Isu Uptown Ikhlas Sanggah Tan Khalid Samad


M FAKHRULL HALIM



Susulan respons wakil rakyat dan menteri terhadap bantahan peniaga pasar larut malam (uptown) Danau Kota kelmarin, Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah tampil membuat kenyataan balas.

Ridzuan menyanggah kenyataan dikeluarkan anggota parlimen Wangsa Maju, Tan Yee Kew dan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad berhubung isu berkenaan.

Kedua-dua pemimpin itu berkata mereka yang membantah tapak baru uptown berkenaan datang dari “sindiket dan kroni” yang tidak berpuas hati kerana mengalami kerugian apabila tidak lagi dapat mengutip sewa bulanan gerai.

Sebaliknya Ridzuan berkata, mereka yang melakukan protes kelmarin merupakan peniaga sebenar yang tidak mendapat gerai di tapak sementara Bazaria Wangsa Maju

Beliau berkata mereka bukan pihak penganjur uptown yang sebelum ini mengadakan protes dan kini telah pun “menghilangkan diri”.

Malah, tambahnya, kebanyakan peniaga itu mempunyai lesen sah, tetapi tidak mendapat tempat di tapak baru sehingga mereka kehilangan sumber pendapatan.

“Ikhlas mohon rayuan supaya berilah peluang kepada peniaga, sementara kita hendak selesaikan masalah, sementara kita sedang mengutip nama mereka untuk diserahkan kepada pihak menteri, berilah peluang buat sementara ini mereka berniaga di tempat yang lama itu.
Antara peniaga yang mengadakan protes kelmarin berhubung pemindahan tapak Uptown Danau Kota“Kali ini, penganjur-penganjur ke, kroni Umno ke, semua dah tak ada. Semua dah kena halau dah.
Peniaga-peniaga jadi anak yatim piatu hari ini,” katanya kepada Malaysiakini.

Kelmarin, Ridzuan mengetuai protes oleh kira-kira 70 peniaga yang tidak berpuas hati apabila mereka tidak mendapat tempat di Bazaria Wangsa Maju, sedangkan mendakwa ada peniaga luar diberikan tapak.

Dakwaan itu dinafikan Tan yang menjelaskan, semua 500 peniaga yang diberikan gerai adalah berdasarkan bancian oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)  dan merupakan peniaga asal.

Mengulas lanjut, kata Ridzuan, masalah tidak cukup tempat di tapak sementara itu timbul apabila peniaga yang sebelum ini tidak mempunyai lesen diberikan gerai. 
'Ada peniaga luar dapat hingga 6 tapak'
Malah dakwanya, ada peniaga yang mendapat sehingga 6 tapak gerai seorang, manakala peniaga yang mempunyai lesen tidak diberikan tapak.

Beliau berkata setakat semalam, Ikhlas telah mengumpulkan sebanyak 204 nama peniaga yang kebanyakannya mempunyai lesen tetapi tidak mendapat tapak gerai di Bazaria,

Beliau berkata nama berkenaan akan diserahkan kepada pegawai Khalid  dalam pertemuan yang diatur minggu depan.
Tan sebelum ini menafikan salah guna kuasa dan mengancam untuk menyaman IkhlasRidzuan juga menyatakan akan meneruskan hasratnya untuk melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan salah guna kuasa Tan dalam pembinaan tapak sementara itu.

Ini katanya termasuk bancian peniaga yang didakwanya, dilakukan oleh “syarikat swasta yang dilantik” oleh DBKL.

Katanya, beliau mahu siasatan dilakukan ke atas jumlah bayaran oleh DBKL kepada syarikat tersebut dan siasatan ke atas kontraktor yang dilantik untuk pembinaan Bazaria Wangsa Maju.

Beliau juga mendakwa kontraktor berkenaan ada 'sangkut paut' dengan Tan serta mendapat peruntukan dari DBKL dan Kementerian Kewangan.

“Ada unsur rasuah. Isu ini kita akan bawa kepada SPRM, dan juga kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim,” katanya lagi.

Tan sebelum ini menafikan sebarang salah guna kuasa dalam pengurusan pemindahan Uptown Danau Kota dan memberitahu akan mempertimbangkan tindakan undang-undang ke atas Ridzuan.

Untuk rekod, Tan kelmarin memberitahu, peniaga didapati tidak membuka gerai di tapak Uptown lama walaupun beberapa kali pembanci datang membuat bancian dan ini merupakan antara sebab tapak gerai baru tidak diberikan  kepada mereka.

Bazaria Wangsa Maju merupakan tapak sementara yang dibina berdekatan tapak lama Uptown Danau Kota, sementara menunggu tapak kekal berdekatan bangunan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wangsa Maju siap dibina, yang mengambil masa dua tahun atau lebih.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/isu-uptown-ikhlas-sanggah-tan-khalid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khalid Samad Sudah Okay Rasanya Elaun Dan Gaji Menteri

Khalid Samad Sudah Okay Rasanya Elaun Dan Gaji Menteri

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 243 hits
Diterbitkan Hari ini 6 21 petangBERITAMenteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad berpandangan bahawa kadar elaun dan gaji bulanan yang diterima oleh para menteri dan timbalannya adalah memadai Selain itu dedah pemimpin Amanah itu gaji yang di...
Khalid Saya Tak Boleh Tawar Penyelesaian Kekal Isu Penduduk Segambut Permai

Khalid Saya Tak Boleh Tawar Penyelesaian Kekal Isu Penduduk Segambut Permai

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 375 hits
REMIEZA WAHID Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad menjelaskan bahawa kementeriannya tidak boleh menawarkan penyelesaian kekal buat penduduk di Kampung Segambut Permai Jelasnya bantuan seperti penempatan di unit Projek Perumahan Rakyat ...
Gaji Kami Sudah Memadai Setakat Ini Dan Tidak Perlu Dipotong Kata Khalid Samad

Gaji Kami Sudah Memadai Setakat Ini Dan Tidak Perlu Dipotong Kata Khalid Samad

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 286 hits
Sumber gambar dari The StarHangat di media massa apabila Jabatan Perkhidmatan Awam mahu memansuhkan elaun Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal untuk lantikan baru pemansuhan ini mendapat respon dari Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq lal...
Tiada Keperluan Potong Gaji Elaun Menteri Khalid Samad

Tiada Keperluan Potong Gaji Elaun Menteri Khalid Samad

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 303 hits
PUTRAJAYA Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abd Samad menyifatkan tiada keperluan untuk memotong gaji dan elaun yang dinikmati menteri Menurutnya gaji yang diperoleh menteri pada masa ini sudah memadai walaupun jauh lebih rendah berbanding...
Mca Akan Bincang Dialog Isu Jawi Dengan Pas Kata Setiausaha Agung

Mca Akan Bincang Dialog Isu Jawi Dengan Pas Kata Setiausaha Agung

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 351 hits
MCA akan bincang dialog isu Jawi dengan PAS kata setiausaha agung Dikemas kini 26 minit yang lalu Diterbitkan pada 26 Dec 20
Isu Jawi Ini Je Kan Permaisuri Agong Rujuk Tiga Muka Surat Jawi

Isu Jawi Ini Je Kan Permaisuri Agong Rujuk Tiga Muka Surat Jawi

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 447 hits
Melalui Twitternya semalam Permaisuri Agong berkongsi ciapan seorang pengikutnya dengan imej buku teks bahasa Melayu darjah empat yang memaparkan tiga muka surat pengenalan tulisan Jawi Ini sahaja kan titah Permaisuri Agong Tuanku Azizah Am...
Fuziah Cuba Jadi Juara Isu Pekebun Di Cameron Highlands

Fuziah Cuba Jadi Juara Isu Pekebun Di Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 321 hits
KUANTAN Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh dilihat cuba menjadi juara dalam isu pekebun sayur di Kuala Terla Cameron Highlands dengan lantang menyalahkan kerajaan Pahang dalam isu berkenaan Ketua Penerangan Pemuda UMN...
Isu Jawi Sayang Kalau Orang Melayu Tak Pandai Tulis Jawi Luah Raja Permaisuri Agong

Isu Jawi Sayang Kalau Orang Melayu Tak Pandai Tulis Jawi Luah Raja Permaisuri Agong

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 847 hits
SHAH ALAM Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkongsi isi hatinya terhadap keunikan tulisan jawi yang kini dilupakan segelintir masyarakat terutama Melayu akibat peredaran zaman mendapat pelbagai respons daripad...
Bantu Usahawanm Dpmm Pahang Kemuka Dua Isu Ke Mpk

Bantu Usahawanm Dpmm Pahang Kemuka Dua Isu Ke Mpk

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 258 hits
KUANTAN Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pahang menggesa Majlis Perbandaran Kuantan mempertimbangkan semula penarikan diskaun 75 peratus kadar permit papan tanda premis perniagaan berlampu yang akan dimansuhkan sepenuhnya berkuat kuasa Janu...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Wan Ji Najib Dapat Layanan Sangat Istimewa Di Penjara

Potong Ikan Keluar Api

Asan Lembu The Movie

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Packing Barang Kucing Kesayangan

Subconscious Mind

Doa Doa Dalam Bulan Ramadan Yang Boleh Kita Amalkan

Mangkuk Correle 2024

Diy Toy For Toddler

Peristiwa Nuzul Al Quran Dan Bekalan Air