Hayati Rukun Negara Kunci Perpaduan Halimah Sadique


Suatu masa dahulu, gam dan batang lidi merupakan barang yang mesti dibawa ke sekolah, setiap kali menjelang Hari Kemerdekaan.
Murid akan melukis sendiri bendera menggunakan pensil warna atau krayon sebelum dilekatkan pada batang lidi menggunakan gam, dan bukannya dibeli dengan mudah seperti sekarang, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique, ketika mengimbau saat manisnya menjadi pendidik di Sekolah Kebangsaan Assunta Convent, Kuantan, Pahang, sebelum menceburi dunia politik.
Beliau berkata, kemeriahan sambutan Hari Kemerdekaan atau kini dikenali sebagai Hari Kebangsaan, akan disambung dengan nyanyian lagu Negaraku dan melafaz ikrar Rukun Negara di dalam kelas.
Proses menghasilkan bendera itu menurut beliau adalah proses pembelajaran, yang membolehkan pelajar memahami maksud setiap jalur merah putih, warna biru serta bintang dan bulan sabit berwarna kuning, pada Jalur Gemilang.
“Walaupun pada pandangan orang lain ia hanya sekadar aktiviti melukis bendera, situasi pada waktu itu amat berbeza, kerana penghayatan murid-murid terhadap prinsip Rukun Negara amat tinggi dan keterujaan mereka amat jelas terpancar,” katanya.
Yakin bahawa kunci perpaduan adalah melalui penghayatan kepada Rukun Negara, beliau nekad untuk mengembalikan semangat dan penghayatan kepada lima prinsip yang terkandung dalam falsafah negara itu, sama seperti dahulu.
“Seperti orang lama sebut, balik kepada asal. Jadi kena lihat kembali semangat suatu masa dahulu, bagaimana untuk mengembalikannya semula.

 
“Ini supaya Rukun Negara bukan saja terletak di kulit buku, bukan hiasan tapi sepatutnya diamalkan, dan untuk mengamalkan ia perlu dihayati dulu,” katanya ketika ditemu bual dalam dokumentari khas Bernama bertajuk ‘Rukun Negara: A Nation United’ (Rukun Negara: Sebuah Negara Bersatu), di Putrajaya, baru-baru ini.
Dokumentari dua episod itu diterbitkan Bernama, bersempena dengan ulang tahun ke-50 Rukun Negara yang disiarkan antara 31 Ogos sehingga 19 Sept di BernamaTV di Saluran 502 ASTRO, Njoi 502, UnifiTV 631 dan MyFreeView 121, selain laman Facebook rasmi BernamaTV dan saluran YouTube.
Menyedari hakikat ia perlu dipupuk sejak dari usia awal kanak-kanak, usaha diambil pihak kementeriannya dengan menubuhkan jawatankuasa pendidikan Rukun Negara, yang dipengerusikan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Perpaduan Negara dengan dianggotai KSU daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pendidikan.
Peranannya antara lain meneliti cadangan bagi menerapkan pendidikan Rukun Negara dalam kurikulum sekolah dari peringkat Tabika, sekolah rendah, sehinggalah ke sekolah menengah, dalam usaha memupuk penghayatan terhadap Rukun Negara dan menguatkan perpaduan dalam negara.
“Dulu ada pendidikan Tatarakyat, kita belajar segalanya mengenai raja kita, bendera kita dan perkara yang perlu kita tahu sebagai warganegara.
“Atas dasar itu kita nak wujudkan kembali pendidikan Rukun Negara, dengan pindaan kepada sistem pendidikan negara,” katanya.
Sementara proses itu dimuktamadkan katanya, Kelab Rukun Negara yang terdapat di 6,621 sekolah rendah dan menengah selain 172 Sekretariat Rukun Negara di institut pengajian tinggi dan swasta, akan diperkukuh dengan menjalankan pelbagai program, bagi menyemarakkan kefahaman dan kepentingan tentang Rukun Negara.
Selain itu beliau berkata, kerajaan juga kini sedang menyediakan Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2025, dengan segala pandangan dan aspirasi rakyat akan dikumpul menerusi program jerayawara, dan dijangka selesai pada bulan ini.
“Kita sudah bentang kertas pelaksanaan maklum balas Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2025 kepada (mesyuarat) Kabinet (baru-baru ini), dan pelancaran kempen maklum balas itu akan dilaksanakan oleh semua negeri.
“Saya teruja kerana kempen maklum balas Pelan Tindakan Perpaduan Negara ini disambut baik semua negeri. Ini kerana apabila kita berbicara soal perpaduan, ia jadi tanggungjawab bersama tidak kira fahaman politik. Maknanya bila bicara soal perpaduan ia merentasi semua,” katanya.
Halimah berkata sebuah Majlis Penasihat Perpaduan Negara turut ditubuhkan, bagi memperkukuh perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan rakyat di negara ini.
Beliau berkata ia bertanggungjawab menasihati kerajaan melalui kementerian berkaitan hal ehwal perpaduan, serta membincangkan isu perpaduan, usaha penyatuan nasional dari pelbagai sudut dan mencadangkan kaedah penyelesaian terbaik, bagi menangani isu dan cabaran perpaduan dalam memperkukuh agenda perpaduan nasional.
“Kita harap dengan struktur yang ada ini, akan dapat membantu kementerian saya untuk menjadikan harapan rakyat dan aspirasi negara, ke arah melahirkan agenda perpaduan nasional yang mantap.
“Saya juga berharap kita dapat mewujudkan rukun perpaduan rakyat Malaysia berteraskan kepada Rukun Negara dan saya harap ia dapat diterjemahkan dalam perancangan yang sedang kita laksanakan,” katanya.
Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong keempat, Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin.
Lima prinsip terkandung dalam Rukun Negara adalah, Kepercayaan Kepada Tuhan; Kesetiaan Kepada Raja dan Negara; Keluhuran Perlembagaan; Kedaulatan Undang-Undang; Kesopanan dan Kesusilaan.
– Bernama
The post Hayati Rukun Negara kunci perpaduan – Halimah Sadique appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/09/16/hayati-rukun-negara-kunci-perpaduan-halimah-sadique/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jadikan Perpaduan Suatu Kebiasaan Hayati Amalkan Rukun Negara

Jadikan Perpaduan Suatu Kebiasaan Hayati Amalkan Rukun Negara

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 416 hits
KOTA ISKANDAR Semua lapisan masyarakat khususnya rakyat Johor diminta menjadikan semangat perpaduan sebagai suatu kebiasaan bagi memastikan negara terus berada dalam keadaan aman sentosa dan harmoni Menteri Besar Johor YAB Datuk Haji Hasni ...
Halimah Let S Revive Spirit Of Appreciation Of Rukun Negara

Halimah Let S Revive Spirit Of Appreciation Of Rukun Negara

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 198 hits
In the past as Merdeka Day approached schoolchildren were required to bring along with them to school coconut leaf sticks and glue recalled Halimah Mohamed Sadique The national unity minister said the pupils will draw the national flag colo...
Rukun Negara Diperkasa Dalam Sistem Pendidikan Halimahsadique

Rukun Negara Diperkasa Dalam Sistem Pendidikan Halimahsadique

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 277 hits
ISKANDAR PUTERI Kementerian Perpaduan bekerjasama dengan tiga kementerian menubuhkan sebuah jawatankuasa teknikal yang bertujuan meletakkan kembali penghayatan Rukun Negara dalam sistem pendidikan negara Menterinya Datuk Halimah Mohamed Sad...
Taman Rukun Negara Akan Diwujudkan Di Labuan Annuar

Taman Rukun Negara Akan Diwujudkan Di Labuan Annuar

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 258 hits
M Update 7 9 2020 Kerajaan bercadang untuk mewujudkan sebuah Taman Rukun Negara di Labuan dalam masa terdekat bersempena sambutan ulang tahun ke 50 Rukun Negara sekali gus menjadi mercu peringatan kepada generasi akan datang Menteri Wilayah...
Labuan Bakal Miliki Ikonik Baharu Iaitu Taman Rukun Negara

Labuan Bakal Miliki Ikonik Baharu Iaitu Taman Rukun Negara

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 334 hits
Bersempena dengan sambutan ulangtahun ke 50 Rukun Negara sebuah Taman Rukun Negara bakal diwujudkan di Wilayah Persekutuan Labuan dalam masa terdekat Labuan dipilih sebagai nbsp lokasi pembinaan taman awam itu kerana kedudukannya yang strat...
Yoursay When Our Leaders Ignore Rukun Negara

Yoursay When Our Leaders Ignore Rukun Negara

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 187 hits
YOURSAY Morality starts from the top not the bottom Doc Perikatan Nasional politicians are now promoting the Rukun Negara in view of Unity Month This Unity Month is the only period in the year when our politicians promote peace understandin...
Rukun Negara Karaktrerisasi Kebangsaan Pengkongsian Kemakmuran Bersama

Rukun Negara Karaktrerisasi Kebangsaan Pengkongsian Kemakmuran Bersama

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 584 hits
Generasi muda kini kurang mencerminkan identiti nationalism sebagai anak Malaysia baik didalam atau di luar Negara itulah permasalahan yang kian lama menjadi rungutan Apabila persoalan ini timbul kita seharusnya meneliti sistem pendidikan y...
Rais Yatim Dilantik Yang Dipertua Dewan Negara

Rais Yatim Dilantik Yang Dipertua Dewan Negara

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 215 hits
KUALA LUMPUR Pengerusi Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Negeri Sembilan Tan Sri Rais Yatim terpilih menjadi Yang Dipertua Dewan Negara ke 18 hari ini Rais memegang jawatan itu bagi menggantikan Tan Sri S A Vigneswaran yang tama...
Ketua Polis Negara Beri Masa Sebulan Tangkap Ikan Besar Sindiket Judi

Ketua Polis Negara Beri Masa Sebulan Tangkap Ikan Besar Sindiket Judi

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 351 hits
MalaysiaGazette Abdul Hamid Bador KUALA LUMPUR Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador memberi masa sebulan kepada kakitangannya untuk menyiasat sama ada terdapat orang penting yang mendalangi sindiket perjudian haram di negara ini Abd...
E Jamin Judiciary Bar Agree On Proposal To Reinstate Similar E Bail System

Video Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Maut Ditembak

Adakah Batuk Membatalkan Solat Ust Azhar Idrus

Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

More Than 20 Ji Members In Johor Igp

Nepal Haram Produk Rempah Dari India Selepas Hong Kong Singapura

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Gulai Udang Nenas



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


New Environment

Drama Anggun Mikayla Lakonan Alya Iman Nabil Aqil

Punca Otot Kejang

Aktiviti Majlis Forum Dan Pelancaran Buku Halatuju Nasionalis Ppim 18 05 2024

Status Hartanah Hakmilik Sementera Kekal Freehold Leasehold

Proses Pengubahsuaian Malaykord Baru