Hari Malaysia Merdeka Dari Kezaliman Perkukuh Hubungan Kaum


 


Hari Malaysia yang disambut saban tahun pada tanggal 16 September harus diisi dengan pengertian yang lebih bermakna.

 Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Hari Malaysia seharusnya disambut dengan jiwa merdeka dan iltizam mengukuhkan kefahaman pelbagai budaya serta agama di negara ini.
 "Bersempena Hari Malaysia 2020, ayuh kita perkukuhkan persefahaman antara kaum dan agama, dan terus menjunjung Perlembagaan dan semangat federalisme.
 "Kita juga harus memikir dan merencana sebaik mungkin dalam memantapkan kedudukan Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 agar kedua-dua negeri itu tidak lagi disisihkan dari pembangunan yang seimbang dan munasabah," katanya dalam satu kenyataan.
 Bagi Anwar, tanggal 16 September 1963 adalah tarikh yang besar maknanya buat negara. Di mana Sabah dan Sarawak berpadu dan membentuk Malaysia. Semangat federalisme pula menjadi paksi yang mengikat muafakat itu sehingga hari ini.
 Namun begitu beliau mengingatkan, tidak banyak gunanya sambutan ulang tahun sekiranya rakyat Malaysia masih dibelenggu pemerintahan yang bobrok dan menyedut hasil bumi buat kepentingan kelompok tertentu, tidak sebagaimana yang dicita-citakan oleh pengasas Persekutuan Malaysia berdekad lalu.
 Menurutnya, rakyat tidak akan merasa erti kemerdekaan selepas dijajah ratusan tahun sekiranya pemerintah yang mengganti penjajah itu mempunyai sifat menindas dan mengkesampingkan hak-hak yang sepatutnya dinikmati rakyat.
 "Hari Malaysia menjadi kesinambungan dan titik penting kelangsungan yang menjanjikan keadilan serta kesaksamaan kepada seluruh warganya yang berbilang kaum.
 "Atas semangat ini kita rakyat Malaysia harus bertekad dan berpadu atas asas-asas penting iaitu keamanan, kesejahteraan dan kerukunan.
 "Janji kemerdekaan juga agar khazanah negara ini dapat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengambilkira latar belakang kaum, suku mahupun agama. Sabah dan Sarawak menjadi sebahagian negara Malaysia bersama Semenanjung Tanah Melayu harus dilihat setara dan sepadan, dan ini harus mencakup aspek pembangunan yang saksama dan adil.
 "Apa erti kemerdekaan jika dasar yang diupayakan pemerintah sejak puluhan tahun masih belum berhasil membela yang miskin dan melarat.
 "Merdeka jenis apa jika masih ada rakyat dinafikan akses sumber elektrik dan air di kawasan-kawasan pedalaman. Dan dalam masa sama para elit politik menampuk kekayaan, dan nikmat ekonomi tidak sampai kepada yang benar-benar memerlukan," katanya lagi.
 Justeru itu, Anwar juga menegaskan Pemahsyuran Kemerdekaan 1957 yang merupakan peristiwa luar biasa untuk warga Malaysia tatkala lebih 400 tahun dijajah, dan hasil buminya dijarah oleh para imperialis perlu diisi dengan sebaik-baiknya.
 
Beliau juga tidak mahu rakyat meminggirkan sumbangan dan pengorbanan mana-mana kumpulan baik dari aliran kiri atau kanan sama ada di Semenanjung mahu pun Malaysia Timur yang melatari pembebasan tanah air dari kebobrokan penjajah dan imperialisme itu.

 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/09/hari-malaysia-merdeka-dari-kezaliman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cuti Umum Sambutan Peringkat Nasional Hari Malaysia Dicetus Anwar Ibrahim

Cuti Umum Sambutan Peringkat Nasional Hari Malaysia Dicetus Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 401 hits
Selepas Malaysia terbentuk pada 16 September 1963 sambutan Hari Malaysia dan cuti umum hanya di peringkat negeri Sabah dan Sarawak Namun Ketua Penerangan KEADILAN Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mendedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim be...
Hashtag Harisarong2020 Meriah Di Sosial Media Sempena Hari Malaysia

Hashtag Harisarong2020 Meriah Di Sosial Media Sempena Hari Malaysia

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 441 hits
Dihoskan komuniti sosial Locco Malaysia dengan kerjasama pelbagai agensi seperti hotel pusat beli belah pembuat barangan makanan kafe dan sebagainya program Hari Sarong 2020 ini turut menampilkan pelbagai aktiviti kebudayaan yang berkaitan ...
Selamat Hari Malaysia Bukit Gasing Hiking Trail 16 09 20

Selamat Hari Malaysia Bukit Gasing Hiking Trail 16 09 20

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 602 hits
Salam HaiiiSelamat Hari Malaysia Malaysiaku Terchenta MalaysiaPrihatin Tediaaaa Hahah cite haritu harap tak basi lagi nak simpan sini eceecehh Frankly Speaking Seumur hidup seorang CMa ni kan ni lah kali pertama CMa pegi full track Explore ...
Selamat Hari Malaysia

Selamat Hari Malaysia

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 406 hits
Selamat Hari Malaysia buat Malaysiaku yang tercinta Semoga Malaysia terus aman dan dapat melawan Covid 19 Sempena Hari Malaysia Cik Ila minta Alisha untuk bacakan syair Malaysia Tercinta dengan irama HIASAN Dan juga program lain di perumaha...
Pantun Sabahan Untuk Hari Malaysia

Pantun Sabahan Untuk Hari Malaysia

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 582 hits
Bismillah AssalamualaikumPantun Sabahan Untuk Hari Malaysia Selamat Hari Malaysia pada 16 Sept yang lalu sha teramatlah sibuk dengan budak budak so ada lambat sikit wish haha memandangkan ada reader blog kesayangan sha ni minta buatkan pant...
Menara Merdeka 118 Kebanggan Malaysia Bakal Jadi Bangunan Kedua Tertinggi Di Dunia

Menara Merdeka 118 Kebanggan Malaysia Bakal Jadi Bangunan Kedua Tertinggi Di Dunia

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 956 hits
Jika anda perasan di Kuala Lumpur ada satu bangunan baru dalam pembinaan yang tinggi menjulang Bangunan milik Permodalan Nasional Berhad ini dijangka bakal siap dibina pada tahun hadapan Apa yang menariknya bangunan ini bakal menjadi bangun...
Manusia Macam Ni Tidak Layak Sambut Hari Malaysia

Manusia Macam Ni Tidak Layak Sambut Hari Malaysia

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 432 hits
Sebelum ini saya telah tegaskan banyak kali tuntutan Filipina ke atas Sabah tidak akan dilayan dan Sabah milik Malaysia buat selama lamanya Sebab itu saya kecewa apabila Presiden Warisan Shafie Apdal baru baru ini mencadangkan agar Kerajaan...
Dugaan Pagi Khamis

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Quantum Computing In 2025 Transforming Industries And Redefining Possibilities

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kedah Akan Terus Tuntut Pulau Pinang Mengikut Perlembagaan Dan Lunas Undang Undang

A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Don T Be Too Quick On The Draw

Hamzah Voters Will Reject Umdap Govt Pn Umno A Strong Combo

Ai And Social Justice Imagining A Better Future