Jangan Susah Hati Kalau Kecil Bekalan Susu Badan Tak Ada Kaitan Dengan Saiz


Pernahkah Mama berasa pelik apabila melihat saiz payudara yang tidak sama antara kedua-duanya? Sebelah besar, sebelah kecil. Itu perkara normal jika anda menyusukan bayi. Perbezaan saiz payudara biasanya berlaku jika ibu kerap menyusukan bayi pada sebelah payudara sahaja. Pada asasnya saiz payudara wanita memang berbeza antara kedua-duanya.
Tetapi perubahan saiz semakin ketara apabila si ibu membuat kaedah penyusuan yang tidak seimbang. Perbezaan ini dapat dilihat sekiranya ibu tidak menyusukan anak secara seimbang pada kedua-dua belah payudara tersebut.
Menyusu Sebelah Payudara, Susu Ibu Akan Kering
Pada kebiasaannya payudara ibu akan kelihatan lebih besar atau tidak seimbang saiznya semasa beberapa minggu pertama penyusuan susu ibu berlangsung kerana ia sedang menyesuaikan diri dengan fasa penghasilan dan pengeluaran susu ibu. Penyusuan susu ibu sepatutnya diberikan secara seimbang pada kedua-dua belah payudara ibu agar penghasilan susu ibu menjadi sama rata.
Jika ibu hanya memberi bayi menyusu sebelah sahaja, ini boleh mengundang risiko payudara menjadi bengkak akibat saluran susu yang tersumbat dan boleh membawa mudarat kepada mastitis disebabkan susu tidak dikeluarkan dengan baik.
Lama-kelamaan jika bayi tidak menyusu di payudara sebelah itu bakal membuatkan susu di payudara tersebut kering dan menjadikan payudara kekal berbeza saiznya! Dan ia bakal mempengaruhi penampilan serta keyakinan seseorang wanita tersebut.
Saiz Berbeza Itu Normal
Saiz payudara yang berbeza bagi ibu menyusu adalah sesuatu yang tidak perlu dirunsingkan sekiranya bayi menyusu di kedua-dua belah payudara. Payudara yang kecil sebelah kerana bayi menyusu itu normal kerana lekapan bayi dan penyusuan adalah efektif. Namun jika payudara bengkak dan besar serta terdapat kemerah-merahan maka haruslah mendapatkan khidmat bantuan kaunselor laktasi atau rujuk pada doktor.
Susukan Selalu Elak Block Duct
Pada asasnya bentuk atau saiz tidak mempengaruhi aliran kelancaran susu. Bentuk dan saiz hanyalah berbeza mengikut kepadatan atau ketebalan lemak pada payudara tersebut. Bagi memastikan kelancaran susu adalah melalui lekapan bayi. Lekapan dan penyusuan secara efektif akan membantu melancarkan penyusuan susu ibu. Ibu harus kerap mengosongkan payudara agar tiada susu yang terkumpul sehingga boleh menyebabkan block duct.
Besar Tidak Semestinya ‘Kilang Susu’ Terbaik
Ukuran saiz payudara tidak mempengaruhi kuantiti susu ibu. Saiz payudara yang berbeza adalah disebabkan oleh kadar lapisan lemak yang ada padanya. Tidak semestinya payudara dengan lemak yang lebih boleh menghasilkan susu lebih banyak berbanding payudara yang kecil. Penghasilan susu ibu adalah bergantung pada jaringan kelenjar susu ibu, dimana kelenjar susu merupakan tempat untuk menghasilkan serta menyimpan susu ibu.
Kelenjar susu sudah menghasilkan susu sejak dari kehamilan sebagai persiapan kelahiran bayi. Ketika saat ibu hampir melahirkan, kelenjar susu akan mula membengkak kerana susu sudah terbentuk dan matang untuk diberikan pada bayi bila-bila masa. Setiap payudara, biar besar atau kecil mana pun saiznya pasti cukup untuk menghasilan susu.
Kapasiti payudara yang kecil akan membuatkan bayi kerap menyusu dan sekaligus susu akan kembali terhasil untuk penyusuan seterusnya. Bekalan susu tetap cukup untuk bayi cuma jarak penyusuan adalah lebih kerap berbanding ibu yang mempunyai payudara berkapasiti besar.
Secara kesimpulannya, saiz payudara tidak mempengaruhi kuantiti atau kualiti susu. Jika ibu mahukan kuantiti susu yang lebih banyak dan tidak terputus bekalannya sehingga dua tahun, fahami konsep demand vs supply. Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu yang akan terhasil tidak kira apa sekalipun saiz payudara ibu.
The post Jangan Susah Hati Kalau ‘Kecil’, Bekalan Susu Badan Tak Ada Kaitan Dengan Saiz appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jangan-susah-hati-kalau-kecil-bekalan-susu-badan-tak-ada-kaitan-dengan-saiz/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Cepat Jatuh Hati Dengan Lelaki Pesan Isteri Adam Corrie Khas Buat Wanita

Jangan Cepat Jatuh Hati Dengan Lelaki Pesan Isteri Adam Corrie Khas Buat Wanita

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 803 hits
Jangan Cepat Jatuh Hati Dengan Lelaki Pesan Isteri Adam Corrie Khas Buat Wanita Ramai wanita zaman sekarang lebih lihat kepada harta dan kematangan seorang lelaki terutama lelaki sudah berumur dan suami orang Sudah jadi fenomena di Malaysia...
Resepi Lactation Cookies Untuk Ibu Ibu Yang Nak Tambah Susu Badan

Resepi Lactation Cookies Untuk Ibu Ibu Yang Nak Tambah Susu Badan

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 402 hits
Dah start dah cerita mak mak dia pSemalam terajin buat cookies ni Irfan tidur dua jam dari pagi sampai tengah hari so ngam ngam masa tu dari start prepare barang buat adunan sampai siap bakar semua Tapi kalau korang ada oven yang besar atau...
Susah Hati Anak Ada Ekzema Ini Penyelesaian Yang Boleh Legakan Papa Mama

Susah Hati Anak Ada Ekzema Ini Penyelesaian Yang Boleh Legakan Papa Mama

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 408 hits
Memang risau papa mama kalau anak anak terutamanya bayi ada masalah ekzema yang teruk Kesian melihat bayi yang masih kecil menderita dengan keradangan dan kemerahan pada kulit Kadang buntu tak tahu apa yang perlu di buat nak diberikan presk...
Fitrah Anak Kecil Bermain Jangan Terlalu Paksa Membaca Belajar Biar Ikut Flow

Fitrah Anak Kecil Bermain Jangan Terlalu Paksa Membaca Belajar Biar Ikut Flow

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 433 hits
Pergi mana mana pun pasti orang akan sibuk dengan soalan macam mana nak jadikan anak pandai Semua sibuk membaca membaca membaca Dah tu bila sebut kena main alih alih risau akademik itu ini Sedangkan fitrah anak anak itu bermain dipandang en...
Tak Perlu Persoal Pun Berat Badan Anak Orang Kecil Tak Semestinya Tak Sihat

Tak Perlu Persoal Pun Berat Badan Anak Orang Kecil Tak Semestinya Tak Sihat

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 443 hits
Berat badan bayi bukan untuk melihat sama ada bayi kurus atau gemuk ia merujuk ia adalah penanda aras perkembangan dan tumbesaran bayi Tumbesaran bayi mesti mengikut aliran carta kesihatan yang betul Berapa berat baby ni Itulah antara soala...
Rutin Penyusuan Tak Betul Sebab Tu Anak Susah Nak Naik Berat Badan

Rutin Penyusuan Tak Betul Sebab Tu Anak Susah Nak Naik Berat Badan

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 277 hits
Doktor boleh melakukan beberapa ujian berkenaan diet bayi anda sejarah kesihatan tahap aktiviti dan kemungkinan penyebab tekanan sebelum dapat mengetahui punca kegagalan kenaikan berat badan bayi anda Secara umumnya jika bayi tidak membesar...
Belum Rezeki Dapat Anak Tapi Susu Badan Meriah Dah 4 Anak Susuan Rasa Nikmat Ini

Belum Rezeki Dapat Anak Tapi Susu Badan Meriah Dah 4 Anak Susuan Rasa Nikmat Ini

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 446 hits
Rasanya ramai yang tak percaya bagaimana seorang wanita yang tak mengandung tetapi boleh mempunyai susu badan yang banyak sehingga boleh dibuat stok Bukan itu saja mampu lagi menyusukan beberapa orang anak susuan tanpa masalah Inilah yang d...
Lelaki Jangan Cuba Suka Suka Test Market Wanita Mudah Jatuh Hati Apabila Ada Lelaki Suka Mengusiknya

Lelaki Jangan Cuba Suka Suka Test Market Wanita Mudah Jatuh Hati Apabila Ada Lelaki Suka Mengusiknya

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 597 hits
Isteri kepada pelakon Adam Corrie Fazima Fuad memberikan peringatan kepada golongan wanita agar tidak mudah jatuh hati kepada lelaki Tambah pula sekiranya seseorang lelaki itu berstatus suami orang Wanita akan cepat perasan apabila ada seor...
Derita Usus Ginjal Diluar Badan Bayi Pramatang Mohon Bantuan Hanya Boleh Minum Susu Khas

Derita Usus Ginjal Diluar Badan Bayi Pramatang Mohon Bantuan Hanya Boleh Minum Susu Khas

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 269 hits
Seorang bayi pramatang berusia 36 hari menderita pelbagai komplikasi penyakit termasuk usus dan ginjal berada di luar badan yang dikanali sebagai cloacal exstrophy Abdul Raihan mula dikesan mengalami komlikasi penyakit itu sewaktu masih ber...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner