Helang Terbang Tinggi Buru Pipit Makan Bangkai



A Kadir Jasin
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Keagungan Tuhan: Pipit kecil tapi bilangannya besarMARI kita belajar ilmu mengenai burung atau dalam bahasa Inggeris “ornithology”.
Untuk kali ini kita belajar mengenai tiga jenis burung, iaitu helang, pipit dan enggang.
[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Helang diklasifikasikan sebagai burung pemangsa atau dalam bahasa Inggeris “bird of prey”, iaitu burung yang mencari makan dengan membunuh, termasuk sesama burung.
Pipit pula adalah burung yang memakan bijirin dan serangga.
Enggang burung rimba memakan buah-buah jenis beri macam buah ara.
Helang ada banyak jenis. Begitu juga pipit dan enggang.  Ada sejenis helang yang dipanggil helang pipit (besra) dan satu lagi dipanggil helang sewah (Japanese sparrowhawk).
Kedua-dua jenis helang ini berukuran kecil tetapi amat ganas memburu burung-burung yang lebih kecil daripadanya, termasuklah pipit.
Saya memberi makan burung liar di sekeliling rumah. Saya hidangkan bijirin dan pisang atau betik. Pisang dan betik yang saya hidangkan kepada mereka sama dengan pisang dan betik yang saya makan.
Tekukur di rumah makan burung yang saya dirikanBanyak jenis yang datang – merbah, murai, kunyit kecil dan besar, ciak rumah, ciak tuli, merbuk, tekukur, gembala kerbau (mynah) dan ruak-ruak.
Burung pucung dan pekaka atau raja udang pun datang juga sebab saya ada kolam ikan yang saya biakkan ikan tilapia.
Ikan tilapia mudah membiak sebab ia jenis ikan yang menetaskan telurkan dan memelihara anak di dalam mulut (mouth breeder).
Oleh sebab ada burung di sekeliling rumah maka sekali-sekala kelihatan helang pipit dan helang sewah datang memburu.
Gambar hiasan: Helang sewah memakan burung mangsaJadi bila ada orang yang menggolongkan dirinya sebagai helang dan orang lain sebagai pipit maka bagi seorang pengintai burung (birdwatcher), saya fahamlah pengertian tersurat dan tersiratnya.
Yang tersirat, si helang lebih tinggi kedudukannya daripada si pipit manakala yang tersurat, si helang menjadikan si pipit sebagai mangsa.
Ada unsur pemangsaan dalam ungkapan helang dan pipit itu. Dalam bahasa Inggeris, kita kata “predatory”.
Pengkaji burung menyifatkan helang sebagai oportunis atau mengambil kesempatan.
Misalnya, ada jenis helang yang bukan sahaja memburu tetapi turut memakan bangkai.
Ini termasuklah “bald eagle” (helang botak) Amerika yang lazimnya memburu tetapi memakan bangkai ketika musim sejuk apabila mangsa hidup sukar didapati.
Helang pemangsa opoturnis: Makan mangsa kemalangan jalan rayaBagi kita, khususnya orang Melayu, yang faham adat resam, kita kata enggang sama enggang pipit sama pipit.
Itulah peribahasa yang kita gunakan. Kita tidak kata helang sama helang, pipit sama pipit.
Enggang tidak terbang bersama pipit dan enggang juga tidak memburu dan memakan pipit.
Helang memang tabiat semula jadinya memburu dan memakan pipit. Apabila tidak ada pipit untuk diburu dan dimakan, helang sanggup makan bangkai.
Itulah ajaibnya kejadian Tuhan untuk kita pelajari dan dijadikan teladan serta sempadan.
Janganlah kita jadi nelayan bodoh yang cuba menguji lautan dalam dengan kail panjang sejengkal.
Wallahuaklam.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kadirjasin.blogspot.com/2019/07/helang-terbang-tinggi-buru-pipit-makan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kentut Wangi Selepas Makan Pil Ini Serius Lah

Kentut Wangi Selepas Makan Pil Ini Serius Lah

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 310 hits
Sebuah syarikat Perancis yang berpangkalan di Paris mendakwa berjaya mencipta pil yang mampu membuatkan kentut berbau harum Pil berkenaan dihasilkan Christian Poincheval yang menetap di pekan di barat negara itu dan mendakwa ia boleh menuka...
Tempat Makan Yang Sedap Di Kota Kinabalu Sabah Malaysia Sang Nyuk Mee Kolo Mee

Tempat Makan Yang Sedap Di Kota Kinabalu Sabah Malaysia Sang Nyuk Mee Kolo Mee

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 826 hits
Hi guys Saya baru sampai di Labuan actually dari Kota Kinabalu Saya pigi tengok tu Mr Kaamatan di sana auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sabah Support event local hokey By the way big congratulations to the winner wakil dari...
Orang Yang Dulunya Merokok Sebaiknya Rajin Makan Tomat Agar Paru Paru Kembali Bersih

Orang Yang Dulunya Merokok Sebaiknya Rajin Makan Tomat Agar Paru Paru Kembali Bersih

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 194 hits
Sebuah penelitian baru menemukan bahwa mantan perokok yang rajin makan tomat dan buah buahan segar memiliki risiko lebih rendah mengalami penurunan fungsi paru paru menyiratkan bahwa makanan tersebut mungkin membantu memperbaiki kerusakan p...
13 Tahun Setia Makan Pun Tak Sedih Tengok Messi Tunggu Tepi Jenazah Tuan Harapkan Belaian

13 Tahun Setia Makan Pun Tak Sedih Tengok Messi Tunggu Tepi Jenazah Tuan Harapkan Belaian

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 494 hits
Kucing menjadi haiwan peliharaan manusia kerana sifatnya yang manja dan suka dibelai Disebabkan itu pemilik haiwan ini mempunyai hubungan yang rapat dengan kucing peliharaan mereka Jika kucing yang dipelihara hilang atau tiada rasa rindu it...
Kenapa Kita Berasa Mengantuk Selepas Makan

Kenapa Kita Berasa Mengantuk Selepas Makan

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 258 hits
Oleh Dr Fatimah Binti Salim Pensyarah Kanan Institut Atta ur Rahman UITM Saya baru sahaja selesai makan tengahari yang berat dan banyak Maka badan berasa malas dan mengantuk Sambil sambil menunggu mata tertutup saya buka Facebook dan menari...
Suap Anak Makan Tip Ozlynn Nak Naikkan Berat Badan Anak Selain Dapat Jimat Belanja

Suap Anak Makan Tip Ozlynn Nak Naikkan Berat Badan Anak Selain Dapat Jimat Belanja

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 1316 hits
Simple je masak tapi sebab bersuap bertambah tambah makan begitulah perkongsian dari pelakon Ozlynn yang memberikan tip untuk tambah berat badan anak Perkongsian tersebut dibuat melalui laman instagram rasminya yang dikongsi bersama suami J...
Terpaksa Curi Roti Dah Dua Hari Anak Tak Makan

Terpaksa Curi Roti Dah Dua Hari Anak Tak Makan

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 438 hits
Kesusahan hidup kadangkala boleh membuatkan seseorang itu terpaksa bertindak di luar jangkaan Mereka tahu perkara tersebut adalah salah namun terpaksa diteruskan Perkongsian cerita oleh Zahirul Zamani di laman Twitternya rata rata telah mem...
Koleksi Resipi Lauk Pauk Mudah Masak Untuk Makan Tengahari

Koleksi Resipi Lauk Pauk Mudah Masak Untuk Makan Tengahari

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 1013 hits
Buntu memikirkan resipi lauk pauk yang hendak dimasak setiap hari Bila ulang menu yang sama pasti jemu Oleh itu jom cuba koleksi resipi lauk pauk sedap dan mudah yang RASA kongsikan ini Sesuai untuk hidangan makan tengahari keluarga tercint...
Patutlah Kulit Cantik Makan Celery Rupanya Rahsia Kulit Lisa Surihani Cantik

Patutlah Kulit Cantik Makan Celery Rupanya Rahsia Kulit Lisa Surihani Cantik

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 1852 hits
Patutlah kulit cantik makan celery rupanya Suka makan celery rahsia kulit Lisa Surihani cantik Sejak pada awal kemunculan pelakon Lisa Surihani ke dunia lakon layar dia sering mencuri tumpuan ramai dengan kecantikan raut wajahnya Baru baru ...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord