Hentikan Tabiat Asyik Beli Mainan Untuk Anak Anak Akan Mula Hilang Minat Bermain


“Geramnya tengok mainan ni” kadang-kadang anak tak minta pun, ibu ayah yang memang tak boleh tengok mainan, pasti dibelinya. Akhirnya satu rumah penuh dengan permainan anak-anak. Anak mula hilang minat bermain kerana mereka keliru mainan mana yang nak dimain.
Sebenarnya lagi sedikit mainan yang ada di depan kanak-kanak, sebenarnya itulah lebih bagus untuk membantu daya imaginasi anak-anak agar menjadi lebih kreatif. Ikuti perkongsian ini.

Menurut survey oleh British Heart Foundation, secara purata:
Kanak-kanak hilang minat terhadap mainan baru dalam ~36 hari.
1 dari 5 kanak-kanak pula hilang minat terhadap mainan ‘mesti ada’ (must have) terkini dalam masa sehari.
8% dari masa selepas membeli, mainan baru tidak lagi menarik perhatian kurang lebih selepas 1 jam.
4 mainan yang dimiliki/dihadiahi, tidak pernah di sentuh langsung.
British Heart Foundation menganggarkan sekitar 162 million mainan elok di bazirkan lebih suku keluarga UK yang menyertai survey ini!
Hem..
Walaupun ini bukan survey Malaysia, saya yakin semua ibubapa tidak akan begitu terkejut dengan kesemua fakta ini.
Reality biasa:
Anak – anak akan sentiasa meminta mainan yang di lihat di mana – mana.

Anak- anak akan sentiasa mahu apa yang kawan mereka dan orang lain ada.
Sebahagian ibubapa menurut saja kehendak anak membeli kerana tidak mahu berhadapan dengan amukan anak.
Sebahagian ibubapa rasa bersalah dan tak sampai hati untuk tidak memenuhi permintaan anak.
Sebahagian ibubapa merasa ‘membelikan sesuatu’ untuk anak adalah tanda sayang.
Sebahagian ibubapa merasa hadiah adalah ganti masa dan perhatian yang terkurang di beri kepada anak.
Sebahagian ibubapa merasa hadiah ibarat ganti rasa bersalah yang ibubapa miliki terhadap anak-anak.

Sebahagian ibubapa merasa kasihan melihat anak tidak memiliki banyak mainan seperti anak orang lain dan terjerat dengan isu sosial: the more you have, the more you are loved (lebih banyak yang anda miliki, lebih anda di sayangi)
Saya sendiri ada kisah lucu bila TERsalah sangka bahawa rumah klien yang ingin saya kunjungi adalah sebuah taska kerana adanya ‘kolam bola’ lengkap dengan gelongsor besar di dalam rumah.
Dari luar pintu nampak bagai kids wonderland gayanya.
Dan, didalam ‘kolam bola’ tersebut sarat dengan pelbagai mainan!

Dalam bab mainan, percayalah: LESS IS MORE.
Dalam sebuah study oleh University Toledo, Ohio, para pengkaji menjemput sekumpulan kanak- kanak- berusia 18 -30 bulan ke dalam makmal bilik mainan untuk 2 situasi.
Situasi 1⃣: Hanya ada 4 mainan dalam makmal
Situasi 2⃣: Terdapat 16 mainan dalam makmal
Hasilnya : Ya benar, kanak-kanak menyentuh lebih banyak mainan semasa dalam situasi 2⃣ kerana ada banyak mainan untuk di sentuh dan di lihat.
Namun, kanak-kanak lebih ‘engage’ (terikat) dengan permainan pada situasi 1⃣ iaitu: secara purata , mereka bermain 2X ganda lebih lama dengan setiap permainan dan bermain lebih banyak cara dengan setiap permainan.
Anak TIDAK PERLU terlalu banyak mainan.
Mainan yang terlalu banyak itu ‘menyesakkan’ fikiran anak. Anak kecil tidak tahu membuat keputusan memilih di antara berpuluh-puluh pilihan.
Malahan, orang dewasa sendiri cukup sesak dan jadi rambang mata bila terpaksa memilih di antara banyak pilihan.
Ia bukan saja membazir duit, malah membazir ruang. Ruang yang saya maksudkan bukan ruang rumah tetapi ALAM .
Benar, kita sentiasa boleh memilih untuk membuang atau sedekahkan mainan yang berlebihan. Namun akhirnya, mainan yang di buang, yang sampai ke ‘waste stream’ tetap sejenis sampah yang menjadi isu alam untuk di uruskan
https://www.bbc.com/news/amp/science-environment-47868871
TIDAK PERLU mainan mahal yang canggih semata-mata.
Lebih ringkas dan ‘basic’ ciri sesuatu mainan itu, lebih lagi anak ‘terpaksa’ menjadi kreatif menggunakan imaginasi mereka membuat penerokaan (explore) cara memanfaatkan mainan tersebut.
INI BERI MANFAAT BESAR KEPADA PERKEMBANGAN KEMAHIRAN KOGNITIF ANAK (Kognitif ialah satu proses mental untuk mentafsir, mempelajari dan memahami sesuatu) seperti yang di terbitkan oleh kajian dalam journal Infant Behavior and Development.
Mainan canggih yang membuat segalanya untuk anak adalah salah satu punca anak cepat bosan.
Misalnya: Jika anda belikan anak sebuah kereta mainan , anda akan lihat anak akan bermain dengan tersebut dalam pelbagai cara:
menjadi yang bergerak dengan bunyi vroom ! vroom ! hasil imaginasi nya
yang boleh terbang bagai jet pejuang di atas kepalanya
yang di bawa ke hulu ke hilir ketika makan, mandi dan tidur
yang menjadi kenderaan patung nya ..dan banyak lagi cara main mengikut fikirannya.
Namun jika anda belikan set kereta mainan berserta track (landasan) canggih yang berputar-putar sendiri, anak hanya mampu menonton saja kereta tersebut berputar-putar.
Sudahlah membosankan dan mahal, malah tak mencabar minda kreatif anak kecil !
Pilihlah mainan dengan bijak.
Pilih mainan yang dapat di mainkan dalam pelbagai cara seperti contoh diatas.
Pilih mainan yang dapat ‘membesar’ bersama-sama dengan anak. Misalnya set patung mainan kecil yang boleh bayi kecil susun mengikut saiz, usung di dalam bakul nya ke sana ke mari dan buat main semasa mandi. Set patung YANG SAMA, TETAP boleh dia gunakan setelah menjadi ‘toddler’ semasa dia berangan-angan main mak-mak atau doktor-doktor.
Pilih mainan yang meransang penjelajahan dan skil penyelesaian masalah anak. Misalnya puzzle, play doh atau blok shape-sorters (masukkan/susun bongkah ikut bentuk).
Pilih mainan yang meransang imaginasi anak. Misalnya kostum seperti topi lanun, set masak-masak dan set haiwan ladang mainan.
Dan…. PERLU beri peluang untuk anak bermain dengan barang-barang ‘real’ atau mainan hampir ‘real’ dengan barangan biasa yang wujud di sekeliling misalnya penyapu dan penyodok, senduk, beg tangan, jug siram pokok bunga, baldi dan lain-lain.
Ingat lagi bagaimana pada 20-30 tahun dahulu kita amat gembira bermain dengan barang murah dan ‘apa adanya’ di sekeliling kita
Kita main masak-masak menggunakan daun kering sebagai lauk, ranting sebagai senduk dan tempurung kelapa sebagai kuali dan pinggan.
Kita sambung getah panjang-panjang dan main lompat getah. Kita cipta pelbagai level game lompat getah tersebut.
Kita lukis ketenteng di jalanan dari sebatang kapur. Hanya sebatang kapur namun boleh di nikmati main beramai-ramai.
Kita bina kubu dari kusyen sofa dan selimut tidur. Kita cipta suasana perang kita sendiri.
Kita lawan baling batu lompat atas air (skipped stone). Kita geram melihat rakan yang handal , lalu kita berusaha memperbaiki skil balingan ibarat ia sebuah pertandingan hari sukan.
Kita kutip biji getah dan jadikan peluru tembak-tembak serta lastik kita.
Kita buat kapal kertas dan lautannya cuma longkang di tepi rumah.
Kita cipta game hanya dari selipar, tutup botol dan batang aiskrim. Barang tak penting dan terbuang bertukar jadi sesuatu yang sangat menyeronokkan.
Kita minta ibu jahitkan batu seremban bermodalkan hanya kacang hijau di dapur rumah.
Paling mahal, kita cuma minta beberapa puluh sen untuk beli set baju patung kertas mainan.
….Kita tiada banyak mainan memenuhi ruang rumah.
…Kita tiada mainan mahal lagi canggih yang jadi rebutan.
Namun kita sangat gembira dan tak merasa kekurangan.
Malah kita sentiasa tak sabar menanti esok untuk kembali bermain.
Keseronokan pengalaman bermain dan kualiti mainan itu jauh lebih PENTING dari soal jumlah mainan dan harga mainan.
Malah jika anda tak punya apa-apa sekalipun untuk di belikan sebagai mainan kepada anak, ketahuilah anak hanya perlukan ibubapanya untuk bermain bersama !
Wang yang di belanjakan dan hadiah yang di belikan TIDAK AKAN MAMPU MENGGANTI masa yang ibubapa luangkan bersama anak.
JANGAN pernah rasa bersalah jika tak mampu dan tak mahu turuti semua kehendak anak membeli setiap permainan yang anak ‘teringin’.
Kerana sebenarnya, ANDAlah mainan paling mahal dan menyeronokkan buat anak.
Kredit: USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN BAYI (Baby Language)
MEMANG SUKA MAIN DAN LAYAN BUDAK-BUDAK.
 
The post Hentikan Tabiat Asyik Beli Mainan Untuk Anak, Anak Akan Mula Hilang Minat Bermain! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/hentikan-tabiat-asyik-beli-mainan-untuk-anak-anak-akan-mula-hilang-minat-bermain/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Kecil Lagi Biasalah Sepah Jangan Biasakan Sepah Kena Ajar Anak Kemas Lepas Main Walaupun 1 Mainan

Anak Kecil Lagi Biasalah Sepah Jangan Biasakan Sepah Kena Ajar Anak Kemas Lepas Main Walaupun 1 Mainan

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 377 hits
Sama seperti bersekolah bermain dan berkawan melibatkan anak anak dengan tugas harian di rumah juga penting Bahkan sangat penting untuk membantu perkembangan kognitif psikologi dan emosi Melakukan tugasan kecil di rumah dapat membantu kanak...
Kisah Abang Courier Cari Mainan Untuk Anak

Kisah Abang Courier Cari Mainan Untuk Anak

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 622 hits
SAYA DITAMPAR OLEH SEORANG ABANG COURIER WAKE UP CALL FOR ME Panjang cerita ni jarang laaa saya menulis panjang slalu copy paste je Tpi skali skala apa salah nyaaa Ceritaaaa nyaaa mcm niiii Last week hari yg agak penat mengadap komputer sia...
Baba Can U Read That For Me Ali Nak Masuk 4 Tahun Dah Makin Bijak Saharul Ridzwan Beli Buku Garis 3 Ajar Anak Menulis

Baba Can U Read That For Me Ali Nak Masuk 4 Tahun Dah Makin Bijak Saharul Ridzwan Beli Buku Garis 3 Ajar Anak Menulis

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 388 hits
Seronok melihat perkembangan anak anak depan mata Dari bayi sampailah mereka mula berjalan bercakap dan seterusnya Pelakon Saharul Ridzwan di Instagram miliknya berkongsi tentang anak lelakinya Ali yang bakal berumur 4 tahun pada tahun hada...
Kisah Seram Truck Mainan Bergerak Sindiri Padahal Remote Dah Lama Hilang

Kisah Seram Truck Mainan Bergerak Sindiri Padahal Remote Dah Lama Hilang

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 387 hits
KISAH SERAM TRUCK MAINAN BERGERAK SINDIRI PADAHAL REMOTE DAH LAMA HILANG Selalu juga baca cerita tentang benda benda seperti kerusi meja kotak yang boleh bergerak sendiri Kali ni satu lagi cerita seram yang diceritakan oleh pemilik akaun tw...
Letih Bagi Ubat Anak Asyik Sakit Pakar Neuro Kongsi Ada Kaitan Dengan Pemakanan Anak

Letih Bagi Ubat Anak Asyik Sakit Pakar Neuro Kongsi Ada Kaitan Dengan Pemakanan Anak

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 234 hits
Pernah tak dalam setahun anak asyik kerap sakit sakit Berhabis banyak pun anak anak masih lagi sakit Sebenarnya ada kaitan dengan pemakanan anak anak Menurut pakar otak dan neuro pemakanan anak anak teramatlah penting dalam memastikan kesih...
Tudia Tiap Minggu Kacau Kami Menantu Makan Hati Ibu Mentua Asyik Ajak Beli Barang Di Pasar Raya

Tudia Tiap Minggu Kacau Kami Menantu Makan Hati Ibu Mentua Asyik Ajak Beli Barang Di Pasar Raya

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 501 hits
Tiap minggu kacau kami Menantu makan hati ibu mentua asyik ajak beli barang di pasar raya nak balik kampung pun tak bagiRabu 23 Disember 2020 8 00 PMDia mula menjadi berang apabila permintaan itu menjadi satu acara mingguan sehingga mengang...
Beli Sepotong Mahal Buat Sendiri Kek Red Velvet Ikut Langkah Ni Puas Anak Makan

Beli Sepotong Mahal Buat Sendiri Kek Red Velvet Ikut Langkah Ni Puas Anak Makan

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 427 hits
Jika ke kedai kek selain kek coklat Kek Red Velvet antara yang dicari cari Kek hebat dengan saduran krim segar di atasnya buat suapan ke mulut terasa cukup sedap Tak hanya kita anak anak pun turut sama menggemarinya Sedapnya lain macam Kos ...
Perginya Isteri Tanpa Pesan Sayu Hati Mengenangkan 4 Anak Kecil Hilang Kasih Ibu

Perginya Isteri Tanpa Pesan Sayu Hati Mengenangkan 4 Anak Kecil Hilang Kasih Ibu

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 534 hits
Perginya ibu kepada empat anak yang masih kecil benar benar dirasai oleh seluruh ahli keluarga arwah Norwahidah Abd Raup 35 Pemergian arwah Norwahidah yang berkhidmat sebagai jururawat di Hospital Kepala Batas mengejutkan ahli keluarga saud...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba