Healing Cara Sis Untuk Merawat Hati
Healing cara k.fiezz lepas failed kali ke-2 dalam rawatan kesuburan baru-baru ni. Sebelum ulang kali ke-2 rawatan kesuburan ni, jenuh k.fiezz pantang segala jenis makanan. Minuman pun minum air panas je sebab masa k.fiezz buat rawatan akupuntur juga, Doktor kat pusat rawatan tu nasihatkan k.fiezz elakkan segala jenis minuman sejuk & apa-apa makanan yang letak dalam peti ais, kena keluarkan dulu. Dah tak sejuk baru boleh makan. Hah, nampak tak effort sis tu banyak betul pantang larang masa tengah trying to conceive sebelum ni.
Lepas je failed lagi sekali baru-baru ni, terus give up. Segala jenis makanan k.fiezz langgar terutama yang manis-manis macam coklat ni. Yummmy..Sebelum ni menahan je hawa nafsu..
So ni healing cara k.fiezz. Nak ubatkan hati. Mr hubby pun cakap makan je lah apa rasa nak makan. Tak payah lah nak pantang-pantang sangat. Asyik jaga pantang makan tu ni, idak juga pregnant. huhu.
#terasa dengan ayat mr hubby tapi betul lah juga apa yang dicakapkan tu.
Jadi sis layan je lah segala jenis makanan manis ni. Aiskrim tu paling tak menahan. 3 bulan juga k.fiezz tahan nafsu tak makan aiskrim atau minum air sejuk sebelum buat rawatan kesuburan kali ke-2 baru-baru ni tapi bila dah tahu gagal juga lagi, fed up...Lantak lah di situ. Makan je lah..
Donut coklat & oreo. Nampak kecil dalam gambar tapi besor benornya. 2 biji ni RM7.00.
Ada pasar tani khas minggu lepas kat area pejabat k.fiezz, nampak ada orang jual donut ni..Oh maiii..Wajib beli.
Kek coklat cheese. Ni beli dari orang blok k.fiezz yang jual. Sebiji RM13.00Sedap. Tak manis sangat..
Aiskrim mcflurry oreo. Sedap...yummy..
DAH BERHENTI TTC KE?
Entahlah. Buat masa ni malas nak fikir. Bior je lah. Bak kata orang putih go with the flow. Ada terbaca satu quotes kat Tik Tok semalam,
Redha ni berat. Bila kita cakap kita redha dengan apa Allah beri. Bukan setakat cakap di mulut, hati pun mesti ikhlas sekali. Ikhlas terima aturan Allah. Tak ada rungutan. Tak ada rasa terbeban. Kita lepaskan kehendak hati, kita serahkan segalanya pada Dia.
K.fiezz tengah cuba belajar untuk redha dengan segala aturan Allah. Dah macam-macam buat untuk pregnant tapi rezeki masih belum memihak pada k.fiezz & mr hubby sehingga sekarang. Ada lah hikmahnya yang Allah lebih tahu. K.fiezz tengah masukkan dalam kepala & belajar dalam hati untuk 'redha redha redha & redha'..Redha bersamaan dengan ikhlas. K.fiezz tengah belajar untuk ikhlaskan hati dengan segala-galanya..Macam ayat kat atas, bila cakap redha bukan setakat cakap saja tapi kena ikhlaskan hati juga. Bukan senang nak redha & ikhlaskan hati, bertahun k.fiezz buat macam-macam cara bila sampai tahap gagal seperti sekarang k.fiezz kena belajar terima segala ketentuanNYA. Insyallah, yakin boleh. Mungkin ambil masa sikit tapi seiring dengan masa, k.fiezz boleh terima.
Cuma kesian kat mr hubby sebab k.fiezz masih tak dapat nak bagi zuriat pada dia yang boleh di bin/binti kan dengan nama mr hubby..Arhhhh touching.
K.fiezz dah bagi keizinan pada mr hubby kalau dia nak tambah 'cawangan' yang lebih muda & peluang lagi tinggi untuk bagi zuriat pada dia. Buat masa sekarang memang mr hubby reject tapi tak tahu akan datang, hati dia berubah. Mana kita tahu. Kalau benda tu terjadi, k.fiezz izinkan saja. Tak boleh lah k.fiezz nak pentingkan diri sendiri..
Okey no touching..touching..so k.fiezz tolong belajar REDHA = IKHLAS.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2023/05/Healing-Cara-Sis-Untuk-Merawat-Hati.html