Menara Merdeka 118 Kebanggan Malaysia Bakal Jadi Bangunan Kedua Tertinggi Di Dunia
Jika anda perasan di Kuala Lumpur, ada satu bangunan baru dalam pembinaan yang tinggi menjulang! Bangunan milik Permodalan Nasional Berhad (PNB) ini dijangka bakal siap dibina pada tahun hadapan. Apa yang menariknya bangunan ini bakal menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia
Ia mempunyai 87 buah lif bagi keseluruhan bangunan dengan kelajuan 10 meter sesaat. Mula dibina pada 2014, Merdeka 118 atau PNB118 ini mempunyai 118 tingkat di samping lima tingkat bawah tanah.
Nama rasmi bagi bangunan ini ialah Merdeka 118 juga dikenali sebagai PNB 118. Ia dimiliki dan dibangunkan oleh syarikat pengurusan aset terbesar negara kita, PNB (Permodalan Nasional Berhad).
Nama bangunan ni adalah sempena dengan lokasinya yang terletak di antara Stadium Merdeka dengan Stadium Negara manakala 118 pula merujuk kepada bilangan tingkat bangunan setinggi 118 tingkat.
Rekaannya pula bukan biasa2. Ia adalah berdasarkan "silhouette" imej Tunku Abdul Rahman (TAR) sewaktu beliau mengangkat tangan melaungkan "Merdeka!" pada 31 Ogos 1957.
Spire (tiang) dekat puncak menara ni bukan saja-sja didirikan, ia melambangkan tangan TAR semasa melaungkan kata keramat Merdeka!.
Bangunan ini dari bawah sampai ke tiang puncaknya, dilitupi dengan kaca yg membentuk seperti kristal. Tapak asas menara ini yg berbentuk diamond adalah dari motif Songket Melayu.
Bentuk-bentuk segi tiga pelbagai saiz pada permukaannya pula melambangkan kepelbagaian budaya di Malaysia.
Menara Merdeka 118 tu sendiri terdiri dari 3 bahagian; pejabat gred-A, hotel Park Hyatt & anjung tinjau.
Ruang pejabat terdiri dari 83 tingkat, hotel 17 tingkat, manakala 18 tingkat selebihnya untuk ameniti seperti anjung tinjau, sky lobby, restoran, ruang VIP, dan lain-lain.
Empat tingkat teratas menara ini menempatkan anjung tinjau & restoran. Anjung tinjau ada disediakan teropong sepertidi Menara KL . Pelawat atau pengunjung boleh melihat pemandangan bandaraya KL daripada paras ketinggian 500m.
Anjung tinjau Merdeka 118 ini juga adalah yang Tertinggi Di Asia Tenggara! Untuk naik ke anjung tinjau anda akan menaiki lif panel kaca yang boleh nampak pemandangan di luar.
Di bahagian luar pula, ada taman air pancut yang mengalir dari menara sampai ke hujung sepanjang Stadium Merdeka. Selain itu, di bawah menara pula menempatkan shopping mall 7 tingkat.
Di hujung taman terdapat platform untuk orang ramai mengambil gambar. Platform ni berdekatan dengan stesen monorel Maharajalela.
Pada waktu malam pula, menara Merdeka 118 akan dihiasai dengan nyalaan light strip yang bercahaya & bergerak dari bucu ke bucu. Ia akan memberikan pencahayaan yang berbeza dan futuristik jika dibandingkan dengan bangunan-bangunan lain di Kuala Lumpur.
Arkitek yang bertanggungjawab mereka bangunan Merdeka 118 ini adalah Fender Katsalidis yang berasal dari Australia.
Merdeka 118 bakal siap dan akan dibuka kepada umum pada tahun 2021. Ketinggiannya yang mencapai 635 meter menjadikannya sebagai bangunan tertinggi di Malaysia, tertinggi di Asia Tenggara dan Kedua Tertinggi Di Dunia. [skycrapers]
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.orangmuo.my/2020/09/menara-merdeka-118-kebanggan-malaysia.html