Nazri Dedah Zahid Hamidi Kemuka Surat Sokong Anwar Sebagai Pm



“Kami diberitahu Presiden UMNO ingin serah kepada A­gong untuk mengatakan kami ahli-ahli Parlimen UMNO sokong Anwar sebagai Perdana Menteri, sedangkan kami tidak pernah bersetuju dan tidak pernah langsung menyatakan sokongan kepada Presiden PKR itu...
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mendedahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengemukakan surat sokongan ahli Parlimen parti itu bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Mohamed Nazri berkata, Ahmad Zahid dikatakan berbuat demikian ketika sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-​Mustafa Billah Shah baru-baru ini.
Beliau berkata, tindakan itu menyebabkan beliau bersama 24 ahli Parlimen UMNO lain membuat surat sokongan kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein agar Menteri Luar itu diberi mandat berurusan dan membuat keputusan bagi pihak mereka jika dipanggil menghadap Agong.
“Kami diberitahu Presiden UMNO ingin serah kepada A­gong untuk mengatakan kami ahli-ahli Parlimen UMNO sokong Anwar sebagai Perdana Menteri, sedangkan kami tidak pernah bersetuju dan tidak pernah langsung menyatakan sokongan kepada Presiden PKR itu.
“Hal ini kerana kami senada dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini bahawa No Anwar, No DAP dan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” katanya.
Sebelum ini, Mohamed Nazri mendakwa 25 ahli Parlimen UMNO termasuk dirinya hilang kepercayaan terhadap kepe­mimpinan Ahmad Zahid sebagai Presiden UMNO.
Beliau meminta Majlis Ter­tinggi UMNO segera mengadakan pemilihan parti berikutan kepimpinan Ahmad Zahid yang lemah, ditambah pula dengan tindakan 25 ahli Parlimen parti memberi kepercayaan kepada Hishammuddin.
Dalam pada itu, beliau berkata, UMNO tidak boleh membuang ahli Parlimennya yang setia dengan perjuangan dan prinsip parti untuk tidak be­kerjasama dengan PKR dan DAP.
Mohamed Nazri berkata, sebarang tindakan untuk tidak membenarkan mana-mana ahli UMNO bertanding dalam pemilihan parti dan menjadi calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) adalah tidak wajar.
“Macam mana nak buang kita, ahli-ahli Parlimen yang berdiri teguh dan tegas tak menyokong Anwar? Apa alasan nak buang kita sebab kita pegang kepada keputusan parti? Kita akur dengan keputusan Perhimpunan Agung 2020,” katanya. – UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/06/nazri-dedah-zahid-hamidi-kemuka-surat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nazri Desak Dedah Status Hasil Siasatan Klip Audio Anwar Zahid

Nazri Desak Dedah Status Hasil Siasatan Klip Audio Anwar Zahid

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 346 hits
agendadaily comDatuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Pihak berkuasa digesa mendedahkan hasil siasatan klip audio tular perbualan pakatan sulit antara Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR Datuk Se...
Zahid Hamidi Berusaha Menjadikan Anwar Ibrahim Sebagai Perdana Menteri

Zahid Hamidi Berusaha Menjadikan Anwar Ibrahim Sebagai Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 331 hits
Tindakan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi tempoh 14 hari kepada kerajaan agar Parlimen bersidang seolah olah Presiden UMNO itu cetek ilmu atau buat buat tidak faham dengan fungsi Perlembagaan Persekutuan Ketua Penerangan Parti Pribu...
Panas Zahidi Desak Zahid Dedah Ahli Parlimen Umno Sain Sd Sokong Anwar

Panas Zahidi Desak Zahid Dedah Ahli Parlimen Umno Sain Sd Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 316 hits
June 24 2021 Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi didesak menjelaskan siapa di kalangan Ahli ahli Parlimen UMNO yang menandatangani akuan bersumpah agar Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Ketua UMNO Bahagian Padang Besar...
Zahid Anwar Saksi Ahli Parlimen Umno Tandatangan Dokumen Sokong Anwar Sebagai Pm Dakwa Shahidan

Zahid Anwar Saksi Ahli Parlimen Umno Tandatangan Dokumen Sokong Anwar Sebagai Pm Dakwa Shahidan

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 353 hits
Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim hari ini mendedahkan seorang Ahli Parlimen daripada Umno mengaku beliau telah menandatangani dokumen sokongan untuk Anwar Ibrahim dilantik menjadi perdana menteri Shahidan berkata Ahli Parlimen itu memberi...
Nazri Kerana Isu Sokong Anwar 25 Ahli Parlimen Bn Tak Mahu Zahid Jadi Wakil Bertemu Agong

Nazri Kerana Isu Sokong Anwar 25 Ahli Parlimen Bn Tak Mahu Zahid Jadi Wakil Bertemu Agong

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 341 hits
June 23 2021 PETALING JAYA Ahli Parlimen Padang Rengas Mohamed Nazri Aziz mendakwa 25 Ahli Parlimen BN daripada 41 orang tidak yakin dengan ketelusan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebagai wakil mereka untuk menghadap Yang di Pertuan Agon...
Shahidan Sahkan Zahid Masih Heret Umno Sokong Anwar

Shahidan Sahkan Zahid Masih Heret Umno Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 382 hits
KUALA LUMPUR Usaha menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi calon Perdana Menteri masih diteruskan sehingga hari ini Bercakap kepada Utusan Malaysia Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional Datuk Seri Shahidan Kassim berkat...
Nazri Perlu Dedah Nama 25 Sokong Hishamuddin

Nazri Perlu Dedah Nama 25 Sokong Hishamuddin

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 358 hits
Ilustrasi Grafik Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz perlu mendedahkan nama 25 MP BN yang menyokong Hishamuddin Beliau telah membuat pendedahan eksklusif kepada Sinar Harian bahawa beliau merupakan mastermind mengumpul...
Nazri Tipu Anwar Zahid Tipu Nazri

Nazri Tipu Anwar Zahid Tipu Nazri

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 369 hits
Pada tahun 2018 Nazri menyatakan sokongan terhadap Anwar Ibrahim kerana semata mata untuk menyelamatkan UMNO daripada diharamkan sekiranya presiden PKR itu menjadi Perdana Menteri maknanya tak ikhlas langsung sokongan dia itu Ada udang dise...
Unnecessary Fury Over Sunway Square Mall S Pet Friendly Policy Only Gives Muslims A Bad Name

Alarm Device What It Is How It Keeps You Safe

Menanti Kebijaksanaan Anwar Kemaskinikan Kabinet

Malaysia Antara Negara Paling Aman Di Dunia Pm Anwar

Beg Kalis Air Terbaik Untuk Simpan Dokumen Penting Ketika Banjir

Gobind Death In Custody Probe Delays Unacceptable

Aktiviti Konvensyen Melayu 153 Ppim 13 12 2025

Bahaya Pinjaman Ah Long Dan Skim Pinjaman Tidak Berlesen


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Antara Suami Dan Orang Tua Mana Yang Didahulukan Oleh Istri Dalam Islam

Hadir Ke Majlis Pertunangan Jeevan Khoghilaah Thevi

Roti Sardin

Hattusa Keajaiban Kota Yang Terukir Dalam Batu Dan Keheningan

Thailand Mengenakan Perintah Berkurung Di Provinsi Kedua Selepas Pertikaian Sempadan

Kerajaan Negeri Melaka Mcmc Meterai Mou Rm310 Juta Perkukuh Infrastruktur Digital Negeri