Hentikanlah Keluar Kenyataan Bercanggahdalam Isu Beras


 
KONTROVERSI dan spekulasi membabitkan industri beras negara, terutama berkaitan soal jenama serta gred beras putih ketika ini dilihat menimbulkan persoalan mengenai konsep persefahaman serta kebersamaan antara kementerian dan agensi kerajaan dalam pelaksanaan satu dasar atau perancangan kerajaan.
Kenyataan saling berbeza dinyatakan menteri dan ketua agensi kerajaan dalam menguruskan isu beras serta harganya sepatutnya tidak terjadi kerana mesyuarat Jemaah Menteri diadakan pada setiap minggu, sudah tentu memberi input dan maklumat selaras kepada setiap menteri atau timbalan menteri.

Namun, apabila wujud kenyataan berbeza atau bercanggah antara menteri yang terkait dengan industri beras negara, tentu menimbulkan kesangsian umum terhadap tahap kemampuan Kabinet membuat keputusan dalam isu penting negara.
Bahkan, perbezaan kenyataan ini seperti 'menembak kaki sendiri' Kerajaan Perpaduan dan lebih malang lagi hanya menjadi senjata kepada pembangkang untuk menyerang keraj
Sepatutnya dalam situasi hari ini ketika negara berdepan dengan isu keterjaminan makanan, pengguna menanggung kenaikan harga barang dan kos sara hidup, inflasi serta kemerosotan nilai ringgit yang mempengaruhi kehidupan rakyat, pemimpin kerajaan sepatutnya perlu lebih cermat dan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.
Percanggahan ketara dalam mengeluarkan kenyataan antara pemimpin tentu mencalar imej kerajaan, mencetus persoalan terhadap kewibawaan menteri dan ketua jabatan untuk memimpin kementerian atau agensi bertanggungjawab pada mata masyarakat.
Perlu disedari bahawa rakyat waktu ini sedang memerhati dan menilai keupayaan kerajaan mentadbir termasuk memulihkan ekonomi negara. Justeru, jika berlaku percanggahan kenyataan membabitkan dasar, kerajaan sudah tentu ia membawa imej tidak baik kepada kerajaan.

Ketika rakyat amat mengharapkan perubahan lebih positif dalam aspek kehidupan mereka terutama ekonomi, sosial dan politik, kerajaan seharusnya berusaha mengecilkan sebarang risiko atau meminimumkan 'kecacatan' yang berlaku dalam jentera pentadbiran.
Dalam pada itu, pegawai tertinggi kerajaan juga seharusnya lebih proaktif dan teguh pendirian bertugas mengikut Tatakelakuan Dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam bagi memenuhi peranan serta fungsi perkhidmatan termasuk menjaga reputasi kementerian serta jabatan tempat bertugas.
Pegawai dan penjawat awam turut bertanggungjawab menasihat, menegur dan memperbetulkan apa-apa kepincangan atau kelemahan kenyataan yang wujud bagi mengelak kekeliruan serta salah faham masyarakat terhadap kementerian, agensi dan kerajaan.
Apa yang penting, persefahaman dan kebersamaan anggota Jemaah Menteri dalam mengeluarkan kenyataan terhadap sesuatu isu perlu diperkukuhkan dan diselaras lebih jitu bagi mengelak wujud salah faham serta kekeliruan rakyat pada pada masa depan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2024/02/hentikanlah-keluar-kenyataan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Media Pm Harga Beras Dan Jualan Rahmah Harus Diperbanyakkan Lagi Dan Meluas Untuk Rakyat

Kenyataan Media Pm Harga Beras Dan Jualan Rahmah Harus Diperbanyakkan Lagi Dan Meluas Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 24/2/2024 - jumlah : 523 hits
Kenyataan MediaPerdana Menteri23 Februari 2024Hari ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2024 yang turut dihadiri oleh Menteri menteri Timbalan timbalan Menteri Ketua Ketua Setiausaha Kementer...
Pemuda Pas Pahang Kecewa Urus Tadbir Desak Kerajaan Madani Atasi Segera Isu Beras

Pemuda Pas Pahang Kecewa Urus Tadbir Desak Kerajaan Madani Atasi Segera Isu Beras

papar berkaitan - pada 19/2/2024 - jumlah : 345 hits
KUANTAN Pemuda PAS Pahang kecewa dengan tadbir urus Kerajaan Madani dalam menangani krisis bekalan dan penetapan harga beras dalam negara Ketua Pemuda negeri Mohd Zarimi Abu Zih berkata kegagalan komunikasi antara kementerian agensi yang be...
Isu Beras Madani Serlah Kecelaruan Kerajaan

Isu Beras Madani Serlah Kecelaruan Kerajaan

papar berkaitan - pada 18/2/2024 - jumlah : 239 hits
Kewujudan kampit beras baru yang dinamakan Beras Putih Malaysia Madani secara tiba telah mencetuskan kecelaruan yang membuatkan ramai orang jadi rimas dengannya Kecelaruan itu sudah tentu dikaitkan dengan kerajaan berjenama madani yang seda...
Beras Putih Malaysia Madani Penamat Manipulasi Isu Beras Tempatan

Beras Putih Malaysia Madani Penamat Manipulasi Isu Beras Tempatan

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 244 hits
HarapandailyNORAINI NORDINTindakan rakus serta haloba mencampurkan beras putih tempatan dengan kampit beras putih import untuk meraih keuntungan berganda bakal ternoktah dengan kemunculanBeras Putih Malaysia Madani Beras Putih Malaysia Mada...
Pas Pahang Gesa Kerajaan Sediakan Kertas Putih Isu Kekurangan Beras Putih Bukan Beras Madani

Pas Pahang Gesa Kerajaan Sediakan Kertas Putih Isu Kekurangan Beras Putih Bukan Beras Madani

papar berkaitan - pada 17/2/2024 - jumlah : 310 hits
KUANTAN Masalah kekurangan beras putih tempatan di pasaran dalam negara sejak hampir setahun lalu perlu dijelaskan dengan lebih bertanggungjawab oleh Kerajaan Madani kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Andansura Rabu Justeru itu katanya PA...
Berbulan Bulan Susah Nak Jumpa Beras Tempatan Alih Alih Keluar Beras Madani

Berbulan Bulan Susah Nak Jumpa Beras Tempatan Alih Alih Keluar Beras Madani

papar berkaitan - pada 17/2/2024 - jumlah : 362 hits
ismaweb netKenapa RM30 untuk 10kg Siapa pengilang Beras Putih Malaysia Madani BANGI 6 Syabaan 1445H Jumaat Keputusan kerajaan memperkenalkan Beras Putih Malaysia Madani bagi menggantikan kategori beras putih tempatan dan import di pasaran n...
Menlu Retno Bantah Isu Mundur Kabinet Baik Baik Saja Solid

Menlu Retno Bantah Isu Mundur Kabinet Baik Baik Saja Solid

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 362 hits
Retno menjelaskan dirinya pun berkomunikasi dengan baik bersama para menteri di kabinet
Jangan Harap Pada Manusia Haraplah Hanya Pada Allah

Laluan Jalan Dan Jambatan Baharu Jerantut Lipis

Kekecohan Bersatu Tunjuk Ada Yang Tak Beres Antara Muhyiddin Hamzah

Pelawak Terkenal Indonesia Sule Dilaporkan Sakit

Kita Bertanggungjawab Dengan Apa Yang Kita Kata

Cara Kaifiyat Solat Sunat Gerhana Bulan

Solat Sunat Gerhana Bulan Panduan Jakim Jabatan Mufti

Kisah Tukang Kayu 40 Hari Di Alam Kubur Antara Cerita Dan Hakikat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Growing And When To Pause

Kenduri Kahwin

Rupa Rupanya Ada 120 Ketua Bahagian Telah Menandatangani Akuan Bersumpah Mahu Muhyiddin Berundur

Beberapa Perkhidmatan Maybank Dipercayai Tergendala

Gempa Bumi Segamat 15 Bangunan Kerajaan Rosak Baik Pulih Setengah Juta

Samsol Selagi Aku Ada Chord