Kisah Benar 25 Tahun Jadi Perokok Tegar Bapa Berjaya Berhenti Serta Merta Kerana Anak


Demi isteri dan anak, apa pun yang perlu dilakukan sanggup ditempuhi. Enggan membiarkan tabiat merokok memudaratkan keluarga, bapa ini sanggup berhenti merokok serta-merta.
Rokok menyebabkan ketagihan. Memang sukar berhenti merokok kerana penangan dan tarikan nikotin menimbulkan rasa ketagihan. Apa yang dilakukan bapa ini wajar dicontohi. Tidak ada yang mustahil apabila beliau benar-benar tekad berhenti merokok. Dugaan melalui seksa selama sebulan pertama amat menguji. Khairul Abdullah berkongsi 6 tips yang diakukannya yang boleh dijadikan panduan.

6 Perkara Yang Aku Buat Sehingga Berjaya Berhenti Merokok.
Aku berhenti merokok sejak anak sulung aku lahir. Dah nak masuk 6 tahun lah jugak aku tak sentuh langsung rokok. Hisap apatah lagi.
Kenapa aku berhenti?
Sebab aku insaf selepas dapat anak. Tak mahu keluarga aku sakit sebab asap rokok aku. Jadi aku nekad untuk berhenti. Jadi, esoknya tu terus aku berhenti sampailah ke hari ini.
Takde slow down dulu, takde tukar ke vape dulu, takde guna benda alah apa pun. Berhenti serta merta begitu jer. Alhamdulillah berjaya walaupun pada bulan pertama tu siksa ya robbi menahan ketagihan. Maklumlah dekat 25 tahun jugak kot aku merokok.
Jadi nah aku kongsikan 6 perkara yang aku buat.
1. Niat
Aku perasan, yang nak berhenti rokok ni, paling penting adalah niat. Niat pulak kena disertakan rasa keinsafan dan keazaman atau kehendak yang tinggi. Kalau ada tiga benda tu maka ianya jadi lebih senang.
Kalau aku tak berniat dan takde sebab untuk berhenti rokok maka aku takkan ada motivation. Mudah gagal.
2. Berhenti serta-merta
Nak berhenti benda alah ni aku kena jadi orang yang nekad. Tak boleh teragak-agak.
“Errr awal bulan depan lah aku stop.”
“Ehh, bulan depan lah aku start.”
Kononnya, namun aku tak boleh gitu. Akan sering gagal.
Jadi, bila dah berniat dan berazam sahaja nak berhenti aku terus ambik keluar semua rokok yang ada dan hancurkan dan buang dalam jamban dan aku pam.
Aku tak simpan langsung sebatang dua atau sekotak dua buat backup kot-kot boleh membantu bila aku sangap teruk nanti.
Tidak. Tak perlu dikenang lagi.
3. Cari aktiviti pengganti
Aku mula tak keruan bila selesai makan dan bila aku masuk toilet nak melepas atau bila aku stay up kerja lewat atau bila aku pergi mamak atau makan dengan kawan. Jadi, lepas makan aku tak keluar pergi bawah pokok atau tempat yang kau selalu hisap rokok.
Kalau kat rumah, aku pergi dapur dan basuh pinggan, kalau kat restoran baik aku kutip nasi yang tumpah tu dan kira berapa butir. Aku perlu “kill the time”.
Kalau dalam toilet tu aku tak berlama macam selalu. Aku buat sepantas mungkin dan terus keluar.
4. Jangan berjumpa dan lepak dengan kaki rokok.
Dalam tempoh 40 hari pertama, aku sebolehnya elakkan terus lepak dengan kawan-kawan yang merokok. Tak payah keluar lepak mamak dalam tempoh tersebut.
Aku kena jauhkan diri dari rokok. Penampakan asap dan bau rokok tu bakal menambah ketagihan. Walaupun kau rasa macam namatey, aku gagahkan juga bertahan.
5. Dapatkan sokongan.
Benda baik gini kena dapat sokongan isteri, anak-anak dan juga ibu bapa. Aku telefon mak di kampung, bagitau dia yang aku nak berhenti rokok ni, minta dia doakan.
Aku bagitau isteri dan anak yang aku nak berhenti, walaupun anak aku tak faham sepatah haram pun waktu tu. Minta diorang sokong dan bagi semangat.
Minta diorang sibukkan aku dan penuhi masa terluang aku supaya aku tak teringat kat rokok tu.
6. Sokonglah diri sendiri.
Aku tahu aku nak buat benda baik ni. Jadi aku kena sentiasa positif. Aku selalu yakinkan aku yang aku boleh, aku boleh. Rasa nak merokok jer aku carilah benda lain, main game atau paling best bukak peti cari makan.
Jika waktu kerja aku lewat malam perlu ada rokok, maka aku carilah benda lain untuk dihisap seperti gula-gula atau chewing gum. Kalau takde gula-gula, bijik durian pun feel jugak.
Bila berjumpa kawan yang merokok, bila dioffer sepam dua, aku takkan sesekali mencuba. Kawan akan kata “Alah, sepam jer pun, takde hal lah.” No no no, aku takkan sentuh pun.
Aku kena percaya dengan diri aku. Yakinlah yang kita nak buat benda baik dan Allah akan permudahkan. Selain itu kena selalu berdoa.
Begitulah.
***
6 benda tu sahaja yang aku buat.
Dalam masa sebulan lebih tu memang sangap gila lah. Lepas 40 hari tu rasa dah macam ok jer. Lepas 3 bulan tu dah rasa tak kisah atau macam dah lupa. Cuma bila lepak dengan kawan maka godaan dia tinggi, jadi sebolehnya aku elakkan.
Alhamdulillah, aku berjaya.
Hari ni kau layan lah rokok cap apa pun depan aku, aku kool jer.
Tak teringin langsung.
Sekian.
Sumber: Khairul Abdullah
Artikel berkaitan: “Saya Mommy, Sayalah Daddy.” Jaga Amanah Isteri Bukan Mudah. Walaupun Penat, Puas Hati!
The post Kisah Benar! 25 Tahun Jadi Perokok Tegar, Bapa Berjaya Berhenti Serta Merta Kerana Anak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kisah-benar-25-tahun-jadi-perokok-tegar-bapa-berjaya-berhenti-serta-merta-kerana-anak-2/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bapa Mualaf Berjaya Didik Anak 2 Tahun Solat Dengar Azan Terus Menjerit Minta Tudung

Bapa Mualaf Berjaya Didik Anak 2 Tahun Solat Dengar Azan Terus Menjerit Minta Tudung

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 1147 hits
Memang betul apa yang dilihat akan ditiru Selalu melihat kedua ibu bapa bersolat membuatkan Dhuhaa Sophea mula minat untuk menyertai mereka Dhuhaa Sophea Stumbrys yang pernah viral di laman sosial kerana kecomelannya pernah dinobatkan sebag...
Kisah Pilu Depi Bocah 9 Tahun Tegar Menemani Ayah Yang Lumpuh

Kisah Pilu Depi Bocah 9 Tahun Tegar Menemani Ayah Yang Lumpuh

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 282 hits
Sakijo menggeser tubuhnya sambil merambat dalam posisi duduk dari kursi panjang ke dipan tempat tidur ruang depan dalam rumah ukuran 5 5 miliknya Bekas penyadap nira kelapa asal Dusun Tangkisan 3 Desa Hargomulyo Kabupaten Kulon Progo Daerah...
Ibu Memasak Bapa Keluar Beli Barang Anak 5 Tahun Maut Terjatuh Tingkat 9

Ibu Memasak Bapa Keluar Beli Barang Anak 5 Tahun Maut Terjatuh Tingkat 9

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 412 hits
Kemalangan di rumah kerap terjadi kepada kanak kanak terutamanya yang masih kecil Terbaru kisah kanak kanak 5 tahun terjatuh dari tingkat 9 ini menarik perhatian warganet Kanak kanak lelaki tebabit adalah warga Bahrain yang tiba di bandar r...
Bapa Kerjakan Anak Sejak Usia 6 Tahun Sekarang Dah Tingkatan 1

Bapa Kerjakan Anak Sejak Usia 6 Tahun Sekarang Dah Tingkatan 1

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 354 hits
Sejak akhir akhir ni kerap kita dengar berita mengenai bapa rogol anak datuk rogol cucu pakcik rogol anak saudara dan banyak lagi Tindakan mereka seolah olah mencabar undang undang negara sekaligus menafikan hubungan kekeluargaan sedia ada ...
Bapa 70 Tahun Sanggup Guna Simpanan Haji Untuk Jamin Anak Perkongsian Peguam Ni Pasti Buat Korang Menangis

Bapa 70 Tahun Sanggup Guna Simpanan Haji Untuk Jamin Anak Perkongsian Peguam Ni Pasti Buat Korang Menangis

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 555 hits
Nak jadi peguam ni bukan mudah almost setiap hari ada je kes yang perlu diuruskan Tu belum lagi berdepan dengan kerenah manusia yang pelbagai so kenalah kuat mentally and emotionally Seorang solicitor berkongsi pengalamannya berdepan bermac...
10 Filem Korea Yang Diadaptasikan Dari Kisah Benar

10 Filem Korea Yang Diadaptasikan Dari Kisah Benar

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 818 hits
Selain Hollywood Korea juga sering mengangkat kejadian kejadian sebenar ke layar perak Dan tidak dinafikan hampir kesemuanya banyak memberi kesan kepada penonton yang menyaksikan filem filem bertemakan sebegitu Jadi kepada yang ingin menont...
Anak Banyak Akal Sekitar Usia 1 3 Tahun Masa Ni Sabar Mak Ayah Kena Kuat

Anak Banyak Akal Sekitar Usia 1 3 Tahun Masa Ni Sabar Mak Ayah Kena Kuat

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 371 hits
Bagi anak kecil berumur 1 3 tahun ini adalah fasa pertumbuhan yang sangat menyeronokkan Dalam bahasa Inggeris umur ini kita panggil toddler berasal dari perkataan to toddle yang membawa maksud berjalan yang masih tidak berapa seimbang Yang ...
Tun M Dan Anwar Umpama Bapa Dan Anak

Tun M Dan Anwar Umpama Bapa Dan Anak

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 318 hits
Ada kisah lama Kabarnya sewaktu Wan Azizah merawat keluarga Tun Siti Hasmah pada waktu itulah dia bertemu Anwar Ibrahim Tun M pada zaman mudanya pernah mencadangkan agar petani di daerah Kubang Pasu menjual terus tanaman mereka di bandar su...
Bersyukur Mengenal Ajaran Tuhan Dan Undang Anak Panti Asuhan Salmafina Rayakan Ulang Tahun Ke 20

Bersyukur Mengenal Ajaran Tuhan Dan Undang Anak Panti Asuhan Salmafina Rayakan Ulang Tahun Ke 20

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 219 hits
Salmafina juga menceritakan tentang prosesnya mengenal agama yang kini dipeluknya Dan di usianya yang ke 20 ini ia bersyukur atas karunia tersebut
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Zahid S Loyalty Pledge Strengthening Anwar S Unity Or Weighing It Down For Ge16

Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru