Harta Karun Zaman Kesultanan Melayu Melaka Ditemui



MELAKA – Beberapa serpihan artifak dan syiling dipercayai berusia lebih 900 tahun yang digunakan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan Dinasti Song, Yuan dan Ming, ditemukan di kawasan tambakan pasir di Pulau Melaka di Bandar Hilir di sini.Pesuruhjaya Warisan yang juga Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara (JWN), Mesran Mohd Yusop berkata, serpihan kayu dipercayai rangka kapal dagang karam yang digunakan pada zaman itu turut ditemukan di lokasi yang sama.
Beliau berkata, kesemua bahan itu ditemukan di kawasan yang dikelilingi belukar dan lalang, secara berasingan dan berperingkat dalam tempoh dua tahun lepas oleh orang awam, termasuk kaki pancing sebelum dilaporkan kepada pihak JWN.
“Antara artifak penting yang ditemui iaitu mata wang Kesultanan Melaka zaman pemerintahan Sultan Mahmud iaitu antara tahun 1488 hingga 1511, pecahan seramik seperti tembikar dan porselin dari Dinasti Song, Yuan dan Ming, mata wang Portugis dan Belanda jenis VOC atau Syarikat Hindia Timur Belanda.
“Penemuan bahan-bahan ini dipercayai ekoran perubahan aras air dan kerja-kerja penambakan laut di sekitar Pulau Melaka sehingga menyebabkan artifak itu terlihat di permukaan lumpur dan daratan,” katanya di tapak penemuan artifak berkenaan di sini, semalam.
Turut hadir Timbalan Pengerusi Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Datuk Akramuddin Abdul Aziz; Pengurus Besar Perzim, Drs Mohd Nasruddin Rahman; Ketua Penyelidik, Datuk Dr Dionysius S K Sharma dan Pengarah Bahagian Arkeologi, JWN Rozairy Arbi.
Sementara itu Mesran berkata, kawasan berkenaan akan ditutup sementara waktu bagi kerja-kerja ekskavasi oleh Perzim dan JWN kerana pihaknya percaya lebih banyak lagi penemuan artifak seumpama itu akan ditemui di sekitar kawasan berkenaan.
“Saya menyeru kepada semua pihak supaya membuat laporan kepada JWN bagi apa jua penemuan supaya kita dapat mematuhi Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645), kerana adalah menjadi satu kesalahan sekiranya sebarang penemuan tidak dilaporkan kepada Peruruhjaya Warisan atau pegawai daerah,” katanya.
Sementara itu, Dionysius berkata peralatan khas seperti ‘ground-penetrating radar’ (GPR) digunakan bagi mengesan rangka atau serpihan lain artifak dan rangka kapal yang mungkin berada di bawah tambakan pasir itu.
“Setakat ini kebanyakan artifak, syiling dan serpihan rangka kapal ditemui di permukaan iaitu di atas tanah namun kita yakin terdapat lebih banyak lagi di bawah tanah dan mungkin ada artifak yang masih elok seperti seramik pada zaman itu,” katanya.

#Sumber :  – myMetro Online  

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/09/harta-karun-zaman-kesultanan-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kedai Melayu Repair Handphone Di Alor Gajah Melaka

Kedai Melayu Repair Handphone Di Alor Gajah Melaka

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 1003 hits
Kami pakar repair smartphoneAnda ada masalah Screen retak susah touch ghost touch LCD pecah tiada gambar Bateri Kembung battery drain Susah charge Charge tak masuk Home Button problem On Off Volume bermasalah Speaker tak bunyi suara kurang ...
Singkirkan Pemimpin Melayu Takut Dilabel Rasis Hilang Undi

Singkirkan Pemimpin Melayu Takut Dilabel Rasis Hilang Undi

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 311 hits
ismaweb netMCA DAP tak takut bela bangsa sendiri walau tahu mereka bersalahBANGI 17 Muharram 1442H Sabtu Takut hilang undi dan dilabel rasis adalah antara perkara yang menghantui pemimpin Melayu sekiranya mereka membela nasib bangsa sendiri...
Dap Jangan Usik Hak Melayu

Dap Jangan Usik Hak Melayu

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 226 hits
KUALA LUMPUR Pengerusi Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan Ustaz Roslan Md Esa memberi amaran tegas kepada DAP supaya tidak bersikap biadap dan mengusik sembarangan hak orang Melayu di negara ini Jangan cabar hak dan kedaulatan tanah air...
Format Pentaksiran Bahasa Melayu Spm Mulai 2021

Format Pentaksiran Bahasa Melayu Spm Mulai 2021

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 738 hits
Format baharu instrumen soalan subjek Bahasa Melayu bagi peperiksaan SPM mulai 2021 Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan format baharu pentaksiran Sijil Pelajaran Malaysia mulai tahun 2021 bagi mata pelajara...
Papan Iklan Mesti Dalam Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ungkapan Utama

Papan Iklan Mesti Dalam Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ungkapan Utama

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 461 hits
387 total views 387 views today KUALA LUMPUR Mana mana pihak yang ingin menaikkan paparan iklan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur perlu melalui Dewan Bahasa dan Pustaka bagi mendapatkan pengesahan penggunaan Bahasa Melayu yang betul Dewan...
Kita Bangunkan Tanah Rizab Melayu Jangan Jual Pada Bangsa Asing

Kita Bangunkan Tanah Rizab Melayu Jangan Jual Pada Bangsa Asing

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 346 hits
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin Bina kilang komersial atas tanah rizab sewa atau jual pada orang Melayu Pengkaji Sejarah Ikatan Arkeologi Malaysia Zaharah Sulaiman BANGI Tidak perlu bimbang sekiranya anda memiliki Tanah Rizab Melayu kerana ...
Bangsa Melayu Patut Malu Jika Mara Ini Menyebabkan Mereka Kehilangan Hak Mereka

Bangsa Melayu Patut Malu Jika Mara Ini Menyebabkan Mereka Kehilangan Hak Mereka

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 228 hits
Apa jadi dengan siasatan bangunan MARA pada 2017 CARI PUNYA CARI NAMA INI SAJA YANG ADA TU PUN JANGAN MELAYU HIDUP MELAYU KAH Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang mempersoalkan perkembangan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubu...
Duta Bahasa Giat Gunakan Wadah Digital Galak Penggunaan Bahasa Melayu

Duta Bahasa Giat Gunakan Wadah Digital Galak Penggunaan Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 332 hits
Images KONGSI ARTIKEL BERITAmediacorp Bulan Bahasa 2020 akan dirasmikan pada Sabtu dan kehangatannya semakin dirasakan Duta Bahasa 2017 Jumaini Ariff berkongsi cara beliau menggalak penggunaan Bahasa Melayu termasuk menerusi wa
Baba Nyonya Halal Yang Bakal Buat Hati Anda Tertinggal Di Melaka

Baba Nyonya Halal Yang Bakal Buat Hati Anda Tertinggal Di Melaka

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 237 hits
Kunjungan anda ke bandaraya bersejarah Melaka tak akan lengkap tanpa merasai makanan asli Baba Nyonya Perkahwinan campur antara orang Cina dan Melayu ketika abad ke 15 dan 16 telah meninggalkan legasi dan makanan tradisi yang disukai ramai ...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

How To Survive Thanksgiving Travel

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

Resipi Cheese Tart

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor