Helikopter Bertembung 2 Maut Dan 2 Cedera Parah

Dua terbunuh manakala dua yang lain cedera parah selepas dua  helikopter bertembung antara satu sama lain berhampiran Taman Melawati,  Selangor hari ini.
Menurut maklumat awal daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, kemalangan itu berlaku menjelang tengah hari.
Difahamkan korban itu membabitkan dua lelaki, manakala mangsa yang cedera melibatkan seorang lelaki dan seorang wanita. 

Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 11.46 pagi.
Setakat  1.30 petang ini, jurucakap jabatan bomba memberitahu, mayat mangsa  kemalangan itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah  siasat.

Sementara  itu laporan Awani menyatakan, seorang daripada mangsa yang terselamat  ialah bekas ketua pegawai eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.
Sementara  itu berdasarkan maklumat pada laman sesawang pemantau penerbangan  menunjukkan kedua-dua pesawat udara itu berlepas dari Lapangan Terbang  Subang pada jam 11.11 pagi dan menuju ke arah Genting Sempah di Bentong,  Pahang sebelum berpatah balik ke Gombak pada jam 11.28 pagi.
Radar  kemudian gagal mengesan kedua-dua helikopter terbabit selama enam minit  sebelum muncul semula tidak jauh dari Empangan Batu semasa ia membelok  ke arah tenggara dan terbang lurus sebelum hilang semula pada jam 11.44  pagi.

Mengikut maklumat yang ditemui dalam talian, helikopter berkenaan didaftarkan sebagai milik syarikat swasta, Cabri Blu Sdn Bhd.
Helikopter  Cabri G2 itu dibuat syarikat Perancis, Guimbal, dan dilengkapi dengan  kipas tiga bilah dan mampu terbang berterusan selama empat setengah jam.
Ia mampu terbang dengan kelajuan maksimum 100 knot.
Video Kejadian
LIVE Astro
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
  
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/11/helikopter-bertembung-2-maut-dan-2.html