Ppbm Akan Kempen Untuk Umno Di Chini


Sean Augustin
-May 16, 2020 9:13 AM
Penganalisis politik berkata, terdapat golongan dalam PPBM yang kurang selesa terhadap hubungan rapat parti itu dengan Umno.
PETALING JAYA: Dua penganalisis politik membuat ramalan berbeza mengenai sama ada pemimpin tertinggi PPBM akan berkempen untuk calon Umno dalam pilihan raya kecil (PRK) Chini yang bakal diadakan.

Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, beliau percaya mereka tidak akan berbuat demikian, tetapi Kamarul Zaman Yusoff dari Universiti Utara Malaysia pula berkata, beliau tidak nampak PPBM akan melihat kehadiran pemimpin seperti Muhyiddin Yassin dan Mohamed Azmin Ali yang turun membantu kempen Barisan Nasional (BN) sebagai satu masalah.

Azmi berkata, PPBM akan bersikap berhati-hati untuk tidak memberi gambaran bahawa ia begitu terdesak untuk mendapatkan sokongan Umno dalam mengurus pentadbiran Perikatan Nasional (PN) dan mahu menunjukkan ia mengawal keadaan.

“Ia (PPBM) amat sedar mengenai kedudukannya yang goyah,” katanya.
Azmi HassanBulan lepas Umno berkata bahawa hubungannya dengan PN hanyalah berdasarkan persefahaman dengan parti lain bagi mengembalikan sebuah kerajaan yang berfungsi.

Umno juga berkata, ia tidak menyertai PN.

PPBM mengetuai kerajaan PN dengan sokongan BN, PAS dan beberapa parti kecil lain.

Azmi juga berkata, terdapat golongan dalam PPBM yang kurang selesa terhadap hubungan rapat parti itu dengan Umno.

Beliau merujuk kepada pertelingkahan antara Muhyiddin dengan Dr Mahathir Mohamad, yang mengetuai satu kumpulan dalam PPBM, dengan berkata, pemimpin dalam kumpulan Muhyiddin akan bersikap berhati-hati untuk tidak memberi peluru baru kepada Mahathir dengan berkempen untuk calon Umno.

“Mahathir akan menyifatkan Muhyiddin sebagai boneka Umno.”

Kamarul Zaman berkata, anggota kumpulan Muhyiddin akan melihat PRK Chini sebagai peluang untuk menunjukkan kepada Umno bahawa PPBM adalah rakan kongsi yang boleh dipercayai
Kamarul Zaman YusoffKatanya, penyertaan mereka (PPBM) dalam kempen akan merapatkan hubungan 2 parti itu dan “memastikan kelangsungan PPBM dalam pilihan raya umum akan datang”.

Bagaimanapun beliau mengakui bahawa Umno tidak terlalu memerlukan bantuan PPBM kerana Chini merupakan kubu kuat parti itu.

Beliau menolak pandangan Azmi bahawa penyertaan PPBM dalam kempen Umno menunjukkan ia terdesak kerana Umno sudah hampir pasti menang dalam PRK di Chini.

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, beliau percaya sokongan PPBM kepada kempen Umno tidak akan dibuat secara terbuka, tetapi melalui kelulusan dana pembangunan di kawasan itu.

Beliau berkata, kehadiran sama ada Muhyiddin atau Azmin dalam kempen tidak akan menambah apa-apa..Oh Ei SunBeliau berkata, Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini termasuk dalam kawasan Parlimen Pekan yang diwakili oleh bekas perdana menteri Najib Razak.

Justeru katanya, PPBM tidak mahu memberi gambaran bahawa ia bekerjasama dengan beliau.

PRK Chini akan diadakan pada 4 Julai depan susulan kematian penyandangnya Abu Bakar Harun minggu lepas.

Pada pilihan raya umum 2018, Abu Bakar yang mewakili Umno mempertahankan kerusi Chini dengan undi majoriti sebanyak 4,622 mengalahkan calon PAS dan PKR


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/05/ppbm-akan-kempen-untuk-umno-di-chini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mungkinkah Bersatu Lawan Umno Di Dun Chini

Mungkinkah Bersatu Lawan Umno Di Dun Chini

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 497 hits
Sebelum aku meneruskan tulisan aku ini marilah kita sedekahkan Al Fatihah kepada Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun Adun Chini yang telah meninggalkan kita Baiklah perkara yang aku nak tulis pada kali ini berkaitan dengan Pilihanraya Ke...
Umno Youth Chief Questions How Long Ppbm Will Remain In Perikatan Following Internal Crises

Umno Youth Chief Questions How Long Ppbm Will Remain In Perikatan Following Internal Crises

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 222 hits
In pledging his party s loyalty to the Perikatan Nasional coalition Umno Youth Chief Datuk Asyraf Wajdi Dusuki today targeted colleagues in Parti Pribumi Bersatu Malaysia as he questioned their longevity within the PN alliance The Umno lead...
Virus Songlap Dalam Umno Dah Takdak Vaksinnya Lagi

Virus Songlap Dalam Umno Dah Takdak Vaksinnya Lagi

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 351 hits
Kalau betul hat puak UMNO dedahkan ni Tu dia baru dua bulan Syarikat Hartanah uruskan bekalan makmal Kementerian Kesihatan rundingan terus Bayaq pulak pendahuluan 50 senang sangat kalau berniaga mcm tu Nampaknya Kementerian Kesihatan hat bu...
Tolak Pn Umno Nak Kuasa Penuh

Tolak Pn Umno Nak Kuasa Penuh

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 559 hits
Majlis Tertinggi Umno menolak cadangan agar parti itu menyertai gabungan Perikatan Nasional secara rasmi kata sumber kepada Malaysiakini hari ini Sumber terbabit berkata keputusan itu dicapai secara sebulat suara dalam mesyuarat MT yang dia...
Apa Yg Umno Cuba Nak Sampaikan

Apa Yg Umno Cuba Nak Sampaikan

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 604 hits
Apakah hanya umno yg terbaik untiuk memerintah Malaysia khusus yg paling bagus dari mereka hanyalah najib dan zahid Kita pun terpaksa mengaku kebenaran itu kalau PH dan PN memang betul haprak
Walaon Umno Asyik Doa Sekarang Makbul

Walaon Umno Asyik Doa Sekarang Makbul

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 274 hits
Dulu laung BMF Seolah olah jatuh kafir kalau beli barang orang Cina barang orang India Datang Covid19 habis semua barang di atas rak rak kedai runcit rak rak di mall Licinn Barangan bantuan pun beli ndak kira kedai melayu ka kedai cina ka k...
Armada Putuskan Tolak Umno Kembali Bersama Ph

Armada Putuskan Tolak Umno Kembali Bersama Ph

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 338 hits
Perpecahan semakin hebat dalam Bersatu apabila sayap pemuda parti itu yang diketuai Syed Sadiq Syed Abd Rahman menolak untuk bekerjasama dengan Umno Dalam kata lain tiada program bersama Umno akan dijalankan di peringkat gerakan pemudanya A...
Malaysiakini Memainkan Jarum Cuba Mengeruhkan Bersatu Umno

Malaysiakini Memainkan Jarum Cuba Mengeruhkan Bersatu Umno

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 298 hits
Sehingga hari ini tiada isu besar berkenaan dengan kerajaan PN Ramai rakyat sudah mulai menyukai cara PN menganggani isu negara terutama dalam isu Covid 19 Sidang parlimen 18 Mei ini pun dijangka tidak akan menguggat Muhyiddin atau PN itu s...
7 Negeri Enggan Laksana Pkpb Umno Hentam Azmin Lagi

7 Negeri Enggan Laksana Pkpb Umno Hentam Azmin Lagi

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 293 hits
Menteri Perdagangan Antarabangsa Azmin Ali dihentam lagi oleh pemimpin Umno berikutan keengganan 7 negeri melaksanakan perintah kawalan pergerakan bersyarat Kali ini anggota Majlis Tertinggi Umno Abdul Rahman Dahlan pula menganggap situasi ...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor