Hentikan Serta Merta Tindakan Yang Boleh Jejas Ketenteraman Awam Kpn


KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) — Polis hari ini memberi amaran kepada semua pihak agar tidak memainkan isu-isu sensitif dan menghentikan serta merta semua bentuk tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan termasuk perhimpunan-perhimpunan aman yang dirancang.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador ketika memberi amaran itu berkata polis akan mengambil tindakan sebagaimana diperuntukan undang-undang terhadap penganjur dan peserta perhimpunan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara.
“Sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat yang berbilang kaum dan agama, kita hendaklah mempunyai rasa hormat dan toleransi antara satu sama lain,” katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata bagi memastikan tidak wujud sebarang perlakuan yang boleh menjejaskan keselamatan masyarakat dan ketenteraman awam, polis telah menjalankan siasatan sewajarnya terhadap kes-kes membabitkan isu-isu sensitif yang dilaporkan iaitu isu bendera terbalik, ceramah Dr Zakir Naik dan tulis jawi.
Siasatan kes isu Zakir hampir dilengkapkan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dalam tempoh terdekat untuk arahan lanjut, katanya sambil memberitahu sebanyak 515 laporan diterima berhubung isu itu.
Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman dan Zakir serta dan beberapa saksi berkaitan telah dipanggil untuk memberi keterangan.
“Zakir juga akur dengan arahan polis untuk tidak lagi meneruskan siri jelajah ceramahnya di seluruh negara,” katanya
Mengenai isu Jalur Gemilang yang dipasang terbalik, Abdul Hamid berkata polis menerima 68 laporan polis dan 19 kertas siasatan telah dibuka.
Beliau berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyan 504 Kanun Keseksaan dan Sekyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1995 dan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat.
Abdul Hamid berkata bagi kes isu tulisan jawi, sejumlah 24 laporan polis diterima dan polis telah memanggil Pengerusi Persatuan Dong Zhong serta Setiausaha persatuan itu ke Bukit Aman untuk dirakam percakapan mereka.
“Kes masih dalam siasatan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan,” katanya.- BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/08/24/hentikan-serta-merta-tindakan-yang-boleh-jejas-ketenteraman-awam-kpn/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Google Assistant Kini Boleh Dibisukan Supaya Tidak Mengganggu Ketenteraman Awam

Google Assistant Kini Boleh Dibisukan Supaya Tidak Mengganggu Ketenteraman Awam

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 382 hits
Google Assistant baru sahaja dinobatkan sebagai pembantu maya terbaik di pasaran mengalahkan Siri dan Alexa Ia mampu melakukan pelbagai perkara dengan hanya mendengar arahan suara yang diberikan pengguna Hari ini Assistant telah dikemaskini...
Hina Rakyat Kelantan Boleh Gugat Ketenteraman Masyarakat

Hina Rakyat Kelantan Boleh Gugat Ketenteraman Masyarakat

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 367 hits
Timbalan Presiden Himpunan Siswazah Kelantan Datuk Aizuddin Ghazali KUALA LUMPUR Perbuatan seorang artis Ariz Ramli mengeluarkan kenyataan yang didakwa menghina rakyat Kelantan dikhuatiri boleh menggugat ketenteraman masyarakat di negara in...
Pm Kata Mereka Rasis Bila Kpn Nak Ambil Tindakan

Pm Kata Mereka Rasis Bila Kpn Nak Ambil Tindakan

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 325 hits
Individu bangkit isu perkauman terus ditangkap tiada lagi amaran KPNKUALA LUMPUR 20 Ogos Tiada lagi amaran dikeluarkan terhadap pihak pihak yang cuba membangkitkan sensitiviti perkauman bangsa dan agama sebaliknya mereka yang terlibat terma...
Tanda Ini Menunjukkan Anak Anda Tak Sihat Tindakan Cepat Boleh Menyelamatkannya

Tanda Ini Menunjukkan Anak Anda Tak Sihat Tindakan Cepat Boleh Menyelamatkannya

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 344 hits
Dalam memastikan anak kita berada dalam keadaan sihat langkah pencegahan dan rawatan awal harus diberi perhatian Tapi bagaimana untuk kita mengetahuinya Anak yang masih diperingkat bayi dan kanak kanak tidak tahu untuk menceritakan kesakita...
Kisah Benar 25 Tahun Jadi Perokok Tegar Bapa Berjaya Berhenti Serta Merta Kerana Anak

Kisah Benar 25 Tahun Jadi Perokok Tegar Bapa Berjaya Berhenti Serta Merta Kerana Anak

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 444 hits
Demi isteri dan anak apa pun yang perlu dilakukan sanggup ditempuhi Enggan membiarkan tabiat merokok memudaratkan keluarga bapa ini sanggup berhenti merokok serta merta Rokok menyebabkan ketagihan Memang sukar berhenti merokok kerana penang...
Jangan Jadi Musuh Negara Tindakan Hina Tentera Tidak Boleh Diterima

Jangan Jadi Musuh Negara Tindakan Hina Tentera Tidak Boleh Diterima

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 283 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Ipcmc Boleh Ambil Tindakan Tanpa Aduan Kepada Anggota Polis

Ipcmc Boleh Ambil Tindakan Tanpa Aduan Kepada Anggota Polis

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 250 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Lazatnya Acar Telur Puyuh Bila Dah Makan Tak Boleh Lupa

Lazatnya Acar Telur Puyuh Bila Dah Makan Tak Boleh Lupa

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 607 hits
RESEPI ACAR TELUR PUYUH BILA DAH MAKAN TAK BOLEH LUPABahan Bahan
Ayam Betina Boleh Bertelur Tanpa Sperma Jantan 15 Lagi Fun Facts Tentang Ayam

Ayam Betina Boleh Bertelur Tanpa Sperma Jantan 15 Lagi Fun Facts Tentang Ayam

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 483 hits
Kalau sebut pasal ayam rasanya semua terbayang ayam goreng bersalut tepung atau apa apa masakan Ayam merupakan antara makanan yang sering menjadi pilihan ramai orang Bukan sahaja mudah didapati malah rasa dagingnya juga enak dimakan Namun t...
Samsung S Aye Train Turns Kl Mrt Into A Giant Game

Is The Expanded Sst Much Ado About Nothing

Belimbing Besi Bintang Tropika Dengan Potensi Besar

Hanya Gambar Berbicara

Muhyiddin What Are Guarantees For Malaysia In Ambalat Deal

Unmasking Paedophiles When Silence And Secrecy Becomes The Greatest Crime

Tinggi Potassium Dalam Air Kencing

Sambal Tumis Udang Dan Bab Perkahwinan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kekuatan Branding Bermula Dari Packaging Yang Profesional

Polypipe Solutions For Efficient Fluid Handling In Modern Systems

Pencuci Mulut

Woi Kau Bun H Saya Punya Adik Suasana Tegang Di Mahkamah Ahli Keluarga Mangsa Cuba Hampiri Suspek

13 Jam Yang Mendebarkan Hta Cipta Sejarah Lepas Berjaya Pisahkan Bayi Kembar Siam

4 Kakitangan Majalah Turki Leman Ditahan Atas Dakwaan Menghina Nabi Muhammad S A W