Barisan Hadapan Terus Dihargai Terima Anugerah Hari Umno Sua




Sempena sambutan ulang tahun ke-74, UMNO hari ini menyampaikan Anugerah Hari UMNO kepada petugas Barisan Hadapan sebagai menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka yang bekerja tanpa henti menyabung nyawa di dalam memerangi wabak COVID-19.
Ujar Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan, anugerah tersebut telah disampaikan oleh Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada Timbalan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad di dalam satu majlis ringkas di pejabat beliau di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia di sini.
“Anugerah berbentuk cenderahati dan sijil penghargaan itu diberikan kepada 16 agensi (senarai pertama) yang terlibat dalam pelbagai tugasan mengurus, mengawal dan memulihkan negara daripada wabak COVID-19.
“Agensi-agensi berkenaan adalah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC), Radio Televisyen Malaysia (RTM), Media Prima Berhad, Astro Malaysia, Pertubuhan Berita Nasional (BERNAMA) dan Pos Malaysia Berhad,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, Ahmad Zahid amat menghargai sumbangan dan pengorbanan kesemua agensi serta ramai pihak lain termasuk orang perseorangan, di mana majlis penyerahan sijil dan cenderahati penghargaan kepada agensi-agensi lain akan disempurnakan olehnya pada masa yang akan ditentukan kelak.
“Sebelum itu, Ahmad Zahid mengadakan sesi sidang video dan ucap selamat Menyambut Hari UMNO bersama 13 Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri serta tiga wakil Kelab UMNO Luar Negara.
“Sidang video selama satu jam 10 minit itu diadakan menerusi aplikasi Webex,” katanya.
Ulasnya juga, pada jam 9.00 pagi sebelumnya itu, acara menaikkan bendera UMNO telah disempurnakan olehnya bersama-sama Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan, Penolong Setiausaha Wanita, Pemuda dan Puteri serta Ketua-ketua Jabatan Ibu Pejabat UMNO.
“Acara menaikkan bendera Sang Saka Bangsa itu yang diiringi nyanyian lagu Bersatu-Bersetia-Berkhidmat, diadakan di perkarangan Menara Dato’ Onn.
“Ia dilakukan mengikut pematuhan prosedur Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan memakai mask dan penjarakan sosial,” ujarnya. – UMNO ONLINE




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/05/11/barisan-hadapan-terus-dihargai-terima-anugerah-hari-umno-sua/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=barisan-hadapan-terus-dihargai-terima-anugerah-hari-umno-s

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantu Anggota Barisan Hadapan Scha Alyahya Terima Penghargaan Pdrm

Bantu Anggota Barisan Hadapan Scha Alyahya Terima Penghargaan Pdrm

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 389 hits
Menerima surat penghargaan daripada Briged Tengah Pasukan Gerakan Am Polis Diraja Malaysia atas sumbangan yang diberikan kepada pasukan berkenaan pengacara dan pelakon popular tempatan Scha Alyahya zahir rasa teruja Kredit 8211 Harian M
Hiburan Lagu Seloka Hari Raya Diberi Nafas Baru Fattah Amin Dan Fazura Terima Respons Bercampur

Hiburan Lagu Seloka Hari Raya Diberi Nafas Baru Fattah Amin Dan Fazura Terima Respons Bercampur

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 519 hits
Mesti semua termenung ke luar jendela memikirkan hari raya tahun ini yang terpaksa disambut sederhana dek Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat kan Sedih memikirkan tak dapat bersama sanak saudara menyambut perayaan besar ini Demi nak mengu...
Malaysia Terus Catat Perkembangan Baik 95 Pesakit Covid 19 Sembuh Dan Dibenarkan Pulang Hari Ini

Malaysia Terus Catat Perkembangan Baik 95 Pesakit Covid 19 Sembuh Dan Dibenarkan Pulang Hari Ini

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 258 hits
MALAYSIA terus mencatatkan perkembangan baik kes Covid 19 apabila bilangan pesakit pulih melebihi kes jangkitan baharu Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan hari ini seramai 95 pesakit sembuh dan dibenarkan pulang menjadikan jumlah kes...
Angka Terus Meningkat Singapura Catat 788 Kes Baru Hari Ini

Angka Terus Meningkat Singapura Catat 788 Kes Baru Hari Ini

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 263 hits
Kementerian Kesihatan Singapura telah mengesahkan 788 kes baru Covid 19 setakat jam 12 00 tengahari pada 6 Mei 2020 Ini menjadikan jumlah keseluruhan republik tersebut kini sebanyak 20 198 11 kes terbaru telah dilaporkan hari ini melibatkan...
Pilihan Raya Negeri Johor Jika Umno Bersatu Terus Berbalah

Pilihan Raya Negeri Johor Jika Umno Bersatu Terus Berbalah

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 357 hits
BERITAPerbalahan antara Umno dan Bersatu yang tidak berkesudahan mungkin menyaksikan pilihan raya negeri Johor bakal diadakan tidak lama lagi kata sumber Umno negeri itu Bercakap kepada Malaysiakini petang ini beliau berkata ini akan menjad...
Umno Sabah Terus Melukut Di Tepi Ghanimah Kudeta

Umno Sabah Terus Melukut Di Tepi Ghanimah Kudeta

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 290 hits
Demikian lontaran perasaan Ketua UMNO Sabah Bung Moktar Radin dalam wawancara khas anjuran Penerangan UMNO Malaysia baru baru ini Jelas UMNO Sabah cuba diperkecilkan oleh BERSATU walaupun mereka menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pe...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

What You Should Know About New Construction Plumbing



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Masak Lemak Ikan Bawal Cermin Dengan Belimbing Buluh

Utilizing Crowdfunding For Business

Pemandu E Hailing Pengguna Muslim Wajiib Abaikan Grab Kenyataan Media Ppim 26 04 2024

Selamat Bersara Contoh Ucapan Hari Persaraan Poster

Juyaya Semun Ngintu Gawai Chord

Bahaya Kemiskinan By Dr Hm Rakib S H Pekanbaru Riau