Hari Mcd Turun Padang Mcdonald S The Curve
Hari McD Turun Padang - McDonald's The Curve
Hari McD Turun Padang - McDonald's The Curve | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Sekali lagi tahun ini McDonald's Malaysia menyambut Hari McD Turun Padang pada 7 Oktober lalu. Tahun lepas, Momi berkesempatan untuk menghadiri 'Hari McD Turun Padang' yang bertempat di McDonald's Desa Aman Puri di Kepong. Untuk tahun ini pula, Momi sekali lagi menyertai Hari McD Turun Padang di McDonald's The Curve, Damansara. Jom baca pengalaman Momi bekerja di McDonald's The Curve
Hari McD Turun Padang - McDonald's The Curve
Hari McD Turun Padang
Untuk pengetahuan anda, 'Hari McD Turun Padang' diraikan setiap tahun bagi memberi pengiktirafan kepada lebih 14,000 kru restoran McDonald's di Malaysia. Hari McD Turun Padang ini diadakan bagi mengakrabkan warga kerja pejabat McDonald’s Malaysia, dan rakan niaga dengan kru restoran melalui peluang merasai sendiri pengalaman ‘sehari dalam kehidupan’ sebagai seorang kru restoran.
Hari McD Turun Padang - McDonald's The Curve
McDonald's Malaysia memperkenalkan restoran yang berkonsepkan Experience of The Future (EOTF) pada Oktober 2018. Model baharu ini merangkumi beberapa konsep khidmat pelanggan yang inovatif seperti perkhidmatan hidangan ke meja (table service), kiosk layan diri (SOK), perkhidmatan dwi kaunter (dual point service), kemudahan transaksi tanpa tunai (cashless transaction), papan menu digital dan WIFI berkelajuan tinggi.
McDonald's Malaysia menekankan betapa pentingnya warga kerja yang merupakan tonggak kepada perniagaan mereka menerusi Proposisi Nilai Pekerja (EVP) yang ditetapkan.. Istilah 'Keluarga dan Rakan-rakan' digunakan untuk melayani warga kerjanya lebih daripada sekadar rakan sekerja, tetapi lebih kepada ahli keluarga dan rakan. McDonald's Malaysia juga menyediakan Fleksibiliti kerana mereka memahami keperluan yang berbeza untuk setiap pekerjanya. McDonald’s Malaysia turut menjanjikan Masa Hadapan yang cerah kepada warga kerjanya menerusi kerjaya sepanjang hayat dan kemahiran kendiri yang disediakan untuk mereka.
Hari McD Turun Padang - McDonald's The Curve
Pengalaman Momi Bekerja Di McDonald's The Curve
Untuk tahun ini Momi rasa bertuah kerana sekali lagi dipilih untuk sertai Hari McD Turun Padang. Pada jam 3.00 petang, Momi dibawa oleh pengurus McDonald's The Curve, Puan Nadia ke sekitar restoran dan dapur. Puan Nadia menunjukkan dan menerangkan proses operasi setiap tempat dalam restoran termasuk bahagian hadapan, dapur, kaunter dan banyak lagi. Untuk kali ini, tugas yang diberikan kepada Momi melibatkan konsep Experience of the Future (EOTF) yang terdapat di restoran. Kalau anda perasan, restoran McDonald’s kini lebih moden dengan pelbagai ciri inovatif. Jadi, Momi berpeluang menjalankan tugas di restoran sebagai jurulatih SOK, pelayan perkhidmatan hidangan ke meja, dan penyampai di kaunter hadapan
1. Kiosk Layan Diri (SOK)
Untuk Kiosk layan diri ini, kami didedahkan tentang cara-cara membuat pesanan sendiri tanpa ke kaunter. Melalui kiosk ini juga, kita sebenarnya boleh menyesuaikan hidangan mengikut selera sendiri. Anda juga boleh membuat pilihan untuk bayar secara tunai (di kaunter) atau secara debit/kredit di kiosk ini.
