Hendak Jadi Hero Ke Nazri Sound Zahid



Biro Disiplin dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO digesa mempertimbangkan keputusan menggantung jawatan Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta-merta susulan tindak-tanduk terkini pemimpin itu yang didakwa melanggar ketetapan parti.
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk itu perlu disiasat segera Biro Disiplin UMNO dan diambil tindakan tatatertib susulan terdapat tiga bukti jelas menunjukkan beliau melanggar ketetapan parti.
Ujarnya, bukti pertama adalah beliau bertindak mengutuskan surat menyatakan sokongan kesemua ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk memilih Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baharu kepada Yang di-Pertuan Agong pada tahun lalu, tanpa pengetahuan majoriti ahli Parlimen berkenaan.
"Bukti kedua pula adalah kesahihan rakaman audio perbualan beliau dengan Anwar berkait Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020), sedangkan keputusan PAU sudah menetapkan pendirian 'No Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), No Anwar dan No DAP'.
"Bukti terakhir pula adalah tindakan terkini beliau yang memberi kata dua kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) bagi mendesak sidang Parlimen dibuka dalam tempoh 14 hari, tanpa merujuk kepada MKT dan ahli-ahli Parlimen UMNO terlebih dahulu.
"Sepatutnya MKT UMNO dan Biro Disiplin parti perlu menggantung jawatan Ahmad Zahid serta-merta. UMNO bukan hak eksklusif Zahid tetapi hak lebih 3.6 juta ahli parti," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Ahmad Zahid mengemukakan pendirian tegas UMNO mendesak kerajaan menghormati titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-Raja Melayu agar memanggil sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari daripada tarikh 21 Jun.
Desas-desus satu pertemuan tergempar bakal diadakan di antara menteri-menteri UMNO dan Ahmad Zahid pada petang Selasa, menarik perhatian rakyat pada saat negara berdepan ketidaktentuan politik ketika ini.
Ahmad Zahid berkata, kegagalan kerajaan melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong akan dianggap satu bentuk penderhakaan dan tidak menghormati Institusi Raja-raja Melayu.
Kenyataan Ahmad Zahid itu dikemukakan setelah satu mesyuarat Biro Politik UMNO diadakan di Menara Dato Onn, bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada malam Ahad lalu.
Mengulas lanjut, Mohamed Nazri yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas berpandangan Ahmad Zahid cuba menjadi hero dengan mengeluarkan kenyataan media bersifat populis.
Jelas beliau, Ahmad Zahid menyedari beliau perlu melakukan sesuatu 'gimik' untuk meraih kembali sokongan dan kepercayaan ahli-ahli UMNO susulan Presiden UMNO itu telah melakukan beberapa siri kesilapan sebelum ini.
"Mengapa hendak masuk dalam surat khabar? Hendak jadi hero? Sebelum ini Ahmad Zahid sendiri kata kerajaan PN tertubuh atas sokongan ahli-ahli Parlimen parti-parti terlibat termasuk UMNO. Mengapa tidak rujuk ahli Parlimen terlebih dahulu?
"Hubungan UMNO dengan kerajaan PN masih berstatus kawan ketika ini dengan ketetapan PAU 2020 adalah jelas, UMNO akan terus menyokong kerajaan PN sehingga pembubaran Parlimen.
"Sepatutnya Zahid kena jiwa besar berjumpa secara tertutup dengan Perdana Menteri untuk desak kerajaan PN adakan sidang Parlimen secepat mungkin secara terhormat. Tidak perlu tindakan amaran sebegini," katanya.
Mohamed Nazri juga berpandangan tuntutan sidang Parlimen diadakan dalam tempoh 14 hari juga adalah tidak rasional kerana pelbagai proses perlu dipenuhi jawatankuasa khas persidangan Parlimen bagi memastikan ia memenuhi objektif persidangan.
"Pada saya, sidang Parlimen perlu dilaksanakan seperti biasa dengan proses perbincangan bukan sahaja merangkumi Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021, bahkan juga segala aspek lain yang difikirkan mustahak kepada rakyat.
"Untuk membolehkan kerajaan memenuhi proses pelaksanaan sidang Parlimen, pastinya sedikit tambahan masa diperlukan dengan saya menjangkakan tempoh paling terdekat sidang Parlimen diadakan adalah pada pertengahan bulan Ogos,"katanya lapor Sinar


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/06/hendak-jadi-hero-ke-nazri-sound-zahid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nazri Claims 25 Bn Mps Have Lost Confidence In Zahid

Nazri Claims 25 Bn Mps Have Lost Confidence In Zahid

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 257 hits
Padang Rengas MP Nazri Abdul Aziz claims that a majority of BN s 42 lawmakers have lost confidence in coalition chairperson Ahmad Zahid Hamidi Nazri told Malaysiakini that 25 declarations were signed giving Sembrong MP Hishammuddin Hussein ...
Nazri Tipu Anwar Zahid Tipu Nazri

Nazri Tipu Anwar Zahid Tipu Nazri

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 318 hits
Pada tahun 2018 Nazri menyatakan sokongan terhadap Anwar Ibrahim kerana semata mata untuk menyelamatkan UMNO daripada diharamkan sekiranya presiden PKR itu menjadi Perdana Menteri maknanya tak ikhlas langsung sokongan dia itu Ada udang dise...
Nazri Aziz Akui Kumpul Sd Sokong Hisham Hilang Kepercayaan Terhadap Zahid

Nazri Aziz Akui Kumpul Sd Sokong Hisham Hilang Kepercayaan Terhadap Zahid

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 244 hits
Astro AwaniJun 22 2021 20 52 Nazri menjelaskan akuan bersumpah yang beliau usahakan bukan bertujuan menjadikan Hishammuddin sebagai Perdana Menteri seterusnya Gambar fail hari ini bekas Menteri Pelancongan itu berkata ia bagaimanapun bukan ...
Nazri Kerana Isu Sokong Anwar 25 Ahli Parlimen Bn Tak Mahu Zahid Jadi Wakil Bertemu Agong

Nazri Kerana Isu Sokong Anwar 25 Ahli Parlimen Bn Tak Mahu Zahid Jadi Wakil Bertemu Agong

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 289 hits
June 23 2021 PETALING JAYA Ahli Parlimen Padang Rengas Mohamed Nazri Aziz mendakwa 25 Ahli Parlimen BN daripada 41 orang tidak yakin dengan ketelusan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebagai wakil mereka untuk menghadap Yang di Pertuan Agon...
Nazri Bidas Zahid Jangan Memandai Mandai Buat Keputusan Bersendirian

Nazri Bidas Zahid Jangan Memandai Mandai Buat Keputusan Bersendirian

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 311 hits
Pemimpin senior parti Datuk Seri Nazri Aziz membidas Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak memandai mandai membuat keputusan bersendirian tanpa berbincang terlebih dahulu berhubung tempoh 14 hari yang diberikan kepada Kerajaan...
Hilang Keyakinan Terhadap Zahid Mana Ada Bung Jawab Nazri

Hilang Keyakinan Terhadap Zahid Mana Ada Bung Jawab Nazri

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 245 hits
Durie Rainer FongKOTA KINABALU Ketua Barisan Nasional Sabah Bung Moktar Radin menolak dakwaan Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz bahawa majoriti Ahli Parlimen BN telah hilang keyakinan terhadap kepemimpinan Presiden Umno Ahmad Zahid Ham...
Penafian Zahid Itu Yang Karut Dan Cerita Kartun Nazri Aziz

Penafian Zahid Itu Yang Karut Dan Cerita Kartun Nazri Aziz

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 238 hits
Irwan Muhammad ZainJun 24 2021 Nazri mendakwa awal tahun ini beliau ditipu oleh Zahid sehingga membuat keputusan untuk menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Gambar failSemalam media melaporkan Nazri mendakwa 25 ...
Saya Ditipu Zahid Untuk Tarik Sokongan Terhadap Pn Kata Nazri Aziz

Saya Ditipu Zahid Untuk Tarik Sokongan Terhadap Pn Kata Nazri Aziz

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 302 hits
Pemimpin veteran Umno Mohamed Nazri Aziz mendedahkan tindakannya menarik kembali sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional pada Januari disebabkan ditipu oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata tind...
Nazri Dedah Zahid Hamidi Kemuka Surat Sokong Anwar Sebagai Pm

Nazri Dedah Zahid Hamidi Kemuka Surat Sokong Anwar Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 516 hits
Kami diberitahu Presiden UMNO ingin serah kepada A gong untuk mengatakan kami ahli ahli Parlimen UMNO sokong Anwar sebagai Perdana Menteri sedangkan kami tidak pernah bersetuju dan tidak pernah langsung menyatakan sokongan kepada Presiden P...
Monolog Jiwa Hikmah Di Balik Kekurangan

Buasir Otak Tv Tak Buat Latihan Cikgu Bagi Be Like

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Navigating The Wild How To Use Natural Landmarks For Direction

Dari Drama Ke Realiti Bang Minah On Joowan Umum Akan Berkahwin Pada November Nanti

Doa Dipermudahkan Urusan

Roadster Rescue A Handsome Kawasaki Z1000 By Hb Custom

My Life As A Teacher At Smk Ladang Kerilla


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aliff Syukri Usik Ammar Tentang Cik B Terima Kasih Cik B Bakal Menantu Papa

Legoland Malaysia S Summer Carnival Is Back With A Splash For A Third Year

Dior188

Sejarah Perang Mu Tah Sebab Terjadi Jalannya Pertempuran Dan Kemenangan Kaum Muslimin

Buat Paper Bag Sendiri Untuk Produk Event Anda Bersama Mosumart Design

Satelit Berteknologi Ai Yang Beresolusi Tinggi Kesan Pencerobohan Tanah Hutan Di Pahang Menjelang 2027