Penafian Zahid Itu Yang Karut Dan Cerita Kartun Nazri Aziz




Irwan Muhammad ZainJun 24, 2021 Nazri mendakwa awal tahun ini beliau ditipu oleh Zahid sehingga membuat keputusan untuk menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Gambar failKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mencabar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk membuktikan beliau masih mempunyai sokongan 25 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN)
Nazri mendakwa, Zahid tidak mempunyai bukti untuk menafikan semua 25 Ahli Parlimen BN terbabit hilang keyakinan terhadap kepimpinan beliau
Malah beliau juga mendakwa kenyataan balas Zahid kepada sebuah portal berita pada Khamis berkaitan isu itu, yang sebenarnya karut dan 'cerita kartun'.
"Respons Zahid terhadap apa yang saya katakan itu (25 Ahli Parlimen BN hilang keyakinan terhadap Zahid) sebenarnya yang karut dan 'cerita kartun'
"Kalau dia berani, panggil semua Ahli Parlimen BN dan tunjukkan bukti bahawa mereka semua masih menyokongnya," katanya kepada Astro AWANI di sini, hari ini
BACA: Nazri Aziz akui kumpul SD sokong Hisham, hilang kepercayaan terhadap ZahidSemalam, media melaporkan Nazri mendakwa 25 daripada 42 Ahli Parlimen BN telah hilang kepercayaan terhadap Zahid
Hari ini, Utusan Malaysia melaporkan Zahid menyifatkan dakwaan itu sebagai karut dan hanya 'cerita kartun'
Mengulas lanjut, Nazri mendakwa Zahid sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai kerana tindakannya sebelum ini
Nazri mendakwa awal tahun ini beliau ditipu oleh Zahid sehingga membuat keputusan untuk menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
"Saya tarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin pada 12 Januari lalu kerana ditipu oleh Zahid yang merancang untuk menjatuhkan kerajaan
"Zahid rancang, Ahli Parlimen UMNO yang tidak pegang jawatan dalam kerajaan tarik sokongan one by one, hingga kerajaan ini jatuh
"Sebagai tanda setiakawan dan percaya kepada beliau, saya menarik sokongan selepas Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob membuat keputusan yang sama
"Selepas saya dan Jazlan, tiada siapa yang umum tarik sokongan termasuklah Zahid. Sebagai presiden parti yang merancang semuanya, sepatutnya dia yang pertama tarik sokongan," dakwanya lagi
Jelas Nazri, yang lebih mengecewakan apabila beliau mendapat tahu Zahid tetap mengambil peruntukan yang diberikan kepada Ahli Parlimen kerajaan
"Sepatutnya kalau dah rancang nak jatuhkan kerajaan dan minta tarik sokongan, beliau tidak ambil peruntukan tersebut. Tetapi itu tidak berlaku, beliau tidak tarik sokongan dan terus ambil peruntukan," dakwanya
Ditanya adakah beliau akan kembali menyokong Muhyiddin, Nazri berkata semunya akan boleh dilihat apabila Parlimen kembali bersidang
"Saya tidak perlu umum apa-apa, lihat saja nanti apabila Parlimen kembali bersidang
"Jika ada undi dalam dewan nanti, saya akan kembali kepada keputusan Perhimpunan Agung UMNO, kekal sokong kerajaan sehingga Parlimen dibubarkan," jelas beliau


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/penafian-zahid-itu-yang-karut-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Ditipu Zahid Untuk Tarik Sokongan Terhadap Pn Kata Nazri Aziz

Saya Ditipu Zahid Untuk Tarik Sokongan Terhadap Pn Kata Nazri Aziz

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 225 hits
Pemimpin veteran Umno Mohamed Nazri Aziz mendedahkan tindakannya menarik kembali sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional pada Januari disebabkan ditipu oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata tind...
Nazri Aziz Akui Kumpul Sd Sokong Hisham Hilang Kepercayaan Terhadap Zahid

Nazri Aziz Akui Kumpul Sd Sokong Hisham Hilang Kepercayaan Terhadap Zahid

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 155 hits
Astro AwaniJun 22 2021 20 52 Nazri menjelaskan akuan bersumpah yang beliau usahakan bukan bertujuan menjadikan Hishammuddin sebagai Perdana Menteri seterusnya Gambar fail hari ini bekas Menteri Pelancongan itu berkata ia bagaimanapun bukan ...
Nazri Dedah Zahid Hamidi Kemuka Surat Sokong Anwar Sebagai Pm

Nazri Dedah Zahid Hamidi Kemuka Surat Sokong Anwar Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 331 hits
Kami diberitahu Presiden UMNO ingin serah kepada A gong untuk mengatakan kami ahli ahli Parlimen UMNO sokong Anwar sebagai Perdana Menteri sedangkan kami tidak pernah bersetuju dan tidak pernah langsung menyatakan sokongan kepada Presiden P...
Hiburan Terpaksa Buat Studio Sendiri Nazrief Nazri Kongsi Cerita Isteri Mengidam Benda Pelik

Hiburan Terpaksa Buat Studio Sendiri Nazrief Nazri Kongsi Cerita Isteri Mengidam Benda Pelik

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 282 hits
Pelakon Nazrief Nazmi akui berasa teruja dan berdebar untuk menimang cahaya mata pertama pada bulan Julai nanti kerana baginya ia merupakan tanggungjawab yang besar untuk dipikul AdvertisementNazrief atau nama sebenarnya Mohamad Nazrief Moh...
Nazri Aziz Talam Dua Muka

Nazri Aziz Talam Dua Muka

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 124 hits
Nazri Aziz kata dia kena tipu dengan ZahidJune 25 2021 Pemimpin veteran Umno Mohamed Nazri Aziz mendedahkan tindakannya menarik kembali sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional pada Januari disebabkan ditipu oleh Presiden Umno Ahmad Za...
Nazri Desak Dedah Status Hasil Siasatan Klip Audio Anwar Zahid

Nazri Desak Dedah Status Hasil Siasatan Klip Audio Anwar Zahid

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 202 hits
agendadaily comDatuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Pihak berkuasa digesa mendedahkan hasil siasatan klip audio tular perbualan pakatan sulit antara Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR Datuk Se...
Nazri Tipu Anwar Zahid Tipu Nazri

Nazri Tipu Anwar Zahid Tipu Nazri

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 233 hits
Pada tahun 2018 Nazri menyatakan sokongan terhadap Anwar Ibrahim kerana semata mata untuk menyelamatkan UMNO daripada diharamkan sekiranya presiden PKR itu menjadi Perdana Menteri maknanya tak ikhlas langsung sokongan dia itu Ada udang dise...
Hilang Keyakinan Terhadap Zahid Mana Ada Bung Jawab Nazri

Hilang Keyakinan Terhadap Zahid Mana Ada Bung Jawab Nazri

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 158 hits
Durie Rainer FongKOTA KINABALU Ketua Barisan Nasional Sabah Bung Moktar Radin menolak dakwaan Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz bahawa majoriti Ahli Parlimen BN telah hilang keyakinan terhadap kepemimpinan Presiden Umno Ahmad Zahid Ham...
Nazri Claims 25 Bn Mps Have Lost Confidence In Zahid

Nazri Claims 25 Bn Mps Have Lost Confidence In Zahid

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 164 hits
Padang Rengas MP Nazri Abdul Aziz claims that a majority of BN s 42 lawmakers have lost confidence in coalition chairperson Ahmad Zahid Hamidi Nazri told Malaysiakini that 25 declarations were signed giving Sembrong MP Hishammuddin Hussein ...
Pm Anwar Meets With Indonesia S Finance Minister For Discussions In Riyadh

Nga Kor Ming S Influence In Dap On The Rise

Gear Up For Standard 1 Registration

Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami

Senarai Cawangan Atm Bank Islam Di Seluruh Negeri Kelantan

Panduan Dan Cara Atasi Sembelit Bagi Dewasa Kanak Kanak Dan Selepas Bersalin

Suami Tukang Masak Dadah Isteri Tolong Edar

Salah Besar Kalau Kembali Kepada Quran Dan Sunnah Saja Tambah Ulil Amri



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3

5 Adaptasi Permainan Video ke TV dan Filem Paling Berjaya Setakat Ini

10 Fakta Biodata Erysha Emyra Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Cinta Untuk Sekali Lagi Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia


There Is An Awakening

2 Aidilfitri 2024

Optimizing Your Twitter Feed Strategies For Positive Content Filtering

Life Begin At 40

Perubahan Bila Masuk 40an

Adapting To Consumer Behavior