Bila Tua Nanti Ada Menantu Jangan Buat Menantu Terasa Hati


Gambar Hiasan
“Bila tua nanti dan ada menantu, jangan buat menantu terasa hati” – Nasihat mak mentua pada aku yang buat aku terharu
Saya saja mahu berkongsi cerita ini . Sebelum ini saya berstatus janda anak dua. Dulu, saya pernah berkahwin dan bercerai kerana berpunca daripada mentua. Bekas suami saya bongsu. Dari cerita zaman dia bujang, memang cukup perhatian dari mak dia. Apa yang dia mahukan, kalau bapa dia tidak berikan, mak dia yang akan usahakan kemahuan dia

Bermulalah cerita kami baru berkahwin. Mak dia jatuh sakit yang tidak boleh mahu buat apa-apa. Suami saya minta saya berhenti bekerja dan jaga mak dia. Pada mulanya, saya tidak mahu disebabkan saya ada komitmen dan hutang bank

Disebabkan menantu lain tidak mahu mengalah, saya beralah juga sebab menantu baru kan? Saya jaga sampailah mak mentua saya dapat bangun macam sebelum ini

Dipendekkan cerita, bila dia sudah sihat, dia seolah-olah lupa jasa saya. Dia banyak melebihkan menantu yang sorang lagi sebab menantu itu selalu belikan dia beg tangan, ajak berjalan, pergi karaoke

Saya ini pula, memang tidak pernah belikan apa-apa sebab saya tidak bekerja dan suami yang menanggung segala komitmen saya. Banyak benda lagilah yang mak mentah buat kepada saya

Tetapi saya tidak pernah bermasam muka dan luahkan pada siapa-siapa pun sebab saya tiada kawan yang terdekat. Zaman itu belum wujud lagi Whatsapp. Jadi kredit telefon agak terhad untuk hubungi kawan-kawan


Satu hari itu, saya ke kampung mentha saya. Masa saya lalu depan bilik dia, saya terdengar perbualan dalam telefon antara dia dengan anak dia yang mana ntah. Ayat yang dapat dengar jelas adalah,
“Ada tu, haa tengah tengok TV. Dah tahu hutang banyak, Tidak mahu bekerja. Malas nak belikan mak apa-apa. Nanti makin minta-minta pula;”
Dari situlah, bermulanya dendam saya membuak-buak pada mentua. Daripada saya tidak terfikir apa-apa pasal mak mentua saya selama ini, walaupun saya ada terasa, sejak terdengar macam itu, saya terus terasa benci sangat-sangat

Saya mahu sambung kerja lepas mak mentua sihat, tetapi suami tidak izinkan dan suruh saya jaga anak saja. Sejak kejadian itulah, saya dan suami kerap bergaduh walaupun benda itu kecil saja. Makin lama, suami pun tidak tahan dengan sikap saya, dia terlepas cakap yang macam-macam

Yang dia terlepas cakap itu semua hasutan daripada mak dia degan rasa terlalu marah macam kena rasuk syaitan, saya bertekak sehabisnya dengan suami sampailah dia tumbuk muka saya dan lafazkan talak ketika saya mengandung anak kedua pada usia 3 bulan

Selama tiga tahun hidup menjanda, keinginan mahu bersuami itu ada, tetapi saya tidak mahu yang ada mak. Rata-rata lelaki yang saya kenal semuanya masih mempunyai emak lagi. Rasa fobia punya pasal, saya sanggup putuskan perkenalan walaupun saya sudah suka sangat dengan lelaki itu. Tidak putus-putus saya berdoa aga dapat jodoh yang saya mahukan

Jarak Menantu dan Mak Mertua
Maka saya kenal dengan suami baru saya ini dan tahu dia masih ada mak lagi. Tetapi tidak tahulah kenapa perasaan saya kuat mahu kenal dengan suami sekarang. Dipendekkan cerita, kami berkahwin dan suami jarakkan saya dengan mak dia sebab tidak mahu beri rasa fobia saya itu muncul kembali

Hampi setahun suami tidak bawa balik ke rumah menta dan mentua pun tidak pernah datang ke rumah kami.  Kami hanya berhubung menerusi telefon saja. Akhirnya, saya sendiri yang ajak mentua datang ke rumah kami yang kebetulan dia ada di rumah anak dia yang lain yang terletak berdekatan dengan rumah kami

Seminggu saja mentua saya ada di rumah kami. Mungkin tidak berasa selesa dengan saya kot. Ye lah, saya layan pun ala kadar sebab saya takut mahu berbaik-baik dengan mak mentua ini. Malam terakhir dia tinggal di rumah kami, suami tiada di rumah. Jadi tinggal kami berdua

