Hati Hati Jangan Leka Sempat Tinggal Pesanan Sebelum Terkorban Dalam Kebakaran Di Pengerang


KOTA TINGGI, 16 Mac – “Hati-hati dan jangan leka.” Itulah pesanan seorang daripada  mangsa yang terkorban dalam tragedi kebakaran Diesel Hydro Treater unit di Kompleks Bersepadu Pengerang, dekat sini, malam tadi.
Fadhi Akmal Fadzil, 28, disenaraikan antara lima mangsa terkorban akibat kejadian itu yang berlaku kira-kira 10.50 malam tadi.
Adik mangsa, Faizul Ikhwan Fazil, 26, yang turut bekerja di Pengerang, masih tidak percaya sehingga kini dengan berita kehilangan abangnya.
“Abang sebelum ini selalu pesan hati-hati kerja di kawasan macam ini sebab kerja ini berisiko dan bahaya. Bila-bila boleh meletup, jangan leka,” katanya yang menjelaskan selama abangnya bekerja di Pengerang selama tiga tahun itu, telah banyak membantu keluarga selama ini.
“Saya dapat tahu pagi ini dalam pukul 9.00 pagi melalui whatsapp dari kawan abang yang beritahu abang saya sudah tiada dan minta saya pergi ke hospital. Keluarga saya juga dalam perjalanan dari Kedah (Sungai Petani) termasuk abang dari Sarawak juga akan datang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di perkarangan Unit Perubatan Forensik, Hospital Kota Tinggi di sini, hari ini.
Faizul Ikhwan, yang sudah lama tidak bertemu abangnya, berkata abangnya baru sahaja pulang dari kampung selepas dua minggu bercuti di Kedah.
“Dia baru mula kerja balik semalam dan dia kirim gulai dan mee sanggul mak saya yang saya pesan untuk isteri saya yang sedang mengandung kepada adik saya, yang juga bekerja di sini.
“Sebelum ini, dia banyak tolong adik-adik, saya hendak berkahwin, semua dia tolong saya juga. Dia ada beli rumah di Bayu Damai, dekat sini dan bila rumah sudah siap, dia ada bagi tau hasrat hendak berkahwin,” katanya sambil menambah, dari lapan beradik, tiga adik-beradiknya termasuk arwah bekerja di Pengerang.
Sementara itu,  Nor Efendi  Ismail, 39, menyifatkan kejadian yang menimpa adik iparnya, Norfazly Md Nor, 31, sebagai satu kehilangan besar bagi kedua-dua belah keluarga.
Katanya, semua ahli keluarga terkejut kerana arwah baru sahaja menyambut ulangtahun perkahwinan yang ketiga dan tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kejadian.
“Saya dapat berita ini dari ibu saya pada pukul 7.15 pagi dan mengajak ibu saya ke Johor. Kami rapat, dia memang penyayang, lembut, suka membantu adik-beradik dan kalau kita bagi nasihat dia, memang terima.
“Arwah hormat orang. Saya sedih dengan kejadian ini memikirkan anak buah saya yang berusia dua tahun lebih sudah jadi anak yatim, jadi saya akan bertanggungjawab bantu adik saya (isteri arwah),” katanya.
Beliau berkata, keadaan adiknya kini masih dalam keadaan sedih dan tidak stabil berikutan kehilangan suami dan beliau akan memikul tanggungjawab untuk menguruskan jenazah untuk dibawa pulang ke Melaka.
“Arwah memang pernah kata kerja ini memang ada risiko, bahaya dan saya pun tahu kerja bidang ini berbahaya jadi kita sedia maklum.
“Saya redha dengan pemergiannya. Ini ujian untuk kedua-dua belah keluarga dan terima kasih kepada Petronas kerana menjaga kebajikan adik ipar. Saya dimaklumkan Petronas akan uruskan segalanya,” katanya lagi.
Sementara itu, situasi di perkarangan Unit Perubatan Forensik itu sayu apabila waris dan ahli keluarga mangsa dilihat menangis berpelukan sesama ahli keluarga apabila tiba di perkarangan bagi proses pengecaman mayat mangsa kebakaran.
Dalam kejadian kebakaran itu, lima ditemui rentung, manakala seorang lagi selamat dan seorang lagi melecur 40 peratus.
 
Sumber: Bernama
The post “Hati-Hati Jangan Leka”, Sempat Tinggal Pesanan Sebelum Terkorban Dalam Kebakaran Di Pengerang appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/03/16/hati-hati-jangan-leka-sempat-tinggal-pesanan-sebelum-terkorban-dalam-kebakaran-di-pengerang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasien Terinfeksi Corona Di Korsel Sempat Donor Darah Sebelum Dinyatakan Positif

Pasien Terinfeksi Corona Di Korsel Sempat Donor Darah Sebelum Dinyatakan Positif

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 205 hits
Seorang pegawai negeri Korea Selatan yang terinfeksi corona dilaporkan sempat mendonorkan darah sepekan sebelum dia kemudian dinyatakan positif
Jangan Ketepikan Ibu Bapa Atas Alasan Taat Suami Pesanan Buat Para Isteri Di Luar Sana

Jangan Ketepikan Ibu Bapa Atas Alasan Taat Suami Pesanan Buat Para Isteri Di Luar Sana

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 363 hits
Jangan Ketepikan Ibu Bapa Atas Alasan Taat Suami Pesanan Buat Para Isteri Di Luar Sana Seperti yang semua sudah sedia maklum syurga seorang perempuan yang belum berkahwin terletak di bawah tapak kaki ibunya tetapi bagi seorang wanita yang s...
Bila Tua Nanti Ada Menantu Jangan Buat Mereka Terasa Hati Layan Adil Dan Jangan Beza Bezakan

Bila Tua Nanti Ada Menantu Jangan Buat Mereka Terasa Hati Layan Adil Dan Jangan Beza Bezakan

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 312 hits
Kisah ini hanyalah perkongsian daripada seorang pengguna Facebook Yang baik kita boleh ambil dan jadikan pengajaran buat kita dan keluarga kita Bila tua nanti dan ada menantu jangan buat menantu terasa hati Nasihat mak mentua pada saya yang...
Seminggu Lagi Sebelum Tamat Penawaran Etunai Rakyat Jangan Lupa Tebus

Seminggu Lagi Sebelum Tamat Penawaran Etunai Rakyat Jangan Lupa Tebus

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 301 hits
Kerajaan telah menawarkan RM30 melalui program eTunai Rakyat kepada pengguna tempatan dalam usaha mengalakkan penggunaan dompet digital untuk transaksi nirtunai Ia telah ditawarkan sejak awal tahun ini dan program berkenaan bakal ditamatkan...
Hukum Orang Yang Meninggal Dunia Sebelum Sempat Menunaikan Zakat

Hukum Orang Yang Meninggal Dunia Sebelum Sempat Menunaikan Zakat

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 314 hits
SOALAN Apakah hukum orang yang meninggal dunia sebelum dia sempat menunaikan zakatnya Adakah warisnya perlu untuk membayar zakat tersebut dari hartanya ataupun tidak Mohon penjelasan Terima kasih JAWAPAN Allah SWT mewajibkan umat Islam memb...
Isteri Mengaku Suami Ambil Barang Terlarang 6 Beranak Pernah Tinggal Di Masjid Sebelum Sewa Bilik Sempit

Isteri Mengaku Suami Ambil Barang Terlarang 6 Beranak Pernah Tinggal Di Masjid Sebelum Sewa Bilik Sempit

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 468 hits
Kesusahan hidup kadang kala menyebabkan setiap individu tidak mempunyai pilihan lain Mereka terpaksa meneruskan hidup walau dalam keadaan daif dan tidak tergambar dek akal sekalipun Seperti perkongsian oleh seorang aktivis Natipah Abu menge...
Jangan Dikorbankan Menjadi Kambing Hitam Pesanan Hadi Awang

Jangan Dikorbankan Menjadi Kambing Hitam Pesanan Hadi Awang

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 434 hits
Perlu dihormati Tun Mahathir yang sangat berjaya kepada negara itulah pesanan dari Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang melihat Tun Mahathir kini dipersalahkan kerana menjadi punca kejatuhan kerajaan di bawah Pakatan Harapan Jadi b...
Mangsa Melecur Dalam Kebakaran Di Pengerang Stabil

Mangsa Melecur Dalam Kebakaran Di Pengerang Stabil

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 413 hits
JOHOR BAHRU 16 Mac Keadaan seorang mangsa yang parah dan melecur sebanyak 40 peratus dalam insiden kebakaran di Unit Diesel Hydro Treating di Kompleks Bersepadu Pengerang malam semalam kini stabil Arnado Alexander yang sebelum ini menerima ...
4 Maut Kebakaran Di Kompleks Bersepadu Pengerang

4 Maut Kebakaran Di Kompleks Bersepadu Pengerang

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 277 hits
4 Maut Kebakaran Di Kompleks Bersepadu Pengerang Johor 15 Mac 2020 kira kira jam 10 50 malam telah berlaku kejadian kebakaran dan letupan di Kompleks Bersepadu Pengerang Kota Tinggi Johor 4 Maut Kebakaran Di Kompleks Bersepadu Pengerang Kej...
7 Cara Mudah Meningkatkan Pendapatan Dari Rumah Secara Online

10 Amalan Berpahala Haji Dan Umrah

Percutian Ke Batam Indonesia

Pasu Kosong

Nahas Trak Fru Pemandu Lori Direman Empat Hari

Insurance Defense Attorney Protecting Insurers And Policyholders

Another Construction Site Ordered To Close In Kl

Sap Process Automation Malaysia Boosting Business Efficiency With Abeam Consulting


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Setting Up Anchorella The 2 Minute Trick To Beach Umbrella Stability

Buaya Tarik Lelaki Berenang Hingga Maut

Saiz Badan Jadi Pertikaian Ketua Jurulatih Bola Tampar Negara Beri Penjelasan Hanya Mahu Kumpul Mata Untuk

Kawan Kata Suara Saya Okay Fattah Amin Kongsi Punca Dia Mula Untuk Menyanyi Dan Buat Lagu

Hari Ibu Antara Sejarah Sambutan Perspektif Islam

Diy Heavy Duty Canvas Tool Roll Empowering Makers With Custom Storage Solutions