Hari McD Turun Padang - McDonald's The Curve
2. Perkhidmatan Hidangan Ke Meja
Bagi pelanggan yang pesan melalui kiosk dan bayar secara debit/kredit, mereka hanya perlu ambil nombor ditepi kiosk dan tunggu dimeja. Makanan akan dihantar terus ke meja oleh kru restoran atau lebih dikenali sebagai Guest Experience Leader (GEL). Untuk sesi ini, memang mencabar sedikit bagi Momi sebab kena cari meja yang ada nombor. Selepas menghantar makanan terus ke meja pelanggan, Momi dikehendaki mengambil nombor tersebut dan letak semula pada bahagian tepi kiosk. Memang mendebarkan part ini! hehe. Bagi memastikan pelanggan berpuas hati dengan kualiti makanan atau servis, kami perlu kembali ke meja tersebut untuk mendapat maklum balas.
Hari McD Turun Padang - McDonald's The Curve3. Perkhidmatan Dwi Kaunter
Jika dahulu, selepas ambil order pelanggan akan menunggu untuk dapatkan makanan selepas bayar dikaunter yang sama. Untuk model baharu ini, pelanggan tak perlu menunggu lama lagi sebab McDonald's Malaysia menyediakan perkhidmatan dwi kaunter untuk memudahkan pelanggan membuat pesanan dan mengambil makanan di kaunter berasingan apabila nombor pesanan mereka terpampang di skrin atau dipanggil oleh kru.
Hari McD Turun Padang - McDonald's The Curve
Semasa Momi cuba untuk menyiapkan hidangan, kepantasan adalah sangat diperlukan, lagi-lagi kalau orang ramai. Selepas selesai sediakan hidangan, Momi perlu memanggil nombor dan apabila pelanggan sudah terima, wajib untuk tekan butang serve dan scans. Bagi Momi memang sangat memerlukan kepantasan dan kecepakan ya
Hari McD Turun Padang - McDonald's The Curve
Terima kasih McDonald's Malaysia terutamanya McDonald's The Curve diatas peluang dan tunjuk ajar yang cukup berharga bagi Momi. Semua kru restoran McDonald's The Curve sangat membantu dan tidak lekang dengan senyuman. Satu perkara yang Momi sangat teruja dan 'salute' dengan kru restoran McDonald's Malaysia ini adalah mereka sangat cekap dan fleksibel untuk buat apa sahaja tugas yang diberi. Tahniah kru restoran McDonald's Malaysia !
McDonald's Malaysia juga telah dinobatkan sebagai Majikan Terbaik di Malaysia 2018 oleh AON, Syarikat-syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia 2018 (Malaysia Edition) oleh HR Asia, dan Majikan Francais Terbaik 2018 oleh Malaysia Franchise Awards.
Hari McD Turun Padang - McDonald's The Curve
Selain itu, McDonald's Malaysia terus membina dan memperkasakan kemahiran para pekerjanya, bukan sahaja melibatkan latihan dan pembangunan tradisional, malah penekanan ke atas trajektori pertumbuhan peribadi dan profesional pekerja mereka. Lebih RM8 juta dilaburkan setiap tahun untuk memacu pelbagai inisiatif pembangunan modal insan antaranya termasuklah
Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) merupakan program latihan selama 18-bulan berorientasikan industri yang menggabungkan pembelajaran di tempat kerja dan juga di institusi pendidikan. Pelatih akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap2 dan Tahap 3 setelah tamat program.Program Perantisan Pengurusan iaitu latihan hujung minggu selama 18 bulan untuk pelajar-pelajar universiti yang ingin memulakan kerjaya sebagai Pelatih Pengurusan di McDonald's Malaysia.Program Latihan Industri bagi pendedahan kepada sistem dan budaya kerja McDonald’s selama 3 bulan, yang menampilkan ‘Latihan Sambil Bekerja' untuk menyampaikan kualiti, perkhidmatan, kebersihan, dan nilai.Perkongsian dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk program MBA. Dimana, pekerja yang telah menamatkan latihan dalaman setelah mengikuti modul-modul tertentu berpeluang melanjutkan pelajaran dalam program sarjana pengurusan perniagaan (MBA) di Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim (AHIBS) UTM melalui sistem perpindahan kredit.
Untuk maklumat lanjut mengenai McDonald's Malaysia jangan lupa layari laman web rasmi McDonald's Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.rafzantomomi.com/2019/10/hari-mcd-turun-padang-mcdonalds-curve.html