda pilih. Sama ada solo atau bersama keluarga, percutian ke pulau ini tetap boleh dirancang secara bajet dengan sedikit perancangan awal. Gunakan laman seperti Agoda, Booking.com atau Klook untuk semak tawaran semasa dan buat pilihan terbaik mengikut bajet anda

Secara kesimpulannya, Pulau Pinang bukan sekadar destinasi pelancongan yang kaya dengan sejarah dan budaya, tetapi juga lokasi terbaik untuk percutian bajet sama ada secara solo atau bersama keluarga. Dengan perancangan yang bijak, anda boleh menikmati makanan enak, penginapan selesa dan pelbagai aktiviti menarik tanpa perlu berbelanja besar. Semoga panduan ini dapat membantu anda merancang percutian yang seronok, jimat dan penuh pengalaman berharga di bumi Pulau Mutiara

SEKIAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2025/08/travel-bajet-ke-pulau-pinang-panduan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mykad Rosak Panduan Lengkap Cara Ganti Dengan Mudah Dan Cepat

Mykad Rosak Panduan Lengkap Cara Ganti Dengan Mudah Dan Cepat

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 212 hits
MyKad rosak boleh ganggu urusan penting seperti perbankan dan rawatan kesihatan Jika kad anda sukar diimbas cip rosak atau fizikal kad tercalar segera buat penggantian Artikel ini kongsikan cara tukar MyKad rosak dengan mudah kos terlibat d...
Mufti Pulau Pinang Doakan Keburukan Sesama Islam Guna Qunut Nazilah Adalah Zalim

Mufti Pulau Pinang Doakan Keburukan Sesama Islam Guna Qunut Nazilah Adalah Zalim

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 113 hits
SITI NUR ZAWANIMufti Pulau Pinang Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman menegur segelintir pihak yang menyalahgunakan doa qunut nazilah untuk mendoakan keburukan terhadap sesama umat Islam Beliau berkata Qunut Nazilah ialah salah satu bentu...
Cara Ambil Gambar Milky Way Panduan Lengkap Untuk Pemula

Cara Ambil Gambar Milky Way Panduan Lengkap Untuk Pemula

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 164 hits
Anda pernah terpukau melihat langit malam yang dipenuhi bintang dan terfikir Bagaimana cara nak ambil gambar Milky Way seperti ini Artikel ini akan membimbing anda langkah demi langkah untuk merakam keindahan galaksi dari bumi hanya dengan ...
Panduan Lengkap Upah Haji 2025 Hukum Syarat Kos Terkini

Panduan Lengkap Upah Haji 2025 Hukum Syarat Kos Terkini

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 158 hits
Panduan Lengkap Upah Haji 2025 Hukum Syarat Kos Terkini Upah Haji adalah amalan mulia dalam Islam di mana seseorang mewakilkan orang lain untuk menunaikan ibadah haji bagi pihak dirinya sama ada kerana telah meninggal dunia atau tidak berke...
Polis Pulau Pinang Terima 3 Laporan Kejadian Pukau Pelancong Asing

Polis Pulau Pinang Terima 3 Laporan Kejadian Pukau Pelancong Asing

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 105 hits
Polis Pulau Pinang terima 3 laporan kejadian pukau pelancong asing Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin Foto fail NSTP Mikail Ong GEORGETOWN Polis negeri ini menerima tiga laporan kejadian pukau membabitkan pelanc...
Pusat Data Generasi Baharu Dibuka Di Pulau Pinang Sokong Ai Dan Teknologi Rendah Karbon

Pusat Data Generasi Baharu Dibuka Di Pulau Pinang Sokong Ai Dan Teknologi Rendah Karbon

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 102 hits
Open DC melancarkan PE2 pusat data generasi baharu berskala penuh pertama di Pulau Pinang yang mula beroperasi pada April 2025 Terletak di Bayan Lepas Technology Park PE2 memiliki kapasiti kuasa 30MW direka untuk menyokong aplikasi seperti ...
Asalnya Nak Beli Untuk 10 Rumah Je Prince Syed Isteri Belanja Besar Belikan Perabot Untuk Keluarga Susah

Asalnya Nak Beli Untuk 10 Rumah Je Prince Syed Isteri Belanja Besar Belikan Perabot Untuk Keluarga Susah

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 102 hits
Usahawan dan influencer yang dikenali kerana selalu meratukan isterinya Prince Syed sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila tampil menyumbangkan set perabot lengkap untuk 30 buah rumah golongan kurang berkemampuan Nilai keseluruhan sumb...
Family Day 2025 Momen Indah Bersama Keluarga Pokdin Tersayang

Family Day 2025 Momen Indah Bersama Keluarga Pokdin Tersayang

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 141 hits
Alhamdulillah Tahun ini sekali lagi kami sekeluarga berpeluang berkumpul dan meluangkan masa bersama dalam Family Day yang penuh makna Kali ini kami berkampung selama 3 hari 2 malam bermula dari 1 hingga 3 Ogos 2025 Walaupun masing masing s...
Anwar Hopes Chief Justice Will Carry Out Duties With Wisdom Integrity

Aidex Cybercon 2025 Mentakrifkan Semula Ai Kepintaran Digital Dan Ketahanan Siber

Resipi Gulai Kurma Ayam Terlajak Sedap Ikut Cara Ni Gerenti Jadi

Id Delima 2 0 Fungsi Kelebihan Cara Log Masuk

Terbang Pulang Dengan Japan Airlines

Erra Fazira Larang Anak Miliki Telefon Sebelum 16 Tahun

Polis Thailand Akan Serah Eda Ezrin Kepada Imigresen Malaysia Di Icqs Rantau Panjang

Anak Saya Hilang Sekelip Mata Keluarga Tuntut Keadilan Anak Maut Dilanggar Anggota Polis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Wan Muhammad Fazri Mahu Perbaiki Catatan Di India Utusan Com My

Kes Denggi Di Bintulu Membimbangkan Suara Sarawak

Kedah Penyamun Mengadu Pening Minta Air

Mobileshield By Celcomdigi Is Here To Stop Scams In Their Tracks

Yes President Wee But Voters Will Decide Mca S Fate Says Ti

Discarded Cimb Atm Slip Displaying 6 Figure Balance Elicits Envious Hilarious Responses Online