Hati Hati Ketika Mengemop Lantai Jangan Ikut Suka Buat Campuran Pelik


Banyak petua atau kaedah membersihkan rumah dikongsikan oleh para ibu di media sosial. Ada cara tradisional, berkongsi peralatan terbaik untuk membersihkan rumah atau pelbagai ‘resipi’ gabungan bahan peluntur dengan produk lain. Tanpa disedari, sebenarnya ia memberi kesan kepada kesihatan. Antaa kesan awal penggunaan bahan peluntur ini adalah sesak nafas. Bahaya tu!
Artikel Menarik: [Sakit Kontraksi Memang Tak Boleh Kongsi, Tapi Rajin-Rajinlah Manjakan Isteri. Mudahkan Dia Bersalin]
Tidak digalakkan bahan peluntur untuk dicampurkan dengan bahan lain dan digunakan secara berbahaya. Bahan peluntur mengandungi hypochlorite dan sodium hydoxide dan teksturnya pekat. Jika mahu digunakan, perlu dicairkan dengan nisbah air yang banyak. Kepekatan setiap bahan peluntur berbeza mengikut jenama, itulah sebabnya penting untuk membaca label.

Perlu juga digunakan dengan cara yang betul untuk setiap kegunaan (sama ada untuk memersihkan perkakas dapur, pakaian, tandas, lantai dan lai-lain. Menurut perkongsian pengguna akaun Facebook, Yatie Emra, dia berkongsi cara-cara yang betul untuk menggunakan bahan peluntur secara selamat.
BAHAYA BAHAN PELUNTUR JIKA TAK DIGUNAKAN DENGAN BETUL
Sebenarnya sebelum ni saya pernah share tentang bahaya & keracunan di rumah. Tapi kali ni nak share lagi sebab kebelakangan ni saya perasan ramai jugak yang suka sangat campurkan peluntur dengan bahan lain & gunakan secara berbahaya lak tu. Kesian sebab ramai antara kawan²/kenalan sendiri pun pernah buat macam tu & alami sesak nafas. Mujur gak Allah masih bagi peluang..
Artikel Menarik: [Basuh Beras Baca Doa Ni. Lembutkan Hati Anak & Pasangan. Rumah Tangga Pun Bahagia]
Clorox/bleach/bahan peluntur mengandungi sodium hypochlorite/sodium hydroxide. Peluntur ni memang pekat & perlu dicairkan dengan nisbah air yang banyak kalau nak guna. Kepekatan peluntur berbeza² ikut jenama gak, sebab tu PENTINGnya BACA LABEL & gunakan dengan cara yang betul/cara yang disyorkan bagi setiap kegunaan (samada untuk mencuci perkakas dapur, pakaian, tandas, dll).

Jangan ambil mudah tau penggunaan peluntur ni. Banyak kes surirumah yang keracunan gas klorin sebabkan campur peluntur dengan bahan pencuci lain. Nak gunakan peluntur pun, kenalah ada langkah² keselamatan..
#Jangan campurkan peluntur dengan bahan/pencuci lain kerana bahan aktifnya akan bertindakbalas.
#Peluntur mesti dicairkan/dilarutkan dalam air.
Bukan setakat ada yang gunakan bleach pekat tanpa dilarutkan, malah gunakan dalam botol spray lak tu.??‍ Kalau nak gunakan botol spray pun, pastikan cairkan dulu sebelum guna (walaupun tetap kena gunakan dengan berhati²). Peluntur ni bukan sahaja boleh rosakkan mata kalau terkena, tapi boleh rosakkan kepala spray gak. Bahan aktif dalam peluntur akan bertindak balas dengan besi pada bahagian dalam kepala spray tu menyebabkan karat & rosak. Kalau besi pun boleh rosak, apatah lagi sel² & saraf dalam badan kita.


#Buat larutan sekadar perlu sahaja untuk elak guna dengan lebih banyak.
Peluntur yang dah dicampur air ni, makin lama akan teroksida & kesannya dalam menanggalkan kekotoran pun makin berkurangan. Bila dah makin kurang efektif, lagi banyak pulak yang korang spray/curah kang. Walaupun dah kurang efektif, tapi tetap berbahaya kalau terkena mata & kulit yang sensitif.
#Pastikan ada pengudaraan yang baik
Bukak tingkap luas² supaya udara tak kedap. Jika cuci toilet dalam bilik, bukak juga tingkap & kipas diluar bilik jika perlu. Ada jugak kes anak kecik terbatuk² & sesak nafas akibat main dalam bilik masa maknya tengah basuh toilet (dalam bilik). Anak² kecik ni bukannya paham, bahaya ke ape
#Sebaik²nya guna mask & pastikan guna sarung tangan getah jika tak nak kulit jadi kering.
Bila guna peluntur atau apa² jenis pencuci yang kuat sekalipun, kena pakai glove untuk elak terkena kulit secara langsung. Bahan kimia ni meresap dalam kulit & boleh sebabkan toksid terkumpul dalam badan & juga penyebab penyakit kulit.

#Lepas spray, keluar & tutupkan pintu supaya bau tak sampai keluar dengan banyaknya.
#Biarkan sekurang²nya 20 min–30 min sebelum cuci.
Bahan Yang Bahaya Dicampur Dengan Peluntur
=================================== Bahan peluntur ni tak boleh suka² hati jer main campur dengan bahan/sabun pencuci lain sebab akan hasilkan gas beracun.
Antara BAHAN yang BAHAYA jika DICAMPUR dengan BLEACH
BLEACH + CUKA/JUS BERASID (contohnya lemon etc. Akan hasilkan gas klorin)
BLEACH + bahan pencuci yang mengandungi ASID HIDROKLORIK (hasilkan gas klorin).
?2 bulan lepas baru jer ada kes surirumah dimasukkan ke icu akibat keracunan gas klorin sebab campurkan peluntur dengan pembersih lantai.. ?
Artikel Menarik: [Anak Tak Cukup Sebab Susu Puting Ibu Tenggelam, Urut Cara Atasinya]
BLEACH + bahan pencuci yang mengandungi AMMONIA (hasilkan gas kloramin, sama jer bahaya macam gas klorin)
BLEACH + RUBBING ALCOHOL (hasilkan kloroform yang bahaya & cepat meruap)
Peringatan!! Bagi yang suka campur peluntur untuk cuci tandas tu, pastikan CHECK dulu kandungan bahan dalam bahan pencuci tu.. Pada label sabun pencuci tandas/pembersih lantai ni biasanya ada dinyatakan tak boleh dicampur dengan bahan peluntur, etc. Sesetengah bahan ni bila dicampur bukannya jadik berasap berkepul² bagai (bergantung pada kepekatan larutan peluntur yang digunakan) sebab ada yang hasilkan gas yang tak berwarna. Tau² rasa sakit/perit tekak, sesak nafas & rasa nak pitam.
Kalau korang gunakan spray untuk kulat pada jubin & dinding toilet serta pencuci dari kedai barangan RM2 (stain remover, dll) tu pun sama.. Jangan sesekali campurkan peluntur ye. Pencuci yang kuat macam ni biasanya ada kandungan bahan aktif yang tinggi.. Kawan saya pun pernah sesak nafas & hampir pitam dalam toilet sebabkan campur pencuci toilet bowl dengan peluntur?

Ni sekadar pesanan.. Yang suka sangat campurkan CUKA + PEWANGI/PELEMBUT KAIN + AIR untuk mop lantai tu… Tak kisahlah brand downy ke softlan bagai.. Ramai tul orang duk buat benda ni sekarang.. Sebenarnya bahaya tau kalau ada anak² kecik nak² yang masih belajar merangkak.. Walaupun efek dia tak bahaya la macam gas klorin tu, tapi kandungan pewangi dalam pelembut kain tu boleh sebabkan masalah pernafasan & sesak nafas bagi yang ada masalah asthma, etc. Reason yang sama gak tak boleh jemur kain yang dicampurkan pewangi/pelembut kain dalam rumah tu..

Kalau campurkan pewangi/pelembut kain ni dalam air, bila dah kering nanti akan ada 1 lapisan yang terhasil pada permukaan lantai/objek yang dilap (sebab tu la ada jugak yang guna untuk lap kipas bagai dengan tujuan taknak habuk melekat)??‍. Bila anak² kecik lak merangkak atas lantai tu, lapisan tu akan melekat lak kat tangan anak² ni, kang ada yang masuk mulut bagai.. Mak² rasa hebat sebab cuci & mop lantai dengan bersih & wangi..tapi sebenarnya risikokan kesihatan anak sendiri lak.. ?
Mak² sentiasalah beringat.. Bahan² pencuci yang mengandungi bahan kimia ni bukan boleh digunakan sembarangan.. Jangan suka² campurkan bahan yang kita sendiri pun tak pasti. Kononnya nak mudahkan kerja² mencuci, tapi akhirnya bahayakan diri sendiri. Jangan sampai dah berlaku kemalangan jiwa baru nak menyesal..
#infodanmaklumat
#donesismembebel
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu para ibu yang mahu menggunakan bahan peluntur. Berpada-pada dan utamakan kesihatan ya!
Sumber: Yatie Emra
The post Hati-Hati Ketika Mengemop Lantai, Jangan Ikut Suka Buat ‘Campuran’ Pelik appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/hati-hati-ketika-mengemop-lantai-jangan-ikut-suka-buat-campuran-pelik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Confirm Hamil Elak Kopi 12 Minggu Pertama Jangan Ikut Sangat Rasa Tekak Tu

Confirm Hamil Elak Kopi 12 Minggu Pertama Jangan Ikut Sangat Rasa Tekak Tu

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 385 hits
Tabiat minum kopi memang sesuatu yang sukar dielakkan terutamanya jika seseorang itu hantu kopi Rasa seperti tidak lengkap jika tidak menikmati minuman beraroma itu dalam sehari Apabila seseorang wanita hamil dan kebetulan pula dia penggema...
Hati Mesti Kuat Dengar Anak Menangis Minta Dukung Jangan Cepat Kesian Nanti Oklah

Hati Mesti Kuat Dengar Anak Menangis Minta Dukung Jangan Cepat Kesian Nanti Oklah

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 333 hits
Adakah anda mempunyai anak suka berdukung Adakah anak anda sering kali menangis andai diletakkan di bawah Kadang kadang ibu bapa bertanyakan samada adakah anak suka berdukung ini perkara yang normal Malah jika berterusan masalah anak suka b...
Jangan Mudah Terasa Hati

Jangan Mudah Terasa Hati

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 561 hits
Nizam Aka Kenapa Azmin tiba2 mudah terasa hati dgn kenyataan sejarah Si Kitul dan Raja Mendaliar Sdangkan sejarah itu dah berkali2 dia dgr malah beliau sendiri selalu membawa crita itu dlm ucapannya Apakah Azmin skrg ini merasakan watak Si ...
Amat Menyeramkan Baby Pelik Yang Memakan Usus Ibunya Ketika Dalam Kandungan

Amat Menyeramkan Baby Pelik Yang Memakan Usus Ibunya Ketika Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 667 hits
Allahu Amat Menyeramkan Baby Pelik Yang Memakan Usus Ibunya Ketika Dalam Kandungan Sejauh mana kesahihannya wallahualam Mesej yang diterima berbunyi begini Baby ni 11bln dlm perut mak dia Abis mak dia punya usus dia makan doc operate kuarka...
Hati Hati Buat Peace Sign Ketika Bergambar Cap Jari Tangan Boleh Diklon Pdrm

Hati Hati Buat Peace Sign Ketika Bergambar Cap Jari Tangan Boleh Diklon Pdrm

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 508 hits
Orang sekarang ramai yang suka memuat naik foto foto menarik di dalam media sosial hanya untuk berkongsi dengan ramai Tapi ramai di antara kita masih belum tahu kesan Peace Sign sebenarnya dalam keadaan bahaya Kenapa bahaya Simbol saja buka...
Kedai Makan Pork Free Muslim Jangan Makan Sesuka Hati Pula

Kedai Makan Pork Free Muslim Jangan Makan Sesuka Hati Pula

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 500 hits
Kedai Makan Pork Free Bukan Bermaksud HalalMalaysia terkenal dengan syurga makanan Mana tidaknya terdapat pelbagai jenis makanan daripada kaum yang berlainan di negara ini Jika dihimpunkan memang banyak Tapi ini bukan bermaksud semua orang ...
Luka Czer Ni Sensitif Mudah Jangkit Kuman Jangan Pandai Pandai Sapu Benda Pelik Di Situ

Luka Czer Ni Sensitif Mudah Jangkit Kuman Jangan Pandai Pandai Sapu Benda Pelik Di Situ

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 580 hits
Jangan main ikut suka kalau bersalin melalui pembedahan nak cepat sembuhkan luka diletakkan macam macam Ikut petua itu ini dengan harapan luka cepat kering padahal membahayakan Luka dari pembedahan ketika bersalin sangat fragile mudah sanga...
Nak Anak Jadi Hebat Jangan Pernah Putus Doa Agar Allah Pegang Hati Anak Doa Ibu Kan Hebat Ajaib

Nak Anak Jadi Hebat Jangan Pernah Putus Doa Agar Allah Pegang Hati Anak Doa Ibu Kan Hebat Ajaib

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 466 hits
Dalam mendidik anak anak setiap orang ada pelbagai cara yang tersendiri Tapi sesekali kalau nak cedok kaedah yang terbukti Berjaya dilakukan oleh orang yang hebat rasanya tak salah Sedikit sebanyak kita dapat memperbaiki apa yang kurang dal...
Jawapan Video Buruh Binaan Riang Ketika Pulang Bekerja Menyentuh Hati Netizen

Jawapan Video Buruh Binaan Riang Ketika Pulang Bekerja Menyentuh Hati Netizen

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 366 hits
CHINA Aksi seorang buruh binaan warga China yang berlari lari melompat ketika pulang bekerja menarik perhatian serta pelbagai reaksi daripada warga maya Facebook SCMP yang memaparkan video seorang lelaki yang berusia 56 tahun yang pulang de...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023