Mak mentua mulakanlah cerita kisah-kisah lama dia sampailah kisah dia dibenci dengan mak mentua. Cerita dia lebih kurang sama dengan saya, cuma bezanya dia tidak bercerai. Jadi dari situ saya mula selesa dengan dia dan saya bercerita dengan dia kisah silam saya. Rupanya, mak mentua saya sudah tahu sikit-sikit cerita saya, sebab itu dia tidak terasa apa yang saya buat pada dia. Dia bagi saya ruang untuk hilangkan rasa fobia dia

Allah, malam itu, kami sama-sama berlinangan air mata dan kenangkan kisah lama dan dosa saya pada dia. Dia cuma berpesan pada saya;
Bila tua nanti dan ada menantu, jangan buat menantu terasa hati.. Sebab nanti kita pon akan terasa hati ngan sikap menantu.. Jangankan kata menantu, anak kita sendiri pun ada buat kita terasa kan

Lagi pulak anak sendiri ada tinggi suara dengan kita kadang-kadang sebab memberontak.. Kalau sudah mula rasa terasa hati dengan menantu, cepat-cepat jauhkan jarak supaya yang busuk itu tidak jadi lebih busuk. Mak cukup takut nak buat menantu terasa sebab mak sudah lalui

Sejak dari hari itulah, saya dengan mak mertua saya jadi cukup rapat. Alhamdulillah atas ujian yg Allah bagi pada saya

Sumber: https://kataustaz.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sehinggit.blogspot.com/2020/01/bila-tua-nanti-ada-menantu-jangan-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Menangis Malulah Elak Cakap Macam Ni Nanti Anak Lagi Rasa Takut

Jangan Menangis Malulah Elak Cakap Macam Ni Nanti Anak Lagi Rasa Takut

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 427 hits
JANGAN MENANGIS Malulah Kanak kanak menangis pada hari pertama persekolahan disebabkan oleh SEPARATION ANXIETY Ini berlaku apabila anak resah kerana perlu berpisah dengan individu yang paling dia percayai untuk berada dalam persekitaran yan...
Hati Hati Terima Video Call Nanti Bisa Viral Di Twitter

Hati Hati Terima Video Call Nanti Bisa Viral Di Twitter

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 3734 hits
Bila di facebook konten vulgar atau yang melanggar aturan langsung kena hapus ataupun akun terkadang bisa terkunci Bahkan tidak bisa upload gambar dewasa berbeda dengan di twitter Walaupun ada pembatasannya tetapi di twitter lebih bebas Bah...
Jangan Bye Intai Dari Tingkap Dengar Tangisan Usah Risau Nanti Anak Ok Sendiri

Jangan Bye Intai Dari Tingkap Dengar Tangisan Usah Risau Nanti Anak Ok Sendiri

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 328 hits
Perasaan berdebar risau pasti ada dalam diri setiap ibu bapa yang pertama kali nak hantar anak ke sekolah Tak kisahlah nak masuk tadika atau tahun satu pelbagai perkara difikirkan Bimbang anak ditinggalkan bersama rakan rakan yang tak diken...
Nak Hidup Jadi Berkat Dan Rezeki Sentiasa Mencurah Curah Jangan Suka Suka Sakitkan Hati Isteri

Nak Hidup Jadi Berkat Dan Rezeki Sentiasa Mencurah Curah Jangan Suka Suka Sakitkan Hati Isteri

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 392 hits
Gambar HiasanInsan bernama isteri ini adalah makhluk yang perlu dimuliakan Bukan dengan sengaja untuk menyakitkan hatinya Hidup boleh jadi tak berkat dan tidak dimurahkan rezekinya jika ada niat begitu Ini dikongsi oleh Ustaz Ebit Lew yang ...
Jangan Ucapkan 10 Kalimat Ini Pada Orang Yang Sedang Mengalami Depresi Yuk Lebih Baik Hati

Jangan Ucapkan 10 Kalimat Ini Pada Orang Yang Sedang Mengalami Depresi Yuk Lebih Baik Hati

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 338 hits
Jangan sampai kata kata yang kita ungkapkan malah menjadi efek buruk bagi mereka yang sedang depresi ya
Hati Hati Kalau Pakai Kasut Jangan Main Sarung Je Sekarang Kes Ular Tidur Dalam Kasut

Hati Hati Kalau Pakai Kasut Jangan Main Sarung Je Sekarang Kes Ular Tidur Dalam Kasut

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 1117 hits
Malaysia kini dilaporkan berada pada fasa kedua Monsun Timur Laut dengan kurang taburan hujan yang akan menyebabkan cuaca kering dan panas sehingga hujung bulan Mac Disebabkan itu haiwan berbisa seperti ular akan keluar daripada tempat pers...
Jangan Lebai Nanti Kena Saman Tak Da Duit Nak Bayar

Jangan Lebai Nanti Kena Saman Tak Da Duit Nak Bayar

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 371 hits
Oleh SUARA RAKYAT Malaysia negara komunis hang kata ada bukti Jangan nanti bila hang kena tahan dibawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah dan Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 utk siasatan jangan pula buat U turn Kalau kerajaan PH ni kerajaan komun...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba