Hati Hati Kalau Pakai Kasut Jangan Main Sarung Je Sekarang Kes Ular Tidur Dalam Kasut
Malaysia kini dilaporkan berada pada fasa kedua Monsun Timur Laut dengan kurang taburan hujan yang akan menyebabkan cuaca kering dan panas sehingga hujung bulan Mac.
Disebabkan itu, haiwan berbisa seperti ular akan keluar daripada tempat persembunyiannya dan akan mencari kawasan yang lembap, gelap dan sejuk untuk berlindung.
Antara lokasi 'favourite' ular adalah seperti stor, rak dan almari serta kasut.
Sebagai langkah berjaga-jaga, sila tutup lubang rumah yang boleh dimasuki haiwan ini dan periksa rak serta kasut terlebih dahulu sebelum anda menyarungnya.
Namun, seandainya anda dipatuk ular, sila dapatkan rawatan dengan segera dimana-mana klinik atau hospital dan laporkan kehadiran haiwan berbisa ini kepada Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia.
Apa yang anda harus buat jika terserempak dengan ular?
- Beredar dari tempat itu dengan perlahan-lahan dan dalam diam.
- Jangan kacau atau cuba mencabar ular itu – mereka akan menyerang apabila dicabar.
- Berhati-hati ketika berjalan di kawasan semak pada waktu malam.
- Jangan hampiri ular yang diam atau kelihatan seperti ia sudah mati. Ia mungkin masih hidup.
- Hubungi pihak bomba jika terjumpa ular di kawasan perumahan.
Cara rawatan dari Kementerian Kesihatan
Rawatan awal boleh dilakukan oleh mangsa sendiri atau dengan bantuan orang di sekeliling. Risiko kematian dapat dielak sekiranya langkah-langkah berikut diambil dengan segera, seperti:
Bawa bertenang dan tenangkan mangsa
Hadkan pergerakan bahagian atau anggota yang dipatuk bagi mencegah bisa merebak ke dalam tisu dan ke seluruh badan. Sekiranya dipatuk pada bahagian tangan atau kaki maka penggunaan splint pada anggota berkenaan adalah disyorkan
Minta bantuan (jika berseorangan) atau hubungi talian 999
Jika berlaku perdarahan, berikan tekanan ke atas luka menggunakan kain bersih
Gunakan papan atau papah mangsa sekiranya mangsa perlu dipindahkan
Sekiranya bantuan lambat tiba, bawa mangsa ke pusat rawatan berdekatan
Cuba sebaik mungkin untuk mengenal pasti jenis ular yang mematuk atau menggunakan kamera/telefon bimbit untuk ambil gambar ular
Bawa ular yang telah mati ke pusat rawatan bagi membantu mengenal pasti jenis ular (pastikan keselamatan sentiasa diutamakan)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sehinggit.blogspot.com/2020/01/hati-hati-kalau-pakai-kasut-jangan-main.html