Hassan Tak Elok Sangka Buruk Dengar Dulu Ucapan Anwar Malam Ini


malaysiakini.com
Isabelle Leong
Diterbitkan: Aug 4, 2024 4:50 PM
Wakil rakyat PKR Hassan Abdul Karim tampil membela Perdana Menteri Anwar Ibrahim selepas kerajaan pimpinannya dituduh "tidak jujur" dalam membela Palestin

Penganjur gerakan solidariti global pembebasan Palestin malam tadi menggesa Anwar untuk menamatkan kepura-puraan kerana perdana menteri masih belum membatalkan perjanjian mengambil alih Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) walaupun lantang mengenai pembunuhan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh.

Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim memberitahu Malaysiakini keyakinannya terhadap pendirian dan komitmen Anwar dalam menentang pencerobohan tentera Israel terhadap Palestin sejak awal lagi.

“Biar dia bercakap (di perhimpunan ‘Himpunan Pembebasan Palestin’) malam ini sebagai pemimpin kita.
"Tak elok buat sangkaan (buruk) terhadap dia," katanya kepada Malaysiakini.

Anwar juga akan menyampaikan ucapan pada perhimpunan “Himpunan Pembebasan Palestin” yang diadakan di Axiata Arena di Bukit Jalil malam ini.

Semalam, Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menggesa penyokong pro-Palestin memboikot perhimpunan kerajaan pada malam ini.

"Kerana mereka buat lain cakap lain," katanya.
Menurut ahli parlimen Machang itu kerajaan hipokrit menunjukkan solidariti dengan Palestin apabila ia masih meneruskan penjualan MAHBshares kepada Global Infrastructure Partners (GIP).

Sementara itu, Hassan berkata perhimpunan malam ini menunjukkan sokongan progresif dan tidak berbelah bahagi Anwar terhadap Palestin.

Bagaimanapun Hassan mengingatkan Anwar bahawa "tindakan konkrit bercakap lebih kuat daripada kata-kata, slogan, teriakan atau perhimpunan politik."

“Saat kebenaran bagi Anwar, jika beliau serius untuk membela Palestin - terutamanya selepas pembunuhan Ismail - adalah untuk membatalkan penjualan saham MAHB kepada GIP, yang dikawal oleh Blackrock.
“Sila buat pengumuman penting malam ini kepada dunia kerana rakyat Malaysia bersolidariti dengan perjuangan Palestin,” tambahnya.

Pengambilalihan itu merujuk kontroversi yang bermula pada 15 Mei apabila Khazanah Nasional Berhad mendedahkan Abu Dhabi Investment Authority dan GIP, melalui GIP Aurea Pte Ltd, akan membentuk konsortium untuk memperoleh saham dalam pengendali lapangan terbang itu.

Keputusan itu mendapat kritikan daripada pelbagai pihak selepas Blackrock yang dianggap sebagai sebuah syarikat berkait dengan Israel, sedang mengambil alih GIP.

GIP akan mempunyai kepentingan berkesan sebanyak 25 peratus dalam MAHB jika perjanjian itu berjaya.

Anwar sebelum ini mempertahankan keputusan itu, berkata ekonomi Malaysia akan terjejas jika ia membatalkan hubungan dengan semua syarikat yang didakwa berkaitan Israel.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/08/hassan-tak-elok-sangka-buruk-dengar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Madani Kerajaan Paling Diktator Bukan Dulu Korang Yang Nak Sangat Anwar Jadi Pm Kan

Madani Kerajaan Paling Diktator Bukan Dulu Korang Yang Nak Sangat Anwar Jadi Pm Kan

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 358 hits
Sebelum ini merupakan penyokong Pakatan Harapan ketika gabungan itu menjadi pembangkang bekas pengerusi Bersih Ambiga Sreenevasan yang mengetuai gerakan masyarakat sivil menyeru pembaharuan institusi hari ini menegur kerajaan berhubung lang...
Dulu Kerja Di Syarikat Bergaji Tinggi Individu Menyesal Terpengaruh Dengar Hasutan Kawan Jadi Ejen Takaful Full Time

Dulu Kerja Di Syarikat Bergaji Tinggi Individu Menyesal Terpengaruh Dengar Hasutan Kawan Jadi Ejen Takaful Full Time

papar berkaitan - pada 22/7/2024 - jumlah : 304 hits
Baru baru ini seorang individu lelaki meluahkan rasa menyesal kerana terjebak menjadi ejen Takaful sepenuh masa hingga sudah tidak mampu untuk menanggung komitmen bulanan Berhenti kerja di tempat lama padahal gaji lebih tinggi Melalui pende...
Sanusi Sebagai Pengerusi Pn Ketua Ulama Pas Setuju

I Simpan Kwsp Syarat Mencarum Kaedah Caruman

Tahun Baru Memaknai Kesederhanaan Dalam Kehidupan

Zohran Mamdani Angkat Sumpah Sebagai Datuk Bandar New York

Agar Agar Kristal Mudah Dan Simple

Uec What It Means To Take An Exam Your Own Country Won T Accept

Rebutan Formulir Bazar Ramadan Ricuh Pedagang Serbu Kantor Majelis Daerah Besut

Last Supper In 2025 Hello 2026


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Tiket Kidzania Murah

Top Commentators Of December 2025 Tahniah Blogger Na

Selamat Tahun Baru 2026 You All

Variation Top On Slot Gacor Hari Ini Agent

Ideas Mexican Beef Stew Recipe Instant Pot

Anniversary 01 Januari 2026