Tempat Makan Yang Sedap Di Kota Kinabalu Sabah Malaysia Sang Nyuk Mee Kolo Mee
Hi guys!
Saya baru sampai di Labuan actually dari Kota Kinabalu (KK). Saya pigi tengok tu Mr Kaamatan di sana auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sabah. Support event local hokey! By the way, big congratulations to the winner, wakil dari daerah Penampang. You deserve it.
Anyway, entri kali ni saya bukan mahu cerita pasal tu Mr Kaamatan (Nantilah di entri lain kalau saya rajin). Tapi, saya mahu share kamu satu tempat makan yang bagi saya sedap untuk dicuba, try dan test di sini area KK.
Tempat yang saya maksudkan itu ialah Restoran Keng Wan Hing yang terletak betul-betul di Gaya Street. Tempat ni buka seawal jam 5.00 pagi dan tutup pada jam 5.00 petang (weekdays) & 1.00 petang (weekend).
Kami pergi makan di tempat ni pada hari ahad yang ngam-ngam ada Sunday Market. Ramai betul manusia. Kena tunggu dulu seminit dua untuk tunggu tempat duduk kosong. Kalau ada orang berdiri, nah cepat-cepat pigi booking tempat duduk.
Then, kami pun orderlah makanan untuk mengisi perut yang bergendang berirama meminta untuk diisi. Banyak pilihan makanan di sini tapi saya selalu order Sang Nyuk Mee dan Kolo Mee.
Inilah dia Sang Nyuk Mee, my favourite kalau makan di sini. Mee yang digaul dengan kicap dan dihidangkan bersama dengan sup yang mengandungi pork, sayur dan sebagainya di mangkuk yang berlainan. Mee dia actually so so saja tapi that bowl of soup tu bah yang asadappppp!
Ini pula ialah sepinggan Kolo Mee Sabahan Style yang dihidangkan dengan sup kosong. Sedap juga ni. Average taste. Tapi, kalau kena suruh pilih antara Sang Nyuk Mee vs Kolo Mee, saya akan recommend Sang Nyuk Mee.
Minuman pula saya order Neslo Kaw Ping. The taste? Bolehlah kampung-kampung
Oh ya, saya kenal tempat ni sebenarnya disebabkan oleh bun dan pau yang dijual di sini. This is the place yang saya akan bagi 5 bintang in term of bun dan pau kalau di sini KK. Sangat lazat. Teksture dan rasa dia oh maigad! Sedapppp! *sambil menjerit*
Ini ialah antara bun –bun yang dijual di restoran ni.
Eh eh, cik habam sempat lagi berpose dikala kesibukan
Nampak kan betapa lakunya ini tempat?
All the food here is almost sedap dan berbaloi untuk pergi. Tapi satu saja yang buat saya turn off untuk makan di sini iaitu PELAYAN dia. Baca di bawah kenapa:
Hampir semua pelayan di sini kurang ajar dan gaya macam @/#^%. Saya tidak mahu memaki sebab saya tidak pandai. Tapi, seriously, gaya durang langsung tiada kesopanan. Muka marung @ asam all the time. Senyuman lagilah tiada.Lepas tu, ambil order tanya dengan kasar (I mean yang KASAR berabis) especially bila durang ambil order sama orang yang tua. Seriously kurang ajar! I don’t want to mentioned about bangsa durang sebab saya tidak mahu kena cop racist, tapi kamu faham-fahamlah bangsa apa.Part order atau membayar makanan lagi, hari raya tahun depan baru pelayan tu datang meja. Actually, durang dengar dan perasan kena panggil tapi buat-buat pekak.
I have to mentioned all these supaya kamu dapat expect sedia layanan durang. Takut nanti kamu terkejut. Yalah, mana boleh review yang bagus-bagus saja kan. Perlu juga lontarkan the pro and cons at the same time. Barulah blogger yang sejati *sambil membetulkan spek mata*.
Kesimpulannya, tempat makan di sini henak henak dan helok-helok. Tapi pelayan di sini kebanyakannya urgkhhh!. Saya selalu juga makan di sini kalau turun KK but layanan durang tetap sama. So, ertinya saya bukan buat cerita sembararangan. Oh ya, restoran ni serve NON-HALAL food. Tapi, untuk bun-bun di sini, saya confused sikit sama ada halal atau tidak sebab saya nampak ramai juga para muslim dan muslimin berbaris beli bun di tempat ini. I don’t know.
Di bawah ialah lokasi untuk ke restoran ini. In case kamu mau cuba try test kan!
Terima kasih kerana membaca!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://vandergood.blogspot.com/2019/07/tempat-makan-yang-sedap-di-kota.html