Hentikan Semua Ini Akur Dengan Titah Agong Nazri Beritahu Zahid


freemalaysiatoday.com
Minderjeet Kaur
-August 4, 2021 11:10 PM
Nazri Aziz berkata, Ahmad Zahid akan menentang Agong menggunakan akuan berkanun dan bukannya membiarkan majoriti ditentukan di Parlimen.
PETALING JAYA: Nazri Aziz mempersoal sama ada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi kini menentang Yang di-Pertuan Agong apabila terus berkeras menegaskan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tiada sokongan majoriti di Parlimen.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, Muhyiddin jelas telah menyatakan bahawa beliau telah meminta Agong memperkenan supaya majoriti ditentukan menerusi undi percaya di Dewan Rakyat pada September.

“Itu jelas, dan bererti Agong telah mengarahkan perkara itu dibawa ke Parlimen.

“Jadi adakah Zahid cuba menentang Agong dengan tidak mematuhi keputusan itu?” soalnya.

Katanya, Agong sudah menitahkan dan “Zahid perlu menghentikannya”.

Terdahulu hari ini, Zahid menegaskan Muhyiddin silap apabila mendakwa masih memiliki majoriti di Dewan Rakyat.

Dalam kenyataan, Zahid berkata Umno hari ini menghantar akuan berkanun (SD) tambahan senarai Ahli Parlimen parti itu yang menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) walaupun tidak menyatakan angka yang terlibat.

Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata beliau telah mempersembahkan warkah yang melampirkan lapan SD Ahli-ahli Parlimen Umno kepada Agong pada 30 Julai 2021, bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Perdana Menteri seperti dinyatakan Muhyiddin melalui perutusannya petang tadi.

Bercakap kepada FMT, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Razlan Rafii menyokong tindakan Zahid sambil menyatakan adalah jelas bahawa Muhyiddin sudah hilang majoriti.

Sambil menyatakan bahawa angka itu akan menjelaskan sendiri keadaan , beliau berkata 107 Ahli Parlimen mendesak Muhyidin untuk berundur pada perarakan protes di dataran Merdeka Isnin lalu.

Razlan berkata walaupun tanpa mengira jumlah SD tambahan yang dihantar oleh Zahid kepada Agong, Muhyiddin sudah pun kehilangan sokongan majoriti di Parlimen.

“Ini kerana 107 Ahli Parlimen pembangkang dan lapan SD sebelumnya daripada Ahli Parlimen Umno menjadikan jumlah keseluruhan 115 Ahli Parlimen yang mahu Muhyiddin mengundurkan diri.

“Dengan tambahan SD, Muhyiddin semakin lemah,” tambahnya.

Pada masa ini terdapat 220 Ahli Parlimen, tidak termasuk dua kerusi yang kosong iaitu Gerik dan Batu Sapi.

Razlan meminta Muhyiddin melakukan apa yang dilakukan mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad ketika Bersatu keluar dari Pakatan Harapan pada Februari 2020.

“Perdana Menteri telah kehilangan majoriti dan sebagai negarawan, Mahathir mengundurkan diri.

“Selepas itu, Mahathir mahu menjadi PM sekali lagi tetapi gagal mendapat sokongan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Subang, Wong Chen berkata, kenyataan terbaru Zahid menunjukkan “adalah jelas bahawa majoriti yang didakwa Muhyiddin pagi ini sudah semakin berkurangan sekarang.”

Beliau meminta Muhyiddin bersikap telus dengan angka yang dituntut.

“Parlimen mesti bersidang secepat mungkin agar kita dapat mengakhiri ketidaktentuan politik ini,” tambahnya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/08/hentikan-semua-ini-akur-dengan-titah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Stop This Just Follow Agong S Decree Nazri Tells Zahid

Stop This Just Follow Agong S Decree Nazri Tells Zahid

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 198 hits
Nazri Aziz says Ahmad Zahid Hamidi is going against the King by using SDs instead of letting the majority be decided in Parliament PETALING JAYA Nazri Aziz has questioned if Umno president Ahmad Zahid Hamidi was now going against the Yang d...
Pesan Nazri Buat Semua Kluster Mahkamah Bersama Zahid Tu

Pesan Nazri Buat Semua Kluster Mahkamah Bersama Zahid Tu

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 281 hits
Pendedahan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa ada yang mendesak beliau campur tangan urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah membuktikan bahawa keputusan menarik sokongan t...
Agong Titah Muhyiddin Percepat Sidang Parlimen

Agong Titah Muhyiddin Percepat Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 150 hits
Hariz MohdYang di Pertuan Agong telah menitahkan Muhyiddin Yassin untuk mengadakang sidang Dewan Rakyat lebih awal di tengah tengah ketidaktentuan berkenaan keabsahannya sebagai perdana menteri Perkara itu berdasarkan sumber yang tahu berke...
Setelah Sah Tiada Keabsahan Agong Kini Dipohon Beri Titah Baru Kepada Mahiaddin

Setelah Sah Tiada Keabsahan Agong Kini Dipohon Beri Titah Baru Kepada Mahiaddin

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 216 hits
Kedudukan Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri yang tiada sokongan majoriti kini bukanlah suatu rahsia lagi Sidang media tanpa peduli SOP oleh Ismail Sabri Yaakob yang baru tidak sampai sebulan dibuai keseronokan diberi jawatan Timbal...
Agong Perkenan Sampaikan Titah Sempena Maal Hijrah Secara Hibrid

Agong Perkenan Sampaikan Titah Sempena Maal Hijrah Secara Hibrid

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 260 hits
Agong perkenan sampaikan titah sempena Maal Hijrah secara hibridSource https www sinarharian com my article 154309 BERITA Nasional Agong perkenan sampaikan titah sempena Maal Hijrah secara hibrib Agong perkenan sampaikan titah sempenaMaalHi...
Zahid Ahli Parlimen Umno Perlu Melepaskan Semua Jawatan Dalam Kerajaan Jika Darurat Dilanjutkan Selepas 1 Ogos

Zahid Ahli Parlimen Umno Perlu Melepaskan Semua Jawatan Dalam Kerajaan Jika Darurat Dilanjutkan Selepas 1 Ogos

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 215 hits
Ahli Parlimen Umno harus undi batal kuasa darurat kata ZahidFMT ReportersPETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata semua Ahli Parlimen parti itu harus menyokong usul untuk membatalkan Proklamasi Darurat serta ordinannya dalam s...
Nazri Tegsskan Sokongan 40 Ahli Parlimen Bn Kepada Pn Itu Benar Kecuali Zahid Dan Kuli

Nazri Tegsskan Sokongan 40 Ahli Parlimen Bn Kepada Pn Itu Benar Kecuali Zahid Dan Kuli

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 333 hits
Nasri Aziz menjawab isu sokong MP UMNO terhadap kerajaan PNKUALA LUMPUR Pertemuan melibatkan 40 Ahli Parlimen Barisan Nasional di bangunan Parlimen pada Khamis lepas memang berlaku dan semuanya memberikan sokongan terhadap kerajaan Perikata...
Nazri Sindir Anwar Atau Zahid Ni

Nazri Sindir Anwar Atau Zahid Ni

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 386 hits
Kenyataan keputusan menarik sokongan yang dikeluarkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak akan dapat menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional dan keabsahan majoriti sesebuah kerajaan hanya boleh diputuskan di Dewan Rakyat Tinda...
Selepas Pm Tak Layan Kes Mahkamah Zahid Tarik Sokongan Kata Nazri

Selepas Pm Tak Layan Kes Mahkamah Zahid Tarik Sokongan Kata Nazri

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 186 hits
agendadaily com4 8 2021Veteran UMNO Datuk Seri Nazri Aziz sudah melihat langkah terburu buru Presiden UMNO Zahid Hamidi ada kaitan dengan kes mahkamah dihadapinya Veteran UMNO Datuk Seri Nazri Aziz sudah melihat langkah terburu buru Preside...
Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Security Status Not Satisfied

How Often Should You Clean Your Air Ducts A Guide For Laval Homeowners

Ugutan Klopp Punca Salah Berang

Saravanan Takes Dig At Unity Govt While Stumping For It

Absolute Power Corrupts Absolutely

Ffp Membantu Menangani Isu Gaji Dalam Bola Sepak Tempatan