Hari Ulangtahun Terkuburnya Umno Di Putrajaya



Semalam, 09 Mei 2020 rakyat merayakan hari ulangtahun kedua "kematian" Umno sebagai parti tunjang pemerintah di Putrajaya. Sehingga kini Umno masih tidak bangkit kecuali rohnya yang tergantung di awangan meresap masuk merasuk ke dalam kerajaan pintu belakang pengkhianat.Rekod dan sejarah diukir sepanjang zaman bahawa satu-satunya parti yang berjaya mencabut nyawa Umno dan Bn di Putrajaya adalah gabungan PH. Sejarah turut mengukir nama Umno sebagai sebuah parti yang menjadi sebahagian dari kerajaan di Pusat tanpa mandat rakyat. Di situ bermulalah sejarah Umno yang dilihat hilang maruah dan jati dirinya. Umno yang dulu dilaungkan sebagai parti keramat kini hanya dikenali sebagai parti khianat. Selama ini mereka menuduh Dap komunis atau kapir harbi, paling tidak Dap lebih bermaruah kerana tidak pernah mencuri mandat rakyat. Kerajaan Dap di P.Pinang tidak pernah menjadi kerajaan tanpa mandat rakyat. Dap kuburkan Gerakan dan Bn di P.Pinang bermula tahun 2008 adalah hasil dari mandat rakyat. Maruah Dap lebih terserlah berbanding Umno dan Pas di dalam aspek menjunjung demokrasi. Semalam, kita merayakan hari sedih dan malang Umno/Bn. Umno sepatutnya mengadakan majlis tahlil arwah mereka, tetapi mungkin kerana wabak Covid-19, mereka tidak dapat lakukan. PH berjanji kepada rakyat agar menentukan Umno akan bersemadi selama-lamanya. Biarpun roh jahat mereka masih berkeliaran bersama kerajaan pintu belakang sekarang, kita penuh yakin akan dapat menghalau roh jahat itu kembali ke pusaranya agar lebih tenang di sana. Apa yang telah dapat kita buktikan adalah tanpa Umno, orang-orang Melayu dan Islam masih makan nasi bukan makan ubi kayu seperti yang selalu mereka dendangkan. Kerajaan sekarang adalah kerajaan tidak bernama. Bukan kerajaan Bn, bukan juga kerajaan Muafakat Nasional, bahkan bukan kerajaan Pengkhianat Nasional (PN) kerana nama PN itu pun tiada dalam fail di ROS. PN tidak pernah wujud di dalam kertas undi, jauh sekali logo parti sewaktu di dalam PRU14 yang lalu. Satu-satunya kerajaan yang tidak mempunyai manifestonya. PM sekarang adalah Wakil Rakyat yang menang pada PRU14 dengan menggunakan logo Keadilan. Saya tidak tahu bagaimana beliau boleh hidup tanpa maruah? Jika dahulu beliau sanggup dipecat dari Umno kononnya atas dasar prinsip dan maruah, tetapi kini maruahnya telah berjaya direntap oleh Umno apabila beliau sanggup bersekongkol dengan parti keris telanjang tidak bersarung itu demi kepentingan serta nafsunya sendiri. WFAUZDIN NS


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/05/hari-ulangtahun-terkuburnya-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Barisan Hadapan Terus Dihargai Terima Anugerah Hari Umno Sua

Barisan Hadapan Terus Dihargai Terima Anugerah Hari Umno Sua

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 301 hits
Sempena sambutan ulang tahun ke 74 UMNO hari ini menyampaikan Anugerah Hari UMNO kepada petugas Barisan Hadapan sebagai menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka yang bekerja tanpa henti menyabung nyawa di dalam memerangi wabak COVID 19 U...
Covid 19 Putrajaya Kl Dan 4 Lagi Negeri Catat Pertambahan Kes Baharu Hari Ini

Covid 19 Putrajaya Kl Dan 4 Lagi Negeri Catat Pertambahan Kes Baharu Hari Ini

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 285 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu perkongsian di akaun Facebook rasminya telah mengeluarkan maklumat berkenaan negeri yang mencatatkan pertambahan kes setakat jam 12 pm 8 Mei 2020 Menerusi data bilangan...
Hanya 400 Rakyat Malaysia Di Singapura Dibenar Pulang Setiap Hari Kata Ismail Sabri

Hanya 400 Rakyat Malaysia Di Singapura Dibenar Pulang Setiap Hari Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 308 hits
Hanya 400 rakyat Malaysia di Singapura dibenar pulang setiap hari kata Ismail Sabri
Norma Baru Puasa Hari Ke 3

Norma Baru Puasa Hari Ke 3

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 568 hits
Semalam Mama Yan dan suami buat keropok lekor sendiri Ikut resipi dalam google Suami Mama Yan yang teringin Follow ajela Musim PKP macam ni Takde orang jual kuih petang petang Dah terapung apung tu Kira dah masak la Yang bulat macam meat ba...
Tiga Bulan Di Trotoar Karena Corona Mantan Art Dua Hari Tak Makan

Tiga Bulan Di Trotoar Karena Corona Mantan Art Dua Hari Tak Makan

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 218 hits
Penyebaran virus Corona atau Covid 19 memberi dampak ekonomi yang besar khususnya bagi kalangan miskin Bahkan ada warga sampai tidak makan dua hari Hal ini diungkap oleh seorang mantan Asisten Rumah Tangga bernama Rinti Saat ditemui Suara c...
Doni Monardo Hari Kesiapsiagaan Bencana Fokus Putus Penyebaran Virus Corona

Doni Monardo Hari Kesiapsiagaan Bencana Fokus Putus Penyebaran Virus Corona

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 299 hits
Doni menyebut Hari Kesiapsiagaan Bencana tahun ini akan berfokus terhadap kegiatan untuk memutus mata rantai penyebaran virus corona
5 Tips Berpuasa Yang Tidak Lesu Di Siang Hari

5 Tips Berpuasa Yang Tidak Lesu Di Siang Hari

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 986 hits
Ketika berpuasa perubahan dalam pola makan dan penurunan aktiviti fizikal adalah perkara biasa Oleh itu anda perlu membuat beberapa penyesuaian agar kesihatan fizikal anda terjaga sepanjang bulan Ramadhan Terdapat beberapa tips berpuasa yan...
Ppbm Akan Kempen Untuk Umno Di Chini

Ppbm Akan Kempen Untuk Umno Di Chini

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 575 hits
May 16 2020 9 13 AMPenganalisis politik berkata terdapat golongan dalam PPBM yang kurang selesa terhadap hubungan rapat parti itu dengan Umno PETALING JAYA Dua penganalisis politik membuat ramalan berbeza mengenai sama ada pemimpin tertingg...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Salted Egg Yolk Croissant Hazelnut Latte Richiamo

Sejarah Imam Syafie Sebuah Inspirasi Agung

Lirik Lagu Mungkin Harith Zazman Alex Ungku

Trends In The Domain Industry

Